Written by AbangNara | June 4th, 2014

Ya bukan senang menjadi seorang selebriti di bawah jagaan sesebuah syarikat. Baru-baru ini ada pasti akan sedar mengenai kontroversi antara Emma Maembong dengan syarikat naungannya, WireFrame Entertaiment (WFE). Dikatakan WFE telah menyaman Emma kerana menerima tawaran berlakon secara terus tanpa melalui pengurusan syarikat tersebut sedangkan kontraknya bersama WFE akan tamat pada Jun ini. Pelik juga Abang Nara. Takkanlah kejam sangat pengurusan WFE kan? Lagipun rasanya kekasih Emma, Zizan Razak merupakan salah seorang pemilik saham terbesar dalam WFE.

emma maembong

Berkata menerusi Berita Harian hari ini, Marina Juki yang merupakan pengarah urusan WFE memaklumkan surat yang dihantar oleh syarikat tersebut kepada Emma hanyalah surat tamat kontrak dan bukannya surat saman seperti yang digembar-gemburkan. Kata Marina:-

Buat masa ini, tiada notis saman yang dikeluarkan kerana melanggar kontrak. Anda kata timbul masalah lain, selepas ini yang boleh menjejaskan nama baik syarikat, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Saya tiada masalah untuk bertemu dengannya (Emma). Emma sendiri memiliki nombor telefon saya. Beliau boleh menghubungi saya bila-bila masa saja.

Jika Emma masih kurang faham, kami boleh membawanya berjumpa dengan peguam syarikat untuk menerangkan dengan lebih mendalam berhubung isi kandungan kontrak itu.

Dalam kes ini, sudah jelas Emma memang melanggar kontrak apabila menguruskan kerjaya lakonannya sendiri dan menerima bayaran tanpa melalui WFE.

Apa pun saya amat berbangga kerana dapat melahirkan Emma sebagai seorang bintang yang mendapat tempat di Malaysia. Bagi saya, beliau boleh pergi jauh berbekalkan bakat semula jadi yang dimilikinya.

emma

Bagus sungguh sikap bertolak ansur yang ditunjukkan oleh Marina Juki ini. Walaupun sebenarnya boleh mengambil tindakan undang-undang, Marina enggan berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Thumbs up. Kepada Emma Maembong, lepas ini kalau nak tandatangan mana-mana kontrak, pastikan baca betul-betul sebelum membuat sebarang keputusan. Nanti takut timbul masalah yang serupa pula di masa hadapan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Bukan Saman, Hanya Surat Tamat Kontrak – Marina Ulas Kontroversi Dengan Emma Maembong

  1. Anonymous says:

    banyak bunyi pulak .

    0

    0
    • Olga says:

      sbb tu lah mak bapak kena hantar anak pergi sekolah.. habiskan sekolah.. esok lusa xde la bodoh kena tipu dgn org! dokumen penting pun x tau “BACA”!

      0

      0
      • MIMI says:

        yang kutuk2 orang tak habiskan sekolah ni BIASANYA belajar tak tinggi mana pun.

        0

        0
        • ntahapapa says:

          org yg bekap org tak abiskan skolah ni BIASANYA dia pun SAMA GAK TAK ABIS SKOLAH! hahahahahha !!

          0

          0
        • aman says:

          Yang sentap ni BIASANYA memang belajar tak tinggi mana.

          0

          0
        • miss ynwa says:

          tak habis sekolah pon dapat jadi bini zizang hari2 makan nasi bukan makan pasirrr cam olga bapuk lorong sempit kais malam mkn malam tak kais mampos tak makan laaaa

          0

          0
        • Who's Your Daddy says:

          U mad bro??!! Kekeke.. Tp mmg btl apa olga tulis tu. Yemma nih PMR pon xde kan. Xde hati nk smbg smpi SPM ke hmm..

          0

          0
        • Didi says:

          Payah bila boyfriend big boss dalam production tu. Rasa diri tu betul je. Sedeyyyy buat malu je.

          0

          0
      • sentap says:

        itu pentingnya education…….

        0

        0
        • joyah says:

          Tu la pentingnya ilmu.

          Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan

          0

          0
    • ayam jepon says:

      BEAUTY WITHOUT BRAIN IS ” BORING “

      0

      0
  2. Bedah says:

    one word, “bimbo”
    tak dapat membezakan surat tamat kontrak mahupon saman

    0

    0
  3. Booooo says:

    Kesian Zizan..Patutla kalah ABP thn ni..GF ngek cmni..

    0

    0
  4. saya says:

    patot bende penting cm kontrak tu bace la betol2. fahamkan. karang langgar kontrak ckp tukang buat kontrak x brief betol2. padahal kau la kene pandai bace. jgn sampai mudah tertipu. karang mule salahkan org tu la, org ni.. retis o retis

    0

    0
  5. mizan says:

    kalo x tau or x phm minta lah tlg zizan bacakan…rasanya zizan lebih pandai dari emma kot..x yah lah nak kecoh kan dulu…kesian dia..

    0

    0
  6. hani raiza says:

    Beauty without brain…susah jgk…sekian..

    0

    0
  7. khasmeer@gmail.com says:

    muka cantik molek otak x ada. zaman skg hanya org yang bebal aje yang hanya pandang pada rupa sdgkan otak linkup. bfriend bukan main lagi…kalau cakap berapi2 akhirnya dapat gfriend bebal bt bengap. mmg patut ler bfriend dia kalah aritu.

    0

    0
  8. HATERS SEMAH KEMBONG says:

    just one word B to the O to the D to the O to the H…

    kalau tau diri tu xabih sekolah jgn cepat sgt buat spekulasi sendri..kan da nampak terserlah sgt kebodohan…zizang tu sebab lawa punya pasai bodoh pun xper larhh..kuang3

    0

    0
  9. Zizan says:

    Yang penting BRA PINK tu ambo yg beli.haha

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Jangan harapkan rupa je lawa tapi kena la bijak jugak. Bila tak sekolah tak semestinya dia bodoh .Cuma yang kurang dia tak perihatin dengan keadaan sekeliling. Bila bekerja kena la ambik tau apa yang berlaku dan documen2 yang di sign. Lihat fauziah ahmad daud, stacy dan Jaclyn Victor. Mereka pun setakat tingkatan 3 je tapi perihatin dengan keadaan sekeliling sebab tu mereka semakin berjaya dalam hidup.

    0

    0
    • ramleeposmen says:

      OIC……..Yg Stacy n JV bagi saya mereka ok saja so far but not Ogy…….. She was overacting, emotional and too much clever until she became moron once in awhile.

      0

      0
  11. Zizan sayang ju says:

    Kagum dgn sikap artis2 Wirefame yg lain spt Chacha Maembong, Kaka dan Johan Asari yg tidak langsung melatah dgn pengurusan mereka. Lebih2 lgi Chacha Maembong begitu professional, walaupun kemelut melibatkan kakaknya Emma, Chacha cool je. Semoga artis WFE yg lain ini bertambah maju dan diberi rezeki yg baik dr Allah. Aameen.

    0

    0
  12. mela says:

    ok…cpt2 kwen erk

    0

    0
  13. Mak Jemah says:

    Tu ar,
    Lainkali habis belajar sekolah dulu.
    Takpon kalau rase masih bangang bahasa melayu, pergi lah belajar.
    Ni tak, tergedik2 tayang body.
    Nasib kau lah Zizan, semoga berjaya didik bakal isteri yang seksi ni..
    kalau tak tanggunglah dose..

    0

    0
  14. Melati says:

    Ini dia contoh Melayu Haprak,,dia ingat Zizang tu macam KJ kot….kalau bercinta dgn KJ..saya ingat dia nampak Mak Bapak tepi jalan pun tak mengaku tu Mak bapak dia…Hoiiiii hang Tau tak ? Zizan tu kalau kalau dtg kat Rasta TTDI ..org ingat dia macam pencacai angkat najis tahu tak?

    0

    0
  15. Anonymous says:

    ahh si kembong, bukan soal paham tak paham contract ni, ni kes sbb BF pemegang saham besar kt kompeni tu, tu yg sembarang je.

    0

    0
  16. anon says:

    Bagusnya sikap umat2 islam dlm blog ni, bersih hati kamu semua ya. Dah lah dekat nak puasa ni, suka benar mengutuk2 org, memandang rendah pd org. Yg menghina, yg backup, yg sekolah tinggi, yg tak sekolah tinggi……yg penting hati tu mau baik. Aku yg sekolah tinggi sampai luar negeri, buat master lagi and duduk luar negeri sampai dekat 10 thn pun takde nak menghina dia. Wlpn aku rase aku lbh pandai drp kamu2 kat sini, tapi aku tak pernah lupa yg akan sentiasa ade org yg lbh pandai dr aku, way way smarter than me….. Kamu2 yg komen kat sini ni rase dah pandai sngt ke. Dah ketentuan dia sekolah sampai tahap tu and jadi artis. Nak wat camne….Everything is mapped out in front of us…..Sapelah kita ni nak mengutuk dia mcm tu.

    0

    0
  17. lala says:

    kesian la dekat dia. sekolah tak habis. membaca pun setakat tak gagap aje la.
    dia kan minat melukis. mungkin kontrak dia lepas ni dalam bentuk lukisan wakaka
    zizan plak jgn sama tak sekolah sampai nak tinggal sykt sb ‘cinta’ punya pasal

    0

    0
  18. Joyah Bandar says:

    Yang backup ni mesti sedara mara dia. tak pun tak blajar tinggi jugak. nan hado.

    0

    0
  19. taktaunakletaknamaapa says:

    selamat berpuasa weh kita sume

    0

    0
  20. samsul says:

    kesian..ni le beza antara org ada pelajaran ngan xde hehehe..otak dia beku hrp cantik je

    0

    0
  21. siapasaya says:

    dulu aku suke sgt kat zizan..tp sjk die couple ngn emma kembong ni aku jd nyampah sbb dorang ni gedik sgt bile di interview same2 dlm tv..nyampahhh

    0

    0
  22. […] Bukan Saman, Hanya Surat Tamat Kontrak – Marina Ulas Kontroversi Dengan Emma Maembong (32) […]

    0

    0
  23. […] Bukan Saman, Hanya Surat Tamat Kontrak – Marina Ulas Kontroversi Dengan Emma Maembong (33) […]

    0

    0
  24. […] Bukan Saman, Hanya Surat Tamat Kontrak – Marina Ulas Kontroversi Dengan Emma Maembong (34) […]

    0

    0