Bukti Perbualan Dengan Aqasha Sekadar Gurauan – Rita Rudaini

Hiburan

Bukti Perbualan Dengan Aqasha Sekadar Gurauan – Rita Rudaini

Dihimpit pelbagai kritikan, spekulasi dan kecaman, pelakon Rita Rudaini akhirnya tampil membuka mulut menjelaskan kontroversi dakwaan sebagai orang ketiga didalam rumah tangga Aqasha dan isterinya Bairzura.

Advertisement

Menurut Rita, setiap bukti perbualan yang dimuat naik oleh Baizura hanya sekadar gurauan antara beliau dan Aqasha ketika di set penggambara. Rita dan Aqasha sudah lama berkawan baik.

Saya bukan baru hari ini kenal Aqasha, malah sejak dia berusia 19 tahun. Sepanjang tempoh itu, tidak dinafikan kami memang bersahabat baik. Sudah lama kami tidak digandingkan bersama, kira-kira empat tahun. Apabila digandingkan lagi dalam drama Misi Laksa dan Laksam untuk siaran TV3, sudah tentu saya sebagai kawan lama gembira dengan perkembangan itu.

Menjawab persoalan mengapa beliau berdiam diri selama ini, Rita memberitahu beliau tidak mahu tampil memberikan sebarang komen sebelum ini kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan yang sedang hangat.

Sekarang saya tampil kerana isu sudah reda dan drama itu pun mula diperkatakan terutama apabila TV3 dan penerbit, Zeel Production memuat naik beberapa sedutan drama yang kami jayakan ke laman sosial mereka. Sekurang-kurangnya dengan kenyataan yang saya berikan ini, umum faham kedudukan sebenar dan jangan pula nanti ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan sedutan terbabit dan memburuk-burukkan lagi situasi.

Saya juga berharap kenyataan yang saya berikan ini adalah yang pertama dan terakhir serta ia menjelaskan segala-galanya. Saya tidak mahu lagi bercakap mengenainya. Sekiranya ada perkara lain yang mahu ditanya, ada baiknya mereka tanyakan kepada Aqasha sendiri kerana yang mencetuskan isu ini bukan daripada pihak saya tetapi daripada pihak dia.

Nampaknya setelah sekian lama, Rita sudah tampil menjelaskan situasi sebenar. Mungkin lebih baik juga untuk Aqasha juga turut tampil memberikan sedikit komen mengenai isu ini agar masyarakat tidak terus berspekulasi.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...