Written by Bella | March 8th, 2017

Umum mengetahui pelakon, Zarina Zainuddin mempunyai dua anak kembar lelaki austime bernama  Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai . Zarina juga sering memuat naik video kedua-dua anaknya itu di Instagram dan sering mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Bagi mereka, Zarina mempunyai hati yang cukup tabah dan semangat yang kuat untuk membesarkan dua orang anak istimewa itu.

Menerusi portal Astro Gempak,  Zarina berkongsi pengalaman serta detik pahit dan manis selama 21 tahun beliau mengasuh dan membesarkan anak-anaknya itu.

Mengakui bukan mudah untuk membesarkan dua orang anak istimewa, beliau sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan beliau kesabaran dan semangat.

Wanita adalah makhluk Tuhan yang paling istimewa. Dia kuat besarkan dan menyayangi anaknya sehingga dewasa, tak kira apa sahaja rintangan yang dilalui. Saya boleh katakan, wanita lebih kuat daripada lelaki. Lelaki sebenarnya punya sifat manja. Jika mereka sakit kita boleh lihat mereka lemah.

Saya tidak merasakan apa yang saya lakukan sebagai seorang ibu itu pengorbanan tetapi ianya adalah satu keperluan. Tak dinafikan membesarkan dua orang anak autisme ini bukan mudah tapi dari situ kita boleh menambah pahala dan amal kita kepada Allah. Saya sentiasa meminta pada Allah supaya berilah saya kesabaran dalam membesarkan mereka.

Pada awalnya, Zarina akui beliau pernah tewas dan berputus asa. Saat itu, beliau pernah terdetik didalam hati untuk Allah SWT mengambil nyawanya dan anak-anak agar kesengsaraan yang dilalui tamat.

#Part2 @azal_azrai 💕😭😪

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Kita manusia biasa, ada masa kita tewas. Pernah sewaktu anak-anak masih kecil saya hampir putus asa apabila melihat keadaan mereka yang sering mencederakan diri sehingga berdarah-darah. Saya pernah terdetik untuk meminta Allah tarik sahaja nyawa saya dan anak-anak supaya kami sama-sama mati dan tidak perlu meneruskan hidup lagi.  Waktu itu iman saya tidak kuat dan saya seperti mahu mati bersama anak-anak tetapi nasib baik saya cepat tersedar dan memohon ampun kepadaNya. Kehidupan selepas mati juga bukan mudah seperti yang kita sangkakan.

Buat Zarina, anak-anak istimewa ini juga  sama seperti kita semua yang mempunyai perasaan dan  mahu keluar  menjalani aktiviti sosial seperti orang lain juga.  Zarina menasihati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa diluar sana agar selalu kekal tabah dan bersabar. Janganlah memarahi atau memukul anak anda, sebaliknya ajarlah mereka tentang kehidupan dan mereka akan dapat memahaminya sedikit demi sedikit.

Kami juga sering menonton video Zarina dan anak-anaknya, antara yang mendapat perhatian ramai apabila Zarina dipukul oleh anaknya Azal ketika berada didalam kereta. Saat itu, memang terdetik di hati kami betapa tabahnya beliau. Kami harap Zarina dan ibu bapa lain di luar sana yang senasib dengannya agar tidak mudah mengalah dan diberikan kesabaran dan semangat yang lebih untuk membesarkan anak mereka.

Sumber Berita : Astro Gempak

26 responses to Bukan Mudah Untuk Membesarkan Anak Istimewa, Perlukan Kesabaran Dan Pengorbanan – Zarina Zainuddin

  1. Anonymous says:

    Indeed….saya pun anak autisme…memang memerlukan kesabaran yang tinggi..try and error..doa…

    6

    2
    • Mat Ronggeng says:

      Kalau di negara maju mereka dah buat charity or support group atau foundation in the name of their children. It serves as a support group to parents having the same problem.
      Kalau kat Malaysia…Kelab owner kereta MyVi lah, kelab kereta proton saga lah…Itu jelah yg aku nampak…..Tak creative sungguh.

      21

      2
      • Mata mata says:

        Helllow. Nak kutuk negara sendiri pun buat la research skit.

        11

        1
        • Ohyeah.. says:

          Aku setuju ngn mata mata. Kt Malaysia dh ada persatuan yg memberi bantuan dan menjlnkan aktiviti serta pembelajaran utk ank2 yg menghidap autisme semenjak 1987 lagi.banyak kempen kesedaran mengenai autism dijlnkan.ibu.

          24

          0
      • nonoi says:

        ko ingat malaysia tahu nak berhibur je k? kempen2 dan persatuan itu semua dah diwujudkan lah syg oi

        4

        0
    • maya says:

      kuat zarina ni.. dengan besarkan bukan satu, tapi dua orang anak autism serentak..!!.. dan dengan dia 2nd wife lagi (means suami dia tak selalu ada dengan dia).. memang salute la

      ** jadi 2nd wife tak semestinya jahat seperti pandangan mata sebilangan besar manusia.. benda yang halal.. ramai yang takut sangat dgn 2nd wife sampai samnggup pejam mata bila suami ada skandal atau berzina, janji suami tak kawin lain, sanggup berdosa besar marah2 maki2 suami.. allahuakhbar, punyalah nak nampak sempurna di mata manusia, sampai lupa jijiknya dimata allah..

      21

      1
  2. Emas 99.99 says:

    Salah 1 sbb anak2 dye jd cmni sbb lahir x ckup bulan. Br2 aku dgr byk cte anak org dlahirkn x ckup bln cm misha omar,nadya syahera(kalu bto dia x tipu…sbb pasal trikh kawen pn tipu gk) & kwn2 aku.

    Mntak2 djauhkn menda cmni. :(

    0

    32
    • HaWa says:

      Allah menggerakkan saya untuk sekadar menasihati…. Kita bercerita tentang anak2 autisme ini, tak perlulah mengaitkan nama2 org lain (betul ke xbetul ke). Jgnlah menambah dosa, jika pahala pun susah kita nak kumpul. Wallahuaklam…..

      39

      0
      • Ohyeah.. says:

        Suka sgt berburuk sangka. Org certa bab lain dia konon nk buka aib org.
        Memang bnyk kesabaran diperlukan membesarkan dan menjaga ank2 istemewa.ternyata ramai ibu2 diluar sana amat “awesome”. Aku tabik kt ko org!!

        20

        0
    • Anonymous says:

      memandai jer ko ni, ngalahkan Tuhan…..bis ko tak sebut pulak yang cukup bulan pun ramai yang sakit otak, mcm *batuk* yang komen ni…….

      7

      0
    • lk says:

      nope its not about x cukup bulan, autism is not disease. pls do some research dear!

      16

      0
    • Rondoletti says:

      Seriously? Anak kena autism sbb lahir tak cukup bulan? Mana awak dpt info nie? Kalau begitu, mana2 budak yang lahir tak cukup bulan confirm akan kena autism? Dah lah info tak betul, sempat lagi nk kaitkan nama orang yang. Package kebodohan sekali dgn dosa fitnah. Mmg hebat!

      8

      0
  3. permata 99.99 says:

    pada emas 99.99 – mntak2 jauhkan pemikiran dan mulut puaka cam ko ni….

    4

    0
  4. cing says:

    abg nara x nak cite pasal mak zarina zainuddin ni gaduh dgn zarina anjoulie kat instagram ke?

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Mmiliki anak istimewa bkn snang jaga..ank sy pun kira ank istmewa sakit brkudis gatal2 umpama ekzema tp da sembuh..dr umur dia 3bln smpai 5thn..skg dia da tadika,6thn..6thn suda brlalu..mmg susa,sabar plng penting..kepada zarina allah saja yg mengetahui brapa besarnya pahala awk d syurga,bgtu jg pahala anak2 awak..amin.

    9

    1
  6. Anonymous says:

    Tumpang bangga dengan ketabahan dan kesabaran Zarina.Semuga ALLAH memberkati hidup Zarina dan anak2 untuk selama2nya InshaALLAH.

    2

    0
  7. Nobody says:

    Yes, b strong kak.. Semua anak2 istimewa krn anugerah Ilahi. Cuma mgkin insan2 terpilih spti akak dpt anak seperti ini krn Tuhan tahu akak lebih kuat berbanding wanita yg lain. Sy dulu tak berapa sensitif pasal anak kecil, now ada anak, I become more sensitive and emotional about anak2 kecil. Mgkin ini sesuatu yg baru yg Tuhan beri kita rasa lg2 bila dah ada anak.. Hargai anak kita. I wish u all the best and may Allah bless ur family, kak..

    7

    0
  8. kakmah says:

    hanya orang yg sabar jer Allah datangkan ujian dan ianya tidak melebihi kemampuan ummatNya. Semoga semua ibu2 yang ada anak senasib dengan ini diberikan kekuatan dan kesabaran yang sebaik2nya dan diberikan balasan syurga yang setimpal dengan pengorbanan mereka selagi tidak menjauhi perintah dan tidak mendekati larangan Allah.

    cuma nak tegur sikit kat Nara ni, zarina tu dah tutup aurat. Dah kenapa nak up gambar dia x bertudung tu..? nanti nampak dek anak2 dia, tak pasal anak2 dia ngamuk jugak.

    Dalam kita berblog, jangan lupa sensitiviti pihak lain.

    17

    1
  9. huhu says:

    risau jugak tgok dah besor gagah mcm tu laju tangan pukul sana sini , taula autisme tapi ntahlah kene usaha jugak bg paham xboleh pukul2 sesuka hati .. klu x bahaya .. dibuatnye time trigger tu die pegang benda yg merbahaya .. huhu

    3

    3
  10. Tq kakmah says:

    Tq komen kakmah..moga allah akan memberkati kakmah juga..amin.

    4

    0
  11. Mak Becok says:

    Zarina Zainuddin antara Ibu terbaik – semoga ALLAH SWT memberkati dia, suami & keluarganya! Aku sendiri tak boleh bayangkan dpt. kesabaran mcm. ni kalau jadi Ibu anak2 OKU!

    K’jaan kita patut sediakan satu resort khas tepi pantai bagi menghargai keluarga OKU supaya depa dpt. berkumpul sama dan bercuti secara percuma sekali setahun dgn. pelbagai aktiviti khas utk. depa; spt. menunggang kuda, belajar berenang dsbnya. Apalagi bila depa rakyat miskin.

    8

    0
  12. melor desa says:

    zarina tu propa lebih….

    0

    7
  13. Mrs.Bob says:

    Bertabah la kak zarina untuk menjaga anak-anak istimewa ni..sesungguh nya kak zarina seorang ibu yg kuat..seperti ibu-ibu yang lain..besar pahala nya kita mejaga insan istimewa ni dengan baik..in syaa allah..

    0

    0
  14. adelia says:

    Emas 99.99 says:

    March 8, 2017 at 1:30 pm

    Salah 1 sbb anak2 dye jd cmni sbb lahir x ckup bulan. Br2 aku dgr byk cte anak org dlahirkn x ckup bln cm misha omar,nadya syahera(kalu bto dia x tipu…sbb pasal trikh kawen pn tipu gk) & kwn2 aku.

    Mntak2 djauhkn menda cmni. :(

    komen kurg bijak dr emas.

    0

    1
  15. ikan says:

    weiiiii… tak terkata aku. sbg seseorang yang berapa nak penyabar, aku sangat kagum.

    0

    0

Leave a Comment

Optional