Written by Bella | August 5th, 2015

Terlibat dengan bebera majlis keagamaan baru-baru ini hanya sekada ingin berkongsi pengalaman tentang agam Islam membuat orang ramai salah sangka bahawa aktor Zahiril Adzim mengajar orang ramai tentang agama tersebut. Jelas Zahiril, beliau sama sekali tidak layak untuk memberi tunjuk ajar kepada orang lain sedangkan beliau tidak begitu arif tentang ilmu Islam.

Saya tahu perlu ada tauliah untuk memberi ceramah agama namun saya bercerita mengenai pengalaman sebagai manusia yang dalam proses berubah ke arah yang lebih baik.

Kalau orang panggil suruh saya bercakap dan duduk sebaris dengan ustaz-ustaz pun saya sudah gementar kerana saya sedar ilmu agama saya sendiri tidak tinggi, namun niat saya kuat untuk mengajak golongan muda ikut majlis ilmu seperti itu.

Baru-baru ini Zahiril terlibat dengan forum 1 Love-Do We Care Enough?  anjuran pelakon Yatt Hamzah dan berkongsi pengalaman pada majlis yang diberi nama Hamba Allah Sepenuh Masa atau Separuh Masa?

Zahiril pada masa yang sama mengakui merasa pelik kerana tidak berfikir panjang sewaktu menerima tawaran tesebut dan hatinya terbuka untuk melakukan perkara berkaitan agama Islam.

Selalunya saya seorang yang suka berfikir panjang sama ada saya ini layak atau tidak dalam satu-satu perkara, contohnya ramai yang panggil saya untuk beri ceramah dalam bidang teater yang mana memang menjadi kepakaran saya tetapi saya menolak.

Saya akan beri tugas itu pada orang lebih layak tetapi ketika dipelawa untuk bercakap tentang agama, hati saya terbuka dan terus bersetuju walaupun saya sedar ilmu agama tidak tinggi.

Buat masa ini, Zahiril sedang dalam proses perubahan dan ingin mendalami agama Islam dengan lebih lanjut.

Tidak salah untuk seseorang itu mengisahkan pengalaman sebagai seorang Muslim bersama orang ramai. Kami rasa Zahiril Adzmin pun sedar ilmu beliau tidak setinggi mana dalam agama Islam.

Sumber Berita: mStar Online

10 responses to Bukan Beri Ceramah Agama – Zahiril Adzim

  1. Lovelyvic says:

    Kalau ke arah kebaikan… apa salahnya…

    0

    0
    • Lembu Gemok says:

      sbb tu kena belajar agama..baru paham erti “sampaikanlah ilmu walau satu ayat….”…zahiril dah belajar, mgkin dia cuba utk share kan dgn orang lain apa yang dia belajar…kalau salah, mesti dia nak ditegur..bukan bermakna dia share tu, kononnya dia ceramah…mentaliti orang melayu kita skrg…mmg bullshit!!!keyboard warrior bersepah…..menyampah aku tgk!!!

      0

      0
    • alhamdulillah says:

      syukur Alhamdulillah…lega jgk hati ini bila LPF dah bagi garis panduan berlakon..and artis pon ramai yang nak/cuba/sedang berubah…alhamdulillahhh syukur seronok sgt…diri sndri pon tambah semangat nak berubah……isk isk (terharu)

      0

      0
  2. gigi emas says:

    Jika tak betauliah tolong jangan beri ceramah agama kerana ia mungkin akan menyesat lagi akidah orang yg mendengar ceramah itu. Tolong lah Malaysia ni dah terlalu ramai Uztaz2 mee segera yang menyesatkan umat Islam……

    0

    0
    • SAKIT GIGI says:

      kalau artis berpeluk2 tu kiraanye x sesat lah yek.. ohh…cetek nye pemikiran kamu..

      0

      0
    • damai says:

      Kan dia ckp dia sekadar kongsi pengalaman mengenai perhijrahaan kearah lebih baik. sghnya sabda Rasul ” sampaikan agama wpun dgn satu ayat’ , renung2 kan lah

      0

      0
    • lalala says:

      bodoh tu simpan sikit okeh. pi blajaq agama balik. dia bukan nak jadi ustaz, dia nak share experience dia, and nak sampaikan kebaikan kat org lain. bukannya nak bagi kuliah maghrib selama sejam.

      0

      0
  3. Tema Camelia says:

    ok

    0

    0
  4. kau salah eja says:

    adzmin taw .. haha ..

    0

    0
  5. Saya tahu perlu ada tauliah untuk memberi ceramah agama namun saya bercerita mengenai pengalaman sebagai manusia yang dalam proses berubah ke arah yang lebih baik. Zahiril Adzim berkongsi pengalaman di forum anjuran pelakon Yatt Hamzah.

    0

    0