Written by AbangNara | July 23rd, 2015

Abang Nara belum pernah mencuba permainan ‘escape’ yang menjadi kegilaan ramai sejak kebelakangan ini. Namun Abang Nara ada mendengar dan membaca pengalaman kawan-kawan yang lain. Memang seronok dan menguji minda permainan ‘escape’ ini. Yang paling popular sudah tentulah BREAKOUT yang kini telah pun mempunyai cawangan kedua di NU Sentral. Dengan tujuh tema dan jalan cerita yang berbeza, mencabar dan menyeronokkan, para pengunjung dan peserta permainan ‘escape’ BREAKOUT ini dijanjikan kepuasan yang tak terhingga.

breakout nu sentral

boss boss BREAKOUT di hari pelancaran pembukaan cawangan kedua ini

Bertempat di tingkat 4 bersebelahan Celebrity Fitness, BREAKOUT cawangan kedua ini telah dibuka secara rasmi pada bulan Mei yang lalu. Antara tema-tema yang menjanjikan otak anda diperah ialah Testament of Tesla di mana anda perlu mengembalikan cahaya ke dunia sambil menyelami detik-detik gelap hidup Nikola Tesla. Selain itu anda juga boleh merentasi masa demi mentafsirkan misteri peninggalan turun temurun dalam bilik Perpetual.

breakout nu sentral

Abang Nara dah masuk ketujuh-tujuh bilik iaitu Dreadnought, Materia Medica, The Testament of Tesla, The War for Rembrandt, Terraform, The Secret of Hocus dan Perpetual ketika majlis pembukaan BREAKOUT NU Sentral ini. Fuh!!! Memang terasa mencabarnya. Klu-klu perlu dicari berdasarkan gambar-gambar, prop-prop dan apa jua barangan yang diletakkan di dalam bilik tersebut. Paling best sudah tentu setiap pemain mempunyai watak mereka yang tersendiri. Di dalam tempoh masa yang diberikan, kerjasama yang cukup dikuatkan untuk membolehkan anda keluar daripada bilik yang dimasuki.

breakout nu sentral

Arja Lee pun layan juga BREAKOUT ini

Sekiranya anda menggemari permainan yang mencabar minda, suka sesuatu yang baru dan suka menyelesaikan masalah, sesungguhnya permainan ‘escape’ BREAKOUT ini memang dicipta khas untuk anda. Abang Nara pun tengah rancang nak pergi dengan kawan-kawan. Lagi ramai lagi meriah. Dan sekiranya anda seorang pelajar, ada diskaun khas buat anda. Cuma perlu tunjukkan kad pelajar sahaja.

breakout nu sentral

Kalau pergi, janganlah pergi sorang-sorang. Bawak kawan ramai-ramai dan boleh main lebih daripada satu bilik. Kalau main 2 kali, akan diberi diskaun sebanyak 25%. Selalunya kalau pertama kali cuba, memang akan gagal. Gunakan diskaun yang diberi untuk cuba sekali lagi. Jangan putus asa. Hehehe.
breakout nu sentral

Cadangan Abang Nara, lepas pergi open house raya hujung minggu ini, terus kumpulkan kawan-kawan untuk mencuba BREAKOUT di NU Sentral. Confirm korang akan seronok dan teruja punya. Maklumat lanjut boleh layari www.breakout.com.my dan follow Instagram @breakoutmy. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pelancaran BREAKOUT NU Sentral dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentralv
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral
breakout nu sentral

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to BREAKOUT Cawangan Kedua Kini Dibuka di NU Sentral

  1. david gandy says:

    WHO CARES……

    0

    0
  2. One Direction says:

    kedai cina apek,,,, BOIKOT !!!!

    0

    0
    • not racist says:

      Ko ni kalau ye pun bengang dengan cina isu low yat tu bengang dgn tu jelah. Tak payah nk libatkan orang lain. Tak semua cina racist. Tolong jadi melayu yang pikiran tu ke depan. I have cousin who is chinese too, but we are sgt menghormati antara satu sama lain. Please mind your words before you post something.

      0

      0
      • anti racist says:

        orang melayu bukan racist. orang melayu ni pendengki. tengok bangsa lain lagi maju sebab rajin, mula la mengamuk. Malu la dengan cina pendatang tu yang berjaya dekat malaysia ni. Orang indon ngan bangla yang korang benci tu pun dah mampu bukak kedai kt malaysia ni. Orang melayu? jadi pelanggan setia je la.

        0

        0
        • Fantastica electronica says:

          Rajin sebab dpt buka kedai? Ko pernah dengar tak psl monopoli? Sudah2 dgn cliche melayu malas/racist/dengki, cina je rajin/pandai biz. Bila melayu ckp psl bangsa, cepat je dicop racist. Mcmana melayu nk boleh buka kedai kat shopping centres besar bila sewa xmasuk akal, dpt lot tersorok, call tanya nk sewa dengar bunyi melayu je kena hang-up etc. Bila majoriti kena main dgn minoriti, ramai je membisu. Sbb kenyang kena suap kot.

          0

          0
        • anti racist says:

          so kau rasa cina tiba2 boleh jadi kuasa monopoli la? benda nak jadi bukan usaha sekelip mata. dia dah berusaha lama dah. kita melayu ni je terus kat takuk lama. harap disuap. bangsa lain paling kurang keistimewaan/bantuan dalam negara ni, dari segi kewangan, pendidikan, semua kena usaha sendiri. sebab tu dorang jadi bangsa kuat.
          budak melayu memang sentiasa disuap dari dulu sebab tu naik lemak. Dah mall tu dia yang buat guna duit dia. Kalau kau pun ada mall sendiri, mesti kau lebihkan anak beranak kau, dah jadah ape nak bantu orang luar yg kita tak kenal.

          0

          0
        • anti racist says:

          and sapa yang kena suap tu? Orang melayu?

          0

          0
  3. critical analyst says:

    kalau middle/low-income malays pegi jugak tpt2 membazir duit mcm ni, mmg layakla rakyat msia kena GST 6%. baik simpan duit byk2 coz once negara bangkrap, cina2 kat atas ni la first ada duit cabut balik tongsan…

    0

    0
  4. acik] says:

    nara post pasal artis melayu – korang kata asek pasal gossip aje..
    xde benda lain ke? artis sendu la.. ape la..

    dia post psl benda2 mcm ni, korg kutuk dia jugak..
    nasib ko lah nara..

    aku pernah pergi breakout kt avenue K tu. not bad la..
    sape yg x pernah pergi, pergi la.. boleh gak korg tau tahap ape IQ korang tu..

    0

    0
  5. Dan says:

    I dah pegi..best! escape room and breakout ni lebih jer…

    0

    0