Written by AbangNara | July 16th, 2013

Akhirnya tuan punya badan bersuara jua. Pasti Nora Danish sendiri tidak tahan dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Ini semua gara-gara Nora berkongsi gambar dirinya mengerjakan solat terawih menerusi Instagramnya sehingga dikatakan ingin menunjuk-nunjuk.

nora danish berterawih

Seperti yang Abang Nara jangkakan, memang Nora Danish tiada niat ingin menunjuk-nunjuk. Kata Nora kepada Sinar Harian:-

Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.

Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang ‘dia’. Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya

nora danish tarawih

Sukar sebenarnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Kongsi gambar pergi sembahyang kena kritik tak ikhlas. Kongsi gambar keluar malam kena kritik terlalu sosial. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Nasib baik la Nora nie jenis tak kisah sangat. Yang lagi seronok apabila Nora memberitahu hubungannnya dengan Fasha memang sudah baik.

Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua. Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula. Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa.

Semoga di bulan baik ini, hubungan Fasha dan Nora akan bertambah rapat dan mesra lagi. Nanti hari Raya jangan lupa kongsi gambar anda berdua. Pasti seronok melihat mereka berdua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi Hari Raya. Tak gitu?
glutacellP.S: Jom tampil berseri dan menarik di Hari Raya ini dengan Gluta Cell. Terbukti berkesan dalam 14 hari sahaja. Gluta Cell dapat menghilangkan bintik-bintik hitam serta parut dari kesan jerawat. Sangat sesuai untuk wanita yang sudah berumahtangga, sebagai supplement tambahan. Jangan bertangguh lagi, jom beli segera di www.azaleadenaturale.com.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Bukan Niat Saya Hendak Menunjuk – Nora Danish

  1. sengal.. says:

    selagi bernama manusia…….

    0

    0
    • Puteri Rayyan says:

      Biarlah orang nak kata kita tunjuk baik d’setiap ‘post’ kita . Sekurangnya kita cuba mengingatkan diri sendiri dan orang lain . Mungkin mereka tak nampak usaha kita , tapi Allah lihat . Insya’Allah ~

      0

      0
    • hahaboy says:

      Kalau benda baik pon kena kutuk bila letak kat Instagram, ape lagi boleh letak? Haih…

      0

      0
    • gulahati says:

      Oleh kerana itu, aku tak follow IG nora danish.. aku rasa macam tak ada modal nak follow dia.. baik aku follow diana amir, yatt hamzah & selebriti bertudung lainlah.. perkongsiannya juga berilmu.. sekian terima kasih…

      0

      0
    • ayam jepun says:

      MEMANG BUKAN MENUNJUK2 ! TAPI ” MEMANG SENGAJA NAK MENUNJUK2 “! ORANG LAIN PUN IBADAH JUGA ! LAGI PANDAI IBADAH PUN BANYAK ! TAPI , SEMUA DUK BUAT DIAM2 ! JIKA DAH NIAT NAK IBADAH , BIARLAH DIRI KITA & ALLAH SAJA YG TAHU !
      BTW ,,,, BAGI FANATIC FANS OF ND , SILA DISLIKE DENGAN BERHEMAH YE !!!!!

      0

      0
      • Skandal Nara says:

        Gelak je aku baca komen ko.. Ape laa agaknye komen ko kalo gambar artis dok sosial tu yek. Herm~

        0

        0
    • sha27 says:

      org yg suka mengkritik xtentu pasal krn dorang ada sikap cemburu dan saja nak menunjukkan sifat tu pd org lain…bukan nora danish shj yg berinstargram..malah seluruh rakyat msia upload pic2 dorang.. biasa la ramai sgt yg rasa diri sendiri perfect…

      0

      0
  2. noknokgorgeous says:

    3rd

    0

    0
  3. mak jemah says:

    yeeeeeeeeeeeee … i like nora danishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ..

    # abaikan manusia yg mulut bau longkang tuh ..

    0

    0
  4. pah bedah says:

    itulah kalau jadi artis mcm tu lah…
    kebaikan sebesar zarah dihebahkan, keburukkan sebesar kuman pon dibesarkkan
    nasib lew jadi artis hehehe

    0

    0
  5. saya ok jer!! says:

    Alaaaa. boringnyaaa orang yang fikiran KOLOT ni.. semua tak kena. semua nak kondem…. tak masa depan ke semua ni? cuba la fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri.. ramai juga yang BUKAN ARTIS upload berjubah/ bertelekung.. tak pe pulak. kalau artis semua tak boleh.. boooring.. -____-

    0

    0
  6. Gincu says:

    Tapi yang aku peratila kan, artis yang seksi giler sebelum datangnya ramadan, diorang yang akan exposed lebih dengan menunjukkan yang diorang membuat ibadah.

    0

    0
    • ddd says:

      tak kisahlah..sekurang2nya buat…drp yg da bertudung tp bersepah kt sogo sampai ke malam…

      0

      0
      • hamba Allah says:

        perlu ke mention bertudung ke tak???tak semua orang bertudung perangai macam itu, tak semua org yang tak bertudung tu jahat,cuma mungkin Allah belum bg hidayah,mari kita doakan mereka sebaik mungkin…tak kira siapa kita,kita hanyalah hamba Allah….so jgn kuat banding-bandingkan org…

        0

        0
  7. kak jemah.... says:

    org yg ngata ni la dikatakn melayu haprak…. org tu wat benda baik pun salah…elok la die share gambar g terawih dari wat bukan2….yg duk ngata tu ntah2 x puasa…. puasa pun hnya than lapar n dahaga sbb shari duk ngata kat org je….

    0

    0
  8. luke pritchard says:

    gua kdg2 kasihaan dekat artis2 ni….
    g umrah org kutuk…g masjid org bebel…
    tunjuk pic semayang org mengata…
    sebabnya…the way artis tu bawa diri n tampil di depan masyarakat sendiri…skrg anda tunjuk anda solat…tp kt luar pakaian anda kdg2 tak cukup kain…itu semacam satu komplikasi namanya jah…mmg tak salah tp org akan anggap..’nah….takyah tunjuk ko baik sebenarnya ko tak mcm tu’….
    org akan pk cuba jd cm nabila huda…lompat sana sini…takde tunjuk g semayang masjid pun…
    thats my thought la…
    semoga lama2 hatinya terbuka lah seiring dengan apa yang ditunjuk..amin

    aite..

    0

    0
  9. apa2 jer la says:

    kita yg bukan public figure ni bernasib baek org tak follow psl life kita..
    baik buruk kita sendiri yg tau.
    ntah2 lg bnyk buruk dr org yg korang kondem2 tu..
    so better cermin diri sendiri dan muhasabah diri…

    0

    0
  10. miaa says:

    gulahati , nd pun taknak kau follow dia,kahkah ,takde mamfaat pun orang mcm kau

    0

    0
  11. nurulni says:

    heh. ok la tu gambar menutup aurat yang dipublish. daripada die publish gambar terdedah2. kita pon sama dapat share dosa.

    0

    0
  12. wawa says:

    seelok-eloknya sgala amal ibadat kita hnya kita dgn Allah…..tak perlu mnunjuk kpd umum…takut mdatangkan riak dan mgurangkan pahala..
    RAMADANBULANMENCARIPAHALA…

    0

    0
    • mizz says:

      setuju… mgkn klu org lain sndr yg nampak dan bercerita lbh diterima kot dari kita up sndr…benda baik mmglah elok dipost tp ia bole mendatangkan riak @ menunjuk2 klu x kena pada keadaan dan bila agak bercanggah dgn personaliti kt sebenarnya…well stp org ada pndgn msg2…
      tp benda dah jadi…bonus for her wlupun artis atleast ramai yg tau dia pegi jugak terawih kannn…

      0

      0
  13. kk says:

    Benda baik mmg elok di hebahkan. agr menjadi contoh dan tauladan. Tp if kebaikan sebulan ttp xblh jg nk ubah kejahilan yg lg 11 bln tu, xgn jgla. Tu psl, jgn menunjuk2. Nk buat baik, biar antra dr sndri dgn Allah. Dr pon xkena kutuk.

    0

    0
  14. mawarmerah says:

    Kesian Nora Danish… buat apa pun ada aje yang nak dijadikan kontroversi. Sabar ajelah.

    0

    0
  15. Penghuni Alam says:

    sejahil2 ko reti pulak bertelekung….tapi aku musykil muka ko nmpk soft n budak2 tu yg aku kesian ko bersosial mcm x hengat ko dah ada anak x sessuai ko pegi ke situ…aku peminat ko tapi skg x sekuat hati spt peminat yg lain…

    0

    0
  16. aflad says:

    pompuan yg ngan nd tu yg dl hangat org kate mkwe aidil tu knnnn….???????

    0

    0
  17. babychic says:

    ND nk tunjuk bf dia baik…..

    0

    0
  18. ... says:

    Bukan Niat Saya Hendak Menunjuk – Nora Danish .



    saya cuma ‘menunjuk’ gambar itu pada semua orang sahaja.. ok fine..

    0

    0
  19. baju raya oh baju raya says:

    pada aku ok aje..apa niat dia tunjuk gambar tu pada umum, itu antara dia dgn Allah..pada aku, selagi gambar itu boleh memberikan kesan yang baik, apa salahnya…dalam gambar nora, cuma gambar dia bertelkung, malah anak nazri aziz pun berjubah..apa diorang buat dimasa lain itu antara mereka dgn Allah..so, tak perlu nak kaitkan gambar2 yang elok dengan perlakuan mereka sebelumnya yg mungkin kurang sedap dipandang..tapi fikir2 balik, siapa kita nak mengata sesama manusia? sedangkan kita sendiri melakukan dosa saban hari..jadi apakah kita berhak mengata dia? so, muhasabah diri adalah sebaik2 jawapan..dan apabila nora bergambar dalam keadaan yang mengikut suruhan Allah mcm tu, kita doakan semoga dia terus berkeadaan begitu dan doakan diri kita juga agar menjadi insan yang baik yang sentiasa mentaati perintah Allah..kan senang gitu..tak payah nak sakit2 kepala fikirkan keburukan org lain..sebab kita juga sama buruk bila berhati jahat..

    0

    0
  20. tulips says:

    x phm btol ak ngn korg ni, keja asik nk kritik je.. wat tu salah, wat ni salah.. bila tnjuk wat bnda x elok dh sah2 kna kutuk, ni bila tunjuk wat baik pon kena ‘bahan’ gak… haila, dh namanya pon manusia…

    0

    0
  21. sasha says:

    tak salah aku ade lagi artis yang pakai telekung lpastu ambik gambar. kalau nak attack dia sorang tak best la kot. hanis zalikha tu pun sama….

    0

    0
  22. nemo says:

    “memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat”

    pohon share gambar tengah mandi atau tengah nak pakai baju ke… boleh la ND.. untuk peminat….sharing kan caring.. kata suka kongsi macam macam gambar.. kalau tengah beribadat pun ingat nak kongsi dengan peminat takkan time tengah mandi tak ingat tak peminat?

    0

    0
  23. gladies says:

    best tgok ND pegi terawih…sekurang2 nya dia menghormati buln ramadhan yg mulia nie. love ND.

    0

    0
  24. […] Bukan Niat Saya Hendak Menunjuk – Nora Danish (40) […]

    0

    0
  25. […] Bukan Niat Saya Hendak Menunjuk – Nora Danish (41) […]

    0

    0