Written by AbangNara | January 22nd, 2015

Poligami. Kahwin dua. Kahwin tiga. Kahwin empat. Bila dengar memang nampak best terutamanya jika anda seorang lelaki. Namun ia bukanlah seindah yang dijangka. Kalau isteri seorang, tanggungjawab satu je. Bertambah bilangan isteri, maka makin bertambahlah tanggungjawab. Perkara yang paling kerapa dilupakan apabila berpoligami ialah berlaku adil terhadap setiap isteri. Itu bukanlah satu perkara yang mudah. Abang Nara terharu apabila membaca kata-kata Bade yang merupakan suami kepada Erma Fatima dan Aida.

bade aida

Untuk makluman, Bade telah pun dikurniakan seorang anak hasil perkahwinannya dengan Aida. Bersama Erma Fatima, Bade telah mengambil 5 orang anak angkat. Hubungan Erma dan Aida juga kelihatan semakin baik apabila mereka telah berkongsi gambar menyambut hari raya bersama-sama tahun lalu. Menariknya, Bade memaklumkan yang dia selaku suami tidak pernah memaksa untuk kedua-dua isterinya itu berbaik. Kata Bade:-

Bukan senang ada dua keluarga. Selain soal tanggungjawab, saya harus pastikan yang saya berlaku adil dan juga menjaga hati serta perasaan kedua isteri bersama keluarga.

Alhamdulillah, semuanya semakin baik. Saya tidak paksa mereka berbaik sebaliknya, saya memberi mereka masa dalam dua sehingga tiga tahun ini untuk betul-betul mengenali dan tidak kisah jika ia macam adik-beradik madu.

Anak-anak pun okay. Lebih-lebih lagi sekarang mereka ada adik baru. Sejak Aida mengandung lagi, mereka teruja apabila mendapat adik baru tetapi saya kena jaga perasaan mereka dengan tidak lebihkan sesiapa apatah lagi kasih sayang saya pada anak-anak sama rata.

bade

Fuh~~ Terharu sungguh dengan nilai tanggungjawab yang amat tinggi milik Bade Azmi ini. Memang wajar menjadi contoh kepada para suami di luar sana yang bercita-cita mahu berpoligami. Janganlah hanya kahwin kerana keseronokan dan melupakan tanggungjawab yang wajib dilakukan. Tahniah kepada Bade kerana cuba menjadi seorang suami dan bapa mithali. Respek!!!

P.S: Cantik yang amat Nissan Altima 2016 ini

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Bukan Senang Ada 2 Keluarga – Bade Azmi

  1. anon says:

    Mmg lah bukan senang, takde yg memaksa pun suroh cari 2 keluarga. Sb susahlah yg setengah2 lelaki tak nak kawin dua…

    0

    0
  2. okay says:

    bagi aku…. yg blum dimadukan nk trima tkut… tpi klu dh trtulis kna brmadu…madu pun baik dan pndai tolak ansur..redha kot… tpi aku ttp takut….takut..dan takut…mintak2 jauh..huhuhuuhuu fikir pun rasa nak meraung…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    sila pergi berkursus dengan salih yaacob dulu…dia lagi ada 4 keluarga nak kena handle

    0

    0
  4. mea nak says:

    Dalam islam, hak isteri2 & anak2 adalah sama… jadi suami wajib berlaku adil pada semua isteri2 & anak2

    0

    0
  5. WOW says:

    nak jadi bini abg bade jugak plsssssssss.. hehe

    0

    0
  6. mojo says:

    Dah jolok sedap,baru tahu bukan senang ada 2 family.

    0

    0