Ada beberapa filem yang berada dalam senarai antisipasi kami, salah satunya ialah Bunohan. Filem Bunohan ialah sebuah filem bergenre drama aksi dan dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafisu, Hushairy Hussin, Amerul Affendi, Jimmy Lor, dan Tengku Azura . Filem ini ditulis, diarahkan, diterbitkan dan juga digarap lakon layarnya oleh Dain Said.

Bunohan ialah sebuah filem mengenai tiga orang saudara: seorang peninju Tomoi, ahli perniagaan dan pembunuh upahan yang bertarung demi nyawa dalam satu perangkap gelap satu penipuan, kekesalan dan pembunuhan. Kalau poster itu mengujakan anda, apa kata tonton treler filem ini:
Apa yang menarik tentang filem ini ialah ia sudah diprebiukan di tiga festival iaitu World Premiere @ Festival filem Antarabangsa Toronto (8-18 Sept 2011) , tayangan perdana di Amerika Syarikat untuk Austin Fantastic Festival (22-29 Sept 2011) dan tayangan perdana Asia Taipei Golden Horse (November 2011). Kami pasti itu satu pencapaian yang amat baik untuk sebuah filem tempatan. Filem ini dijadual untuk tayangan di pawagam Malaysia pada Mac 2012. Untuk maklumat terkini mengenai filem ini, ikuti Facebook Bunohan.

waa mcm best. ngeri pn ada. mau tgk lah!
Tengok poster pun dah rasa impak… Perghh…!!
Harap tak macam cite2 Ahmad Idham, Prof Madya Razak Mohaidin! ( profesor amenda idea kepala otak sampah!)
aku kalau filem si professor tu bagi free tiket pun aku tak pergi.. citer banyak ampeh aje.. cam mane boleh dapat title professor pun tak tahu lah..
ingt susah ke nk dpt title prof madya ni? study jek amik master! abih blajar apply la mintak jadi lecturer! dpt la title prof madya!
Bismillahirrahmanirrahim…..
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan…
Wallahualam…..
nak tgk!
Wajib tengok ni !
terbaikkk!!!
Lambat sangat Mac 2012..kenapa tak tayang akhir tahun ni jee… ikut giliran atau tunggu cuti sekolah baru nak tayang?
Syarikat, Producer, Pengarah yang mementingkan kualiti sememangnya begitu… David Teoh take note!
dia nak kasi promosi lebey skit masa..tengok pengarah dia agak asing dalam perfileman..so dia kena la preview skit, kasi orang tarik minat..baru la juta juta lemon kutipan nanti
Bunohan ni memang betul2 nama tempat. Letaknya kt Tumpat, Kelantan.
yeah.. right man…. Ipin penah gi sana… mmg ada ada gelanggang tomoy….
I lap Faizal Hussein…filem ni dapat good review drpd pengkritik kat festival filem antarabangsa.
Kg. Bunohan mmg ada di Tumpat Kelantan, pengarah n penerbit yg buat filem ni buat cerita ni sbb ada berkaitan dgn Kelantan kot, that’s why, diorang buat film ni… Kat Tumpat, Pasir Mas, Rantau Penjang Pengkalan Kubur ada gelanggang2 tomoy, sbb kat sana sempadan Siam.. budaya n makanan Thailand mmg dah sebati kat sana, aku bukan org Kelantan, tp course yang aku belajar sekarang membuatkan aku kaji psal negeri2 di Malaysia.. Sekian…
nice info! pernah juga belajar di kelantan tapi tak sampai ke sempadan siam. have to watch this.
terwow sekejap..hope darah nampak real nnt..
bosan laa kalo cite ada pekin…
Satu lagi produk buah tangan pengarah handalan tempatan yang buat sy teruja nak tengok. Dain Said ni very talented director, his previous film Dukun dikatakan sangat cemerlang produksinya, tapi sayang masih tersangkut..Hopefully, kali ni BUNOHAN dengan barisan aktor berkarekter such as Faizal Hussein, Zahiril, Bront, Pekin, Wan Hanafi Su & Tg Azura akan boomm..di pawagam dan mencipta sejarah gemilang untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes!! sapa tau
Dain Said ni very talented director, his previous film Dukun dikatakan sangat cemerlang produksinya, tapi sayang masih tersangkut..Hopefully, kali ni BUNOHAN dengan barisan aktor berkarekter such as Faizal Hussein, Zahiril, Bront, Pekin, Wan Hanafi Su & Tg Azura akan boomm..di pawagam dan mencipta sejarah gemilang untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes!! sapa tau
terbaik.. sbb ada my fav hero : faizal husian.. wajib turun panggung tgk!
konsep cam cite muay thai chaiya je..tp rse truja nak tgk
nampok best..xsbr nk tngk.
ermmm aku kalau abg nara yg cakap best atau wajib tengok ….pikir 20 x wo sebab dah terkena dulu……ni aku nak tunggu komen ramai org utk pastikan aku tak buang masa dan duit dalam panggung