Written by AbangNara | March 2nd, 2015

Fesyen baju merah Neelofa ketika Anugerah MeleTOP Era 2015 baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi apabila rakannya sendiri telah membuat teguran secara terbuka kepada pengacara tersebut. Digelar fesyen ‘sotong‘, Neelofa tampak bengang dan kecewa dengan teguran tersebut. Malah Neelofa telah tampil membalas kritikan tersebut secara online dengan kata-kata yang tidak kurang pedasnya.
neelofaMenafikan dirinya tidak boleh menerima kritikan, Neelofa melahirkan rasa kecewa kerana teguran tersebut datangnnya daripada rakan sendiri. Lagi sedih kerana rakan tersebut boleh dikatakan rapat, malah turut mengenali keluarga Neelofa. Orang kata kalau kawan-kawan janganlah tegur secara terbuka. Whatsapp, telefon kan ada. Tak gitu? Kata Neelofa:-

Soalnya di sini, bukan saya tidak boleh ditegur atau dikritik cuma apabila kritikan itu keluar daripada mulut orang yang saya kenal baik, itu yang buat saya agak geram dan membalasnya.

Dia bukan tak kenal saya. Dia kenal keluarga saya dan kami pernah makan bersama. Malah kami juga pernah bekerja sekali. Kenapa dia perlu mengkritik di media sosial, sekaligus mengeruhkan lagi keadaan?

Saya percaya kalau dia kawan, dia boleh menegur pakaian saya menerusi mesej atau panggilan telefon. Sebab itu saya hilang pertimbangan dan membalas kritikannya.

neelofa

Abang Nara bersetuju dengan pendapat Neelofa. Namun di dunia era serba moden ini, erti persahabatan dan kawan kini menjadi semakin murah. Lebih-lebih kalau bergelar seorang selebriti. Kawan makan kawan adalah lumrah kehidupan. Bagus juga perkara sebegini terjadi. Sekurang-kurangnya Neelofa tahu siapa sebenarnya kawan, dan siapa sebenarnya lawan. Bertabahlah Neelofa. Bak kata pepatah, kawan ketawa seribu pun boleh dicari, kawan menangis, seorang pun susah nak jumpa. Apa pendapat anda? Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

72 responses to Bukan Saya Tak Boleh Ditegur Atau Dikritik, Cuma … – Neelofa

  1. minah jambu sayang nenek says:

    jangan nk mengarot lah nlofa !!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Nk mengarot ape nye…betol kot.kalau kwn mesti tegur dgn berhemah.

      2

      0
      • Jenah says:

        dunia hiburan penuh plastik dan kepalsuan…
        “kawan” semuanya x boleh pakai.
        tanya diri anda, kalau misalnya anda dimasuk hospital…adakah kawan anda itu akan melawat anda di wad?
        tepuk tanya tanya minda….

        0

        0
        • jenah oh jenah says:

          kwan yg x melawat ko kat wad tu dikira kawan xbleh pakai.? alahai.. teruknya definisi kawan bg kau. ptutlah forerver alone. kesian.

          0

          0
        • Yahudi says:

          sbgai seorang rakyat Penang yg sememangnya berketurunan Arab dan mencintai tanah timur tengah , suka utk sy ingat kan designers tersohor Lebanon mcm Elie Saab dan Zuhair Murad pon byk kali buat fashion “sotong” tu , tp diorng pnya design cantek la compared to baju LOFA , ruffle2 pon cantek , kuang3

          0

          0
      • Anonymous says:

        Neelopa cantik bak bidadari syurga.. Mohon jgn jeles

        0

        0
    • akianom says:

      Aurat kat mana. Aurat kat mana…..aurat kat mana. Nak tanya kawan-kawan ada yang pakai tudung tapi nampak lengan. Macam mana

      0

      0
  2. minah jambu sayang nenek says:

    cuma ape cuma huh !

    0

    0
  3. N says:

    terserlah sudah kawan makan kawan. Cemburu dgn apa yg neelofa ada, reject je setan jadian camtu!!!

    0

    0
  4. anonymous says:

    mmg tak boleh tegur. jenis org kene ikut cara diaa je

    0

    0
    • APE DAA says:

      hagak2 la kalau nak tegur,jgn jatuhkan air muka orang…kawan sendiri kot..ada medium yang lebih dekat untuk tegur tanpa memalukan orang yang ditegur…ni ayat pedas,langsung takde adab…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Bodohnye engkau…nk tegur apenye baju tu mmg cantik kot…lain dr yg lain.kreatif kot.dah letih tgk baju yg fesyen same styap kali anugerah macam x de new idea.
      kalau betol2 nk tegur sbg kawan kene la berhemah n teguran membina br la ikhlas kalau teguran menghina nampak sngt dengkinye.

      *tp bunge2 yg berkilat kat baju tu sy x brp suke…tp baju tu sy suke,cantik gile..ha3

      0

      0
      • agak-agak la.. says:

        baju tu tak de la buruk sgt….tp tak de la cantik gile yang mcm ko ckp tu…

        0

        0
  5. APE DAA says:

    ni mungkin jenis kawan yang nak tumpang populariti…yela selama ni kawan bebaik tak dapat up nama…buat taik sekali,terus feymes nok even feymes sbb tikam kawan sendiri…

    0

    0
  6. fuiyoo says:

    i tetap sokong u neelofa….cantik,bijakk..i suka u dlm meletop.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    sy suka tgk neelofa mengacara..dah la cantik..bijak pulak tu,,dah la bijak ..kaya pula.

    0

    0
  8. babaicute says:

    siapa kawan dia tu uols?

    0

    0
    • Baiduri says:

      Nak tau jugak siapa kawan dia tu? Artis jugak ke? Or saja nak popular?

      0

      0
      • Anonymous says:

        Fauzinyc makeup artist tu, bf dia najeeb makeup artist jgk. Biasa la dah dasar lelaki mcm tu, mendengki je keje. Tak habis2 menghimpit org2 kenamaan yg dia makeup (dia bkn pandai makeup pun, dpt makeup job pun sbb najeeb akan dpt job makeupkan pengantin, fauzi ni dpt la makeupkan bridesmaids ke, kakak, adik pengantin ke). Tak berkenan btl aku tgk.

        0

        0
  9. tahppetah says:

    cumaaaaa die tak mau kipas lipas..dia nk kipas kebas….bongokkk!!

    0

    0
  10. Usin lempoyang says:

    Hellooooo sapa yg komen baju lofa tak cantik mmg mata buta okey! baju tu sgt2 cantik dan sgt rare… warna merah hati yg sgt2 menawan! pereka fesyen yg sgt kreatif… bg org x tak tau fesyen mmg ckp x cantik!

    1

    0
  11. makcik jaga parking says:

    Reality Check
    alahaiiiiiiiii korang….sapa yg tak respon kalau di tegur/dikritik??..sapa2 yg ada hati dan perasaan akan sentap klu ditegur..samada muka,perkataan atau perbuatan…kayu dan batu je yg takde perasaan klu ditegur..si lopa tu manusia macam kita jugak..tipulah klu ada kat sini yg mampu senyum klu di tegur…org mcm tu tak wujud dlm blog2 hiburan ni…
    try tegur ustazah mashitah tudung dia singkat ..dia senyum ke tidak?

    btw..sapa kwn si lopa tu?

    0

    0
    • Anon says:

      Ala makeup artist namanya fauzinyc. Boyfriend najeeb makeup artist. Biasala typical pondan yg jahat, mendengki je keje kau fauzi. Lepas tu suka tumpang glamer org2 kenamaan yg dia makeup, tak berkenan btl aku tgk

      0

      0
  12. whatever says:

    tindakan pertama yg kita ambil itulah diri kita sebenar…bertindak sebelum berfikir..muhasabah..

    0

    0
  13. Lopak says:

    dah baju tu macam sotong, org tu kate sotong la.. lagipun dia kritik fashion baju tu, bukan si pemakai. patut designer yg meroyan tp ko plak terlebih sentap. nampak jelas yg ko xbleh terima kritikan lgsung. asyik nak mkan puji aje.
    kwan ko tu kalau nk tegur ko, mmg lah dia whatsapp je. tp skg dia nak kritik fashion baju sotong tu dgn harapan designer kat malaysia ni celik akal sket. say NO to baju power rangers, alien, cicakman, sotong.. ini bukan konsert adiwira. ade faham.?

    1

    0
    • Anonymous says:

      eh eh eh mcm kau je kwn dia tu??siap mention dgn harapan designer tau?kau ke orgnya? aku rasa byk lg cara elok sbgai kwn klau niat” dgn harapan designer tau” tuu…yg terserlah di sini cara tu lebih kpda niat buruk dan hati busuk, lbh kpd mnjatuhkn, mghina-hina, memalukn, dn mcm nk mncari prgaduhan plk. Bnyk cara lbh bagus weyh…puuiik siapa kwn dia?..layak ke nk bg akal designer2 mlysia celik akal?ikon dn pengkritik fesyen terhebat terbagus ke?

      0

      0
    • Anonymous says:

      Bodohnye engkau….tang mane entah baju tu macam sotong.x de pon.ntah2 ko tu sotong.hahahahaha.
      ko teringin la nk dress up cantik2 cam tu, feel yg ko pky dress merah tu.tp ko hanye sotong pondan yg bodoh. Jgn nk berangan nk pky baju lawa2 cam lofa.

      0

      0
  14. cuka getah says:

    prof madya dah sampai…bajet baik

    0

    0
  15. Anonymous says:

    betul ckp lopa…ni bkn org luar kritik…geng sendiri kot….bole msj or wasap tp nk malukn kwn knape…mnyampah kwn mcm ni…

    0

    0
  16. mee kari says:

    Fashion is subjective. Those who likes the dress cannot force their opinion on others. Ada orang kata dress tu cantik. ada org kata its ugly. I think the dress is an Okay dress but i hate the dress on her. Neelofa is a petite girl. A dress like that would drown her. The dress is wearing her not she is wearing the dress. A dress of this drama needs to be worn by someone taller.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ????????????????????

      0

      0
      • mee kari says:

        its okay Anonymous.. my comment can only be comprehend by someone with a high level of intellect..

        0

        0
    • kalabul malami says:

      fullamakk… ade mat saleh sesat kat cni siottt

      0

      0
      • Pisang says:

        Inilah contoh rakyat Malaysia yang berfikiran mundur. Orang berbahasa Inggeris je kata Mat Salleh pula. Jangan nak iri hati sangat. At least dia boleh speak basic English. Kau hado?

        0

        0
        • kalabul malami says:

          mungkin kau kot rakyat malaysia yg mundur tu. klu nak ckp english, ckp la 100%.. nie campur aduk dh macam rojak mamak. xyah tnye aku hado ke x.. dah mmg aku hado pun. so??????????

          0

          0
  17. KWN PLASTIK says:

    Senang ckp, kwn mkn kwn ATAU kwn tumpang popuriti ATAU kwn dengki/xpuas hati MEMANG akan buat mcm ni. Boleh je call, msg, whtspp, jumpa, dll. ATAU, nk kt media sosial pun ok je, tp biarlah teguran membina yg xberunsur hinaan sngja memalukan & sprti musuh pla dibuatnye.

    0

    0
  18. abcdefghijklmnopqrstuvwxyz says:

    lopa ni.. kalau gelak kan org kemain. siap suh Johan ajuk Fasha Sadha la,. cer kalau org ajuk dia gerenti kena sue.

    0

    0
    • aeiiihhh says:

      eh2… sye pminat setia mlm. rse2 yg 2013 pnye jihan ad bt parodi ajuk lopak. n dlm meletop pon bnyk kali jihan dok mangajuk lopak. xda pon si lopak ni saman2 bgai.

      0

      0
  19. BOB says:

    SY SUKA CARA NEELOFA M’GACARA, SAYA SUKA BAJU NEELOFA PADA MALAM TU…YUP, PENUH KELAINAN DAN MASIH BERSOPAN…SEKIAN..

    1

    0
  20. nursofia says:

    sabar jela lofa..
    ok je baju u mlm tu..asalkan sopan…cuma nampak clumsy sikitla..
    btw…next time kalau kawan2 tegur…diamkan aje….
    lebih banyak diam, susah org nak menilai kita…
    ambil yg positif je..
    all the best lofa!

    0

    0
  21. MIMI says:

    Anugerah fun fun je…tak yah lah nak formal sangat…ok la bju tu lain dri yg lain. dh Lofa kecik org nye kena keliling jantan2 tu sume hilang dia nasib baju tu menyerlah kan so nmpak la Lofa dri jauh ..itu yg aku rasa.. kata MELETOP!!

    0

    0
  22. nilia_abadi says:

    cantik sgt baju tu and sesuai yg amat dgn lofa…gorgeous!!!

    0

    0
  23. Mat K says:

    BOOO LOPA!

    0

    0
  24. kekek says:

    wat u give u get back….. lalalalaaaa…. x mention nama sape2 pun yea. sekadar suka2 plk nak nyanyi lagu nie… lalalalalalalaaaa

    0

    0
  25. Hmmm says:

    Sebenarnya suma org tunggu neelofa pakai apa malam tu? Sebab nak compare ngan tahun lepas.. Dah adat haters, mesti nak komen negatif.. Nampak la sotong.. Kalau dia tak pakai baju power rangers thn lepas, agaknya kurang kot kontroversi baju tahun ni..

    0

    0
  26. unge says:

    Hello…!!!! Atleast Dia pakai sopan ok..cantik ape baju tu…lain dari yg lain..memg la less is better but sometime perlu gak kelainan…dah la kawan,memg patut pun lofa melenting…aku respect lofa ni..artis yg educated…n x melenting x tentu pasal..

    0

    0
  27. lantak says:

    Inilah padahnya klu nk nmpak paling angun, cantik, lawa, harga baju 10 000 (lantak la duit ko).. Tp mmg menarik pehatian pun buktinya ramai yg bckp pasal bju tu..

    P/s : dlm rezeki kita.. Ada rezeki org lain juga..

    0

    0
  28. staring says:

    sabar je lopa dulu power ranger skrg nie sotong pulak mcm – mcm peminat nie..

    0

    0
  29. anna says:

    Nealopah dgn power rangers smpai bila2 x boleh d pisahkan,, cmana pon dressing dia, x pernah lg dr konsep ke power rangersan

    0

    0
  30. dina says:

    yg kondem baju tu mesti macai fazura aka miss fake.
    tak berani dia datang sbb neelofa host kan. sanggup pi oversea.
    anyway loser betul sape yg kondem tu …yg pakai seksi mexy tu taknak pulak kutuk.

    0

    0
  31. anis says:

    Dato AC pun kutuk baju tu Tilam TOTO…..x marah pun….

    0

    0
  32. sotong tp xdedah aurat! sooo?? says:

    Aki tak nmpak kat mana peliknya baju lofa mlm tu.biar org kata aku kolot,tp honestly..baju tu mmg trsgt cantik dan kreatif hasil pereka tempatan kita.takkan nk tggu pereka asing cipta baru nk kata kebaboom walopun yang hado!tlg belajar utk mghargai hasil rekaan tempatan.dan aku lebih bersyukur apabila baju itu telah menyelamatkan aurat lofa yg jika baju trdedah..akan dinikmati oleh beribu manusia bkn mahramnya didlm dewan itu.

    Tahniah lofa kerana terus istiqomah utk mnjadi muslimah yg lebih baik.segala kata2 negatif utk diri anda sila abaikan saja.buktikan anda berubah krn Allah s.w.t,bkn berubah krn manusia.tak perlu ambil pusing dgn pandangan manusia krn pandangan Allah kpd adalah kamu lebih ptg.

    Manusia yg selalu mncari peluang utk mngkritik manusia yg lain sebenarnya manusia yg paling miskin jiwanya.

    0

    0
  33. Arwah Joan Rivers says:

    Still fugly! Your friend is just telling it like it is…

    0

    1
  34. Linzy Longkang says:

    biasala designer mesia sorang buat ropol2 yg lain I follow jekkk, mcm baju rizman ruzaini buat yg flesh tone kat dada pastu tambah sequins seme pastu yg lain pon design mcm sama jekkk takder idea

    0

    0
  35. makcik hazwan says:

    Loofa ada pakej lngkap…cntik bijak kaya lmah lmbut kturunan baik2 dr nenek smpai ke adik bradik sume cntk aku bkn org klantan tp aku mmg suka loofa

    1

    0
  36. melati biru says:

    sesotong sotong baju dia pun, atleast beribu2 harga..korang ada??takde kan??so jeles la tuuu..

    0

    0
  37. tok dok says:

    cantik bangat baju tu
    kalu aku pn nk je pakai
    padan ngan aku yg cantik bangat ni
    gojes gilerrrrr
    org yg kutuk tu jeles pasal diorg x cantik
    huahuahua

    0

    0
  38. ooooo says:

    ???????????????????????????????? bg aku sgt gojessss baju tu, sangat menarik cantik debommmm, wat ever lofa i ttp love u

    0

    0
  39. Anonymous says:

    Selalunya celebrity yang perasan diva akan cepat melenting bila ada orang yang tegur tak kira la kawan ke bukan. Mereka rasakan apa yang mereka lakukan semuanya betul dan tak boleh dikritik . Cuba tengok Siti Norhaliza yang dah capai tahap diva. Ada tak dia melenting bila ditegur macam neelofa. Dia tau macam mana nak handle. Sepatutnya Neelofa ambik kritikan kawan tu sebagai sesuatu yang positif kerana dia nampak apa yang neelofa tak nampak. Kalau ada kawan yang asyik nak dok memuji je bukan kawan namanya tu tapi kaki bodek.

    0

    0
  40. Hassan says:

    Baju tu sebenarnya cantik warna terang kena lahbdgn yg berkulit cerah cuma sayang baju tu ketat dibahagian bawa jadi memang susahkan pergerakkan. Lenkali longgarkan sikit bahagian bawah mudah bergerak kalau x nanti terjatuh saper yg malu. Apa pun adab dan kata kena jaga semuanya diambil kira!

    0

    0
  41. johnny bravo says:

    Bodohnya semua pengomen duk sebok2 psl fesyen minah gedik ni…..senang2 je dia dpt publisiti murahan.

    0

    0