Bukan Neelofa Tetapi Fattah Amin Yang Tidak Mahu Berlakon Bersama?

Hiburan

Bukan Neelofa Tetapi Fattah Amin Yang Tidak Mahu Berlakon Bersama?

Maafkan kami kerana masih lagi berbicara tentang isu Lofattah, apa hendak buat, kisah mereka masih panas lagi bukan sahaja di Internet tetapi di akhbar juga.

Advertisement

Begini, tentu semua tahu baru-baru ini kecoh dengan isu Neelofa tarik diri daripada drama Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang yang sepatutnya dibintangi oleh beliau dan Fattah. Ramai juga la yang tertanya apakah sebab utama Neelofa menarik diri, tetapi malangnya beliau tidak mahu mendedahkannya kepada umum.

Terbaru, menerusi ruangan Poklip di Utusan Online, ada rakannya memberitahu sebenarnya Fattah yang menolak untuk berlakon bersama dan bukanlah Neelofa. Walaupun dipujuk oleh pengarah dan juga Neelofa sendiri  untuk bergandingan sekali lagi demi permintaan peminat , Fattah tetap bertegas dengan keputusannya itu.

Ada seorang kawan Poklip bagi tahu sebenarnya yang menolak untuk berlakon drama Hero Seorang Cinderella (HSC) bukanlah Neelofa, tetapi Fattah sendiri.

Kawan Poklip cerita, Fattah dikatakan betul-betul bertegas tidak mahu terlibat drama itu. Puas semua memujuk, dia tetap tidak berganjak daripada keputusannya itu. Biarpun Neelofa dikatakan memujuk pelakon lelaki itu demi memenuhi permintaan peminat, Fattah tetap tidak mahu. Kalau betul, apa yang membuatkan pelakon itu berkeras hati tidak mahu berlakon HSC ya?

Benarkah apa yang dikatakan oleh kawan Poklip itu? Apa-apa pun, kami rasa adalah lebih baik untuk Fattah sendiri ataupun Michael Ang menjelaskan perkara sebenar agar tiada lagi spekulasi liar yang tercetus.

Sumber Berita : Utusan  Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...