Written by Bella | June 21st, 2017

Pengarah muzik, Datuk Ramli MS baru-baru memuat naik status yang cukup hangat apabila meluahkan rasa bengangnya terhadap stesen televisyen yang hanya ingin membayar artis RM300 untuk menjayakan program malam raya. Ramai yang tertanya adakah Tok Ram tidak puas hati kerana mungkin artis yang dimaksudkan itu adalah isterinya, Datin Alyah?

Walaubagaimanapun, Alyah menafikan dakwaan tersebut dan beliau juga menjelaskan beliau tidak mahu masuk campur dengan status yang dimuat naik oleh suaminya itu.

Banyak yang bertanyakan perkara ini kepada saya. Kalau bukan rakan yang beritahu, memang saya tak ambil tahu pun. Ingin dijelaskan individu yang dimaksudkan itu bukan saya.

Bukan apa, selama ini saya dan suami menguruskan kerjaya masing-masing. Jadi apabila status itu tular di Internet, saya tak pasti siapa yang dimaksudkan. Saya pun tak bertanya kepada suami.

Dalam pada itu, Alyah sempat berkongsi beliau pernah menerima bayaran yang jauh lebih rendah ketika mula-mula bergelar penyanyi.

Terdahulu, Tok Ram menerusi status Facebooknya mempersoalkan bayaran RM300 itu tidak berbaloi pada zaman sekarang dan menasihati artis agar tidak menerima sebarang tawaran dengan harga sebegitu.

Sumber Berita : Harian Metro

8 responses to Bukan Saya Artis Yang Dibayar RM300 Untuk Program TV Malam Raya – Alyah

  1. vroom says:

    ok lah rm300 drpd x de job mcm almy nadia, duduk rumah besarkan badan..

    0

    29
    • Anonymous says:

      dia duduk rumah bukan duduk sja2…suami dia hadiahkan kereta ok..

      13

      0
      • Anonymous says:

        suami dia beli kereta tu cash ke? tahniah… kalau bayar ansuran tak perlu lah gebang kat org, ntah2 nanti kena tarik.

        4

        4
        • Anonymous says:

          rm300 hinggit kepala bana bhai… mall besar2 pun boleh bayar artis perform kat stage RM10,000 perform nyanyi 6 lagu je 3 hari, ni 300rm perform kat station tv, apa barang….?

          Sila meninggal siaran tv Malaysia

          9

          0
        • minah jambu suka saahara yaakop says:

          serata2 orang beli kereta semua hutang ! bayar bulan2 dkt bank.. tak semua orang beli rumah or kereta bayar cash ! kebanyakan nye bank yg bayarkn dulu…thank u..

          1

          0
    • jobless and proud says:

      biarlah laki tanggung bini..lainlah ko tanggung laki ko sampai tua…..bangga dgn status berkerjaya tapi laki goyang telor je buat apa..pastu bagi alasan kesian anak2..end up kena pukul dekat nak mati..

      7

      0
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      artis2 vteran senang sangat2 di lupakn oleh pehak tv padahal artis vteran lebih berharga dari artis baru skarang…mana penyanyi lama azman idris m daud yg rambot belah tepi tu..n banyak lagi penyanyi2 lama yg tidak di pangil kakak minah jambu yg cakap…sakura teng eh banyak lagi lah ..penyanyi2 ni semua kakak minah jambu punye zaman dulu2 hehehe nenek minah jambu dia minat daud kilau n zaleha hamid…ketika sendiri hatiii rasa sunyi.”..itu aje yg minah jambu tau lagu zaleha hamid pasal nenek minah jambu ada dia punye keset lama hehehe..

      0

      0
  2. wekkkkkkk says:

    adalk yg terasa…cpt btul terasa…kalau bukan awak..senyapdh la..jdi bayaran awak mahal lah ya..sbb brstatuskan nama RMS., suruh je suami awak hebohkan nama penyanyi dan syarikat mana yg byr RM300.00 tu, ada bearani, kalau bayaran RM300.00 utk 1/2 minit boleh la tu..nyayikan chorus je..lpas tu masuk lagu lain..tmbah lagi RM300.00..dn seterusnya..mgkn dlm 1 jam dh dpt berape..

    0

    5

Leave a Comment

Optional