Written by serenity | April 12th, 2015

Malam tadi telah berlangsung malam Gala Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2015 di Borneo Convention Centre Kuching (BCKK) di Kuching, Sarawak. Ia juga menyaksikan pelakon Bront Palarae dianugerahkan trofi Aktor Terbaik untuk filem Terbaik Dari Langit. Filem itu yang diarah oleh pengarah Nik Amir Mustapha turut dinobatkan sebagai filem terbaik ASEAN untuk tahun 2015.

Skrip filem Terbaik Dari Langit ditulis oleh Redza Minhat berkisar mengenai seorang pengarah filem Indie yang menjemput rakan-rakan sekolah asramanya untuk menjalankan penggambaran filem mengenai UFO dengan menjelajah seluruh negara. Pelbagai kejadian berlaku sepanjang perjalanan mereka yang memberikan gambaran mengenai perasaan mereka kini sambil mengimbau kenangan masa bersekolah.

Perjalanan itu juga tanpa dijangka memberikan penyelesaian kepada beberapa konflik yang pernah timbul antara mereka sebelum ini.

Berikut ialah senarai pemenang AIFFA 2015.

Tahniah diucapkan kepada Bront dan team Terbaik Dari Langit. Kita memerlukan lebih filem seperti ini. Mungkin sesuatu dengan kualiti yang sama tetapi lebih bersifat mesra audiens? Apa pun, sekali lagi tahniah diucapkan.

15 responses to Bront Palarae Aktor Terbaik Anugerah Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2015

  1. Anonymous says:

    tak fahamlah jalan cerita film ni dah tonton hari tu

    0

    0
    • Kiah Kongo says:

      ala…apa lah sangat dgn anugerah ni kalau nak dibandingkan dengan Shaheizy Sam yg menang besar melalui undi pukal pangkah sendiri kan???

      hehehhehe

      0

      0
      • Olga says:

        beli suratkabar berkoyan-koyan, suruh satu kampung dan daerah pangkah, bila nama diumumkan sbg pemenang kononnya terkejut beruk.
        padahal lakonan,,,ke lubang jamban. itu saja aku nk komen. have a nice weekend.

        0

        0
      • hmk says:

        haha.. ya benar…

        0

        0
  2. peminat sam dol says:

    Alamak Sam dol tak menang sbb bangla lupa nak pangkah undinya.wakaka

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Tahniah…

    0

    0
  4. syasya says:

    Filem ini penuh dengan message yg sarat berkisar tentang persahabatan. Tak ramai yg faham message yg mereka cuba sampaikan. Pada yg tidak faham, buatlah kajian dan baca review dari mereka yg tahu. Saya bangga sebagai anak Malaysia kita mampu untuk menghasilkan karya yang berkualiti dan diiktiraf di peringkat tinggi. Filem TDL byk mengingatkan saya pada Arwah Yasmin. Rindu pada karya- karya berkualiti. Mentaliti masyarakat perlu banyak di didik dengan menilai kualiti dan bukan hanya disuap dengan hiburan kosong semata mata. Terima kasih team TDL! Tahniah!

    0

    0
  5. lesbo says:

    he deserves it. citer yang sangat tidak cliche seperti kemaruk celah kangkang.. mmg layak dpt best film & bront mmg layak dpt best actor! congrats!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Filem2 terbaik Malaysia selalunya akan menang untuk pertandingan peringkat antarabangsa tapi bila dipertandingkan di Malaysia tak pernah menang. Begitu juga dengan pelakon2nya. Di Malaysia susah nak dapat anugerah tapi diperingkat antarabangsa mereka dihargai.

    0

    0
  7. girl says:

    love u bront palarae

    0

    0
  8. Anonymous says:

    TAHNIAH!
    mmg best kalau dia berlakon…

    0

    0
  9. MKHnfU says:

    Malam tu nampak si Fazura teguk air kencing syaitan! Such a fake girl! Malam sebelum tu pun kemaen sombong… Kekwat! Fuhhhh! Kang bila diinterview, dia mula laa membuat penafian.. Tapi malam tu ramai yang nampak kesombongan Fazura and masa kat BCCK tu dia teguk air kencing syaitan!

    0

    0
    • Anonymous says:

      poyo la kau ni..ini page bront.kau semak2 crita pasal fazura kenapa?dia tak layan kau ke?bukan satu level la tu.harap faham yea..n 1 more thing..kalau nak tegur orang boleh tp jgn smpai mengaibkan o fitnah yea..kita ni belum tentu baik tau.bye

      0

      0
    • Anonymous says:

      ade gambar tak? tgk sikit

      0

      0
  10. Anonymous says:

    ni barulah actor tebaik..setakat abpbh/drama kl award tak dipandangnye..tu budak2 bodoh je yg undi abpbh

    0

    0