Written by AbangNara | September 6th, 2017

Sesungguhnya Abang Nara memang respek pada Norman Hakim. Walaupun sudah bercerai dengan Abby Abadi, hubungannya dengan bekas isteri masih baik. Mereka boleh keluar bersama-sama, menjalankan aktiviti keluarga bersama-sama, bercuti pun bersama-sama dan menjaga anak pun bersama-sama. Bukan mudah untuk melakukan perkara ini, tetapi Norman Hakim telah menunjukkan satu contoh yang yang wajib diikuti oleh semua pasangan suami isteri yang bercerai.
memey suahaiza
Kebiasaannya apabila suami dan isteri bercerai, anak-anak akan menjadi mangsa. Mereka akan terabai, tidak mendapat kasih sayang secukupnya, bekas suami culas bagi nafkah, bekas isteri tak bagi suami jumpa, gaduh dalam dan luar mahkamah dan banyak lagi. Kesemua itu memberikan kesan negatif kepada mental dan emosi kepada si anak. Kenapa semua ini terjadi? Tak lain tak bukan kerana ego masing-masing. Ikutilah nasihat Norman Hakim di bawah ini:-

Pengorbanan itu memang luas. Bagaimanapun kalau kita kecilkan skop itu untuk keluarga kami ini, ia lebih kepada membuang ego kita dan muhasabah diri dalam menjaga kedamaian, ketenteraman dan ukhuwah antara satu sama lain demi memastikan institusi keluarga terus terpelihara.

Bukan sengaja nak menunjuk-nunjuk, cuma itulah pengalaman saya dan sahabat saya merangkap bekas isteri. Selepas berpisah, kita berusaha menjadi sahabat baik demi kepentingan anak-anak. Kita bawa segmen baharu. Kita perlu fleksibel. Apa juga perkara yang ingin kita mulakan, perlu beri perhatian dan jaga institusi keluarga.

Kita juga melalui fasa biasa dan sering dilalui pasangan yang sudah bercerai, tetapi adakah kita mahu menjadikan anak sebagai mangsa? Atas sebab itu, kita perlu buang ego yang ada dalam diri dan belajar untuk pupuk kesedaran bagi meletakkan keutamaan kepada anak-anak.

Bukan saya seorang yang berusaha, tetapi ini merupakan hasil usaha satu keluarga. Persekitaran kita memainkan peranan penting. Apabila masing-masing memainkan peranan, kita akan jadi saling melengkapi apabila sama-sama menyumbang dan sama-sama bertanggungjawab.

memey suahaiza

Sesungguhnya manusia memang mempunyai ego masing-masing, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri yang sudah bercerai. Masing-masing tak nak mengaku kalah. Masing-masing menganggap diri sendiri benar. Akibatnya, anak-anak jadi mangsa pertikaian. Semoga nasihat Norman Hakim ini akan menusuk ke jiwa mereka yang terbabit. Ketepikan ego, fikirkanlah masa depan anak anda. Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

36 responses to Buang Ego & Jangan Jadikan Anak Sebagai Mangsa, Nasihat Norman Hakim Untuk Pasangan Bercerai Ini Memang Awesome

  1. rianda says:

    aku pelik semua nk bg kredit kat norman padahal aku rasa kemaafan n kekuatan abby menerima semua ni adalah kunci utama apa yg dieorg ada sekarang. anak2 jadi hafiz pun atas didikan abby. abby yg berhijrah n belajar menerima n meaafkan. sorry to say walaupun dh lama berlalu tp norman yg buat palat kot. apehal dia yg dipuji2 pulak.kelakar.

    182

    0
    • Anonymous says:

      lagi satu. eksen nak bagi nasihat kat org. phuiii

      28

      0
    • Pekerja Gomen says:

      Setuju sangat!
      Apahal org yg bersalah plak dabik daa kata ketepikan ego..
      Yg mmafkan tu lagi besar pengorbanan dia..
      Bukan senang nak lupa wooooo….

      51

      0
    • Nicki says:

      betul setuju dgn rianda..aku rasa should bagi credit to abby coz dia yg tabah & start mulakan perubahan..

      61

      0
      • Kapal selam says:

        Not just Abby. Norman, Memey, suami baru Abby semua jenis buang ego.

        RITA RUDAINI ego ko bila ko nak buang? Asyik menyalak kat sosial media semua orang salah…ko sorang je teranaiya…ceh…sila ambil ikhtibar ya!

        3

        2
    • Ira says:

      Baru nak komen cam komen ni
      Terbaek le

      5

      0
    • Anonymous says:

      dulu kau jugak yg tinggalkan isteri tgh sarat mengandung..RIAK PULAK KAM8NG NI..NYAMPAH..

      6

      0
    • Anonymous says:

      Sbb yang banyak menulis gosip ni lelaki. Yg mulut puaka pun lelaki. Bila bercerai dgn laki miang & fight utk anak2 mcm si Rita, org ckp dia betina garik. Tp bila bercerai & dh maafkan laki miang mcm si Norman, org tak puji si Abby tp credit goes to si laki garik itu. Boo sama kau Norman. Ko tak layak nasihatkan org.Ko lupa ke netizen hina kaw2 si Abby dulu sbb meroyan lps kau kena tgkap khalwat?Kau sedap boleh kawen lain, tinggalkan si Abby kena bambu dgn netizen sorg2. Hoktuih!

      10

      0
    • jijah says:

      stuju tu.. tp itu la dunia…
      bila tang buruk, perempuan kena.. bila tang baik, lelaki dapat…
      apa sudut pun-perkahwinan, anakĀ², cinta etc, mmg itu la yang jadi..
      cth, klu termengandung luar nikah, ada lelaki yg dicari?
      klu janda tak jaga anak(kes tinggal anak kt umah etc), ada lelaki yg dicari?
      padahal klu ikut sudut pandang agama pun, lelaki la yg bertanggungjawab. Ikut akalnya, lelaki la yg patut kena kecam.. hahaaa… tp takpe, org Islam kan? dunia depa leh lepas… kt akhirat sok, padan muka! akhirat tak tau bila.. mmg r, tp PENGADILAN ALLAH ITU PASTI! perempuan kena hina kt dunia ni, xpe la.. bg ringan sikit ‘neraca kat sana’. Wallahua’lam.

      cmne pun, aku respek gk r Norman SEBAB dia mengaku tu smua bukan dari dia semata-dia guna perkataan KITA & mengaku yg bukan dia sorang yg berusaha…thumbs up for their team!

      1

      0
  2. huh says:

    Jangan lupa nasihatkan anak dara kat luar sana. jangan masuk pejabat ngan laki orang sampai subuh. siap angkut tilam lagi.

    42

    0
  3. Rina says:

    Tak berapa sesuai la keluar dr mulut kau Norman. Lebih sesuai kalau Abby yang bercakap pasal buang ego & maaf memaafkan.Lain la kalau proses cerai kau dulu smooth,tak ada skandal.Ni lebih pd Abby punya usaha untuk berdamai selepas hati dia disakiti.Rasa macam riak pun ada Norman ni.Tak payah nak tunjuk sangat keluarga bahagia.Tak lupa apa yg kau buat dulu.

    59

    0
  4. wekkkkkkk says:

    sbb Abby dh berlaki. Mmg boleh bawa bincang. Cer kalau Abby masih janda, mana ada mcm ni punya ikut.

    12

    2
    • cindai says:

      Rasanya Abby dah memafkan Norman since dia berhijrah. sebelum kahwin. Meant sebelum berkahwin dengan suami dia sebelum ni. so bukan isu janda or dah kahwin yek

      20

      0
  5. makenon says:

    sape sini suke benda2 masin???

    mari mari..kami dari syarikat mak enon sdn bhd ade resepi taik idong terbaru..

    rasanya mmg masin!

    promosi sah hingga esok..first come first serve!

    0

    8
  6. Daaaa?? says:

    Ko x lyak nk nsihat la norman.aku rsa yg byk buang ego c abby,brkorban air mta dgn prangai gtal ko.nsib baik c abby da kwin,klu x mroyan la bni ko nk ajk jln sma.bdoh pnya statemnt.salah ko ngn bni memek ko ade ati nk nsihat org.

    17

    0
  7. kakikucinghitam says:

    korg kalau tengok ig, boleh like ig fightforamber. kesian budak ni. mak bapak die bercerai n bapak die pisahkan dgn mak die… sedih sgt tengok video anak die x bg mak die balik…. anak baru dua/tiga tahun tu… bg parents yg bercerai jgn jadikn anak sbg mangsa dendam korg. bercerai bukan makne end of life. bercerai sepatutnya menjadi permulaan utk hidup baru yg lebih baik….

    2

    0
  8. Ntah Pape says:

    maaflah ye, kalau abby yang cakap macam ni saya memang boleh terima lagi. abby lebih layak nak bagi nasihat macam ni. dia yang banyak buat pengorbanan buat keluarga dia. dia yang memaafkan, buang ego dan dia yang menggalakkan anak-anak dia untuk mendalami agama.

    23

    0
  9. didi says:

    dalam hal ni abby mmg kuat sangat.. bukan senang pmpuan nak lupa kisah lama. mmg respect sgt tgk tabah nye abby ni.

    28

    0
  10. norhana mohd ghazali says:

    Saya selalu bertemu Abby bawa anak anak dia ikuti kuliah agama di Masjid Ar Ridhuan Hulu Kelang ..Abby memang ibu yang kuat dan dia berhijrah jiwa dan raga untuk kebaikan anak-anak walaupun ada suara-suara yang menghina namun dia tetap tabah
    Alhamdullilah anak2 nya berjaya didunia dan diakhirat

    40

    0
  11. Anonymous says:

    acah gud2 je norman…tinggal bini anak 3 org x bg nafkah ingat org lupa ke…

    5

    0
  12. Anonymous says:

    NI LAGI SATU RIAK!!!

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Pandainya si norman beri nasihat.. ko betul ketuk kpala ko sendiri.. smpai meroyan abby ko buat mslh dulu.. ko ingat ko baik sgt.. puiii

    3

    0
  14. cik puan noor says:

    tah si normiang ni cibuk je credit tuk diri sendiri sama ngan si memiang

    3

    0
  15. Gadisjelebu says:

    Abby contoh paling terbaik untuk org yg nk tau bila perempuan da MOVE ON ? you are no longer anybody..

    8

    0
  16. IbuTunggalBelajarMemaafkan says:

    Abby yang sebenarnya menjadikan keluarga ini harmoni selepas bercerai. Disebabkan kemaafan, keredhaan dan ketabahan dia dengan perceraian yang dihancurkan oleh si bekas suami. Credit seharusnya diberikan pada abby…Norman cuma patut bersyukur sahaja dengan asbab kebaikan Abby dan Norman juga menjernihkan semula apa yang berlaku. Tabik Abby bab ini. Moga aku juga secekal Abby!

    12

    0
    • Anonymous says:

      And Memey yang sangat sabar & tak melawan. Bila semua buang ego, Allah bagi kebahagiaan. Gaya Abby meroyan dulu, kalau orang lain mmg tak lupala. Mmg menunggu news abt keluarga yg bahagia selepas bercerai. Norman & wife, Abby & husband… anak2 yang tidak ditipu dgn keadaan sebenar… Boleh hidup bahagia. Allah x suka penceraian, tapi ada sebab kena cerai itu halal. Dari hidup sengsara hipokrit menipu anak2..acah2 bahagia. Bosan dah dengan news couple lepas bercerai bertelagah..or news tentang poligami.

      1

      0
  17. Chentabuska says:

    Kepala bana jantan ni. Masa berentakan dulu Abby siap kata dah berapa kali si Norman ni kantoi. Masa kawan tu sarat kau tinggalkan rumah dan biar dia hadapi anak2 kecil sensorang. Abby dan kau ok pun pun lepas perkahwinan yang ni. Tertiber si Norman ni dok mengambil kredit konon keluarga bahagian. Macam la orang lain tak tau gila babi korang masa berpisah dan lepas cerai mcm mana. Abby yang berkorban. Bukan kau yang peel mcm haram

    4

    0
  18. anon kerana benarrr says:

    normiang..
    lelaki ini mudah lupa..
    Semoga abby diberikan ganjaran atas ketabahan dia..

    5

    0
  19. king kong says:

    ABBY ABADI yang membolehkan semua ni berlaku dengan izin Tuhan.. yang si norman ni..nasib je tu..ko tak layak beri nasihat pada siapa2… ko sepatutnya yang terima nasihat dan bersyukur… RIAK

    5

    0
  20. Pejuang Bahagia says:

    Saya respek dgn Abby.Abby cukup tabah hadapi segalanya.Byk pengorbanan Abby.Tinggalkan dunia seni,berusaha utk mendidik dan bawa anak-anak ke arah agama.Dia antara contoh wanita dan ibu yg kuat dan tabah

    5

    0

Leave a Comment

Optional