Written by serenity | January 5th, 2012

Sudah tengok Mission Impossible: Ghost Protocol (MI4)? Kami sudah dan berpendapat ia filem yang sangat bagus, rugi kalau tidak menonton di pawagam. Filem ini membariskan Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton dan Josh Holloway mendapat rating yang bagus di IMDb dan Rotten Tomatoes.  Bak kata penulis rebiu filem tempatan, That Movie Blogger Fella:

But I can say that Mission: Impossible – Ghost Protocol is the best of them yet, not to mention the best popcorn movie of the year (2011).

Bagaimana pun entri ini lebih kepada melaporkan tentang Anil Kapoor, aktor Bollywood yang turut berlakon dalam filem tersebut. Anil, dikenali peminat kerana sering berlakon bersama Sri Devi satu ketika dulu dan mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas lakonannya dalam Slumdog Millionnaire, pada mulanya diberitakan di Bollywood sebagai pemegang watak antagonis utama.

Tapi apabila filem itu ditayangkan, ramai peminat filem India yang kecewa kerana watak Anil cuma berada di skrin selama 3 minit dan peminat menyifatkan kemunculan wataknya seperti seorang ‘badut’. Berikut ialah treler MI4 dengan beberapa saat kemunculan Anil (sekitar 1:03):

Sebenarnya, bagi kami walaupun 3 minit, lakonan Anil sangat berkesan sebagai seorang jutawan India pemilik satelit pelancaran nuklear yang kaki perempuan (accent inggerisnya juga super). Sebaliknya informasi awal yang berlegar tentang Anil memegang ‘watak jahat utama’ itulah yang menyebabkan kekecewaan peminat. Kami difahamkan sejak dari awal, ramai aktor Bollywood yang mencemburui Anil kerana wataknya dalam MI4, makin galak pula memerli beliau kerana penampilannya itu.

Anil bagaimanapun masih belum memberikan sebarang reaksi pada kekecewaan peminatnya.

39 responses to (BOLLYWOOD)Peminat Kecewa Penampilan Anil Kapoor Dalam MI4: Ghost Protocol

  1. ruyi says:

    X tengok lagi laa

    0

    0
  2. saya says:

    mmg kelakar sgt tgk watak dia tu…ingatkan taiko besar..rupanya kena buli dgn pompuan hahaha

    0

    0
  3. kui3 says:

    1st!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hahahahahahahahahahaha

    0

    0
  4. Reena says:

    Hahahaha….1st kejadahnyer…sila cube lagii…konfiden jer 1st..mcm dapat hadiah…

    0

    0
  5. qistina anaqie says:

    sgt coollh cite nie…..muke tom cruise sgt ensem…..:)

    0

    0
  6. Reena says:

    1st la sangat!!!! Mangkuk!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  7. tukang ajar budak says:

    pasal 1st pon bole gaduh..komen2 korg mmg menghiburkan hati…

    0

    0
  8. airyl says:

    pe nak heran???

    -> Tom Cruise pun penah pegang watak “ciput” dlm Tropic Thunder
    -> Arnold Schwarzenegger, Bruce Willis, Stone Cold pun penah pegang watak “kecik” dlm The Expendables
    -> Shah Rukh Khan, Salman Khan, Hrithik Roshan pun penah pegang watak kecik dlm 2 ke 5 minit dlm bbrp buah film Bollywood.
    -> The Rock pun byk kali pegang watak kecik (dlm Fast Five, GI Joe 2 Retaliation, Be Cool, dll)

    Chill yar…

    0

    0
    • meeradriana says:

      agree with u..
      atleast watak dorg tu boleh diingati oleh peminat dorg cukuplah..
      kalau nak watak “besar” je, baik buat filem sendiri.. :))

      0

      0
  9. Arshad Mahmood says:

    Makan cekodok kat rumah Pak Mahmood,
    makan cekodok bersegi-segi
    Pelakon bollywood dah berlakon hollywood,
    Pelakon kita bila lagi?…

    http://www.diskaun.my

    0

    0
    • haha says:

      pelakon kita kan dah rinduan hashim dan adi putra dalam cite don 2 tak samapai 1 minit pun he2

      0

      0
  10. meeradriana says:

    ok what..
    i dah tgk n atleast character dia still ada dlm kepala i..

    0

    0
  11. diana says:

    seminit ke, sejam ke.. janji bayar baik punya… yg dengki memang ramai..

    0

    0
  12. anil kapoor says:

    3 minit ke 3 saat ke janji hollywood..ko ade??xde kan??so nk kecewa2 bangat ni nape??tak civillized betoi peminat2 aku ni..

    0

    0
  13. […] Here : Beautiful Nara This entry was posted in Teknologi and tagged Anil, BOLLYWOODPeminat, DALAM, Ghost, Kapoor, […]

    0

    0
  14. Datin Maimon MLM. says:

    Aku Kapur2 ni aku tak layan neh…

    0

    0
  15. padel says:

    tringat dulu hattan pn penah gak blakon crita lakonan jackie chan.. kalo x silap who am i.. x sampai 5saat pun scene dia hehehe..

    0

    0
  16. mysara says:

    MI4 terbaik la..mmg best! Anil Kapoor jadi miang dlm citer tu..apa masalahnya? ok je tengok, menghiburkan..
    Mungkin peminat dh biasa tgk AK jadi hero yg macho, so bila dia pegang watak humor mcm tu, rasa x best..

    0

    0
  17. Kakiwayang says:

    filem ni bagus…i dont see kenape peminat nak frust sangat…biar sikit tapi berkesan….it is much2 better dari penampilan Ito dalam Datin Ghairah…..banyak tapi aduhai…haha…

    0

    0
  18. sharuz says:

    patut bagi watak tu kat Datuk SRK..

    0

    0
  19. yoursara says:

    la ko ni phm ke x?pminat bkn xska dia blak0n watak 2 tp dia blak0n kejap je 3minit dan bknlah spt yg d war2kn yakni jd watak jahat utama..ad0iii..

    0

    0
  20. yoursara says:

    la ko ni phm ke x?pminat bkn xska dia blak0n watak 2 tp dia blak0n kejap je 3minit dan bknlah spt yg d war2kn yakni jd watak jahat utama..ad0iii……

    0

    0
    • sara sari says:

      hang ni meroyan ke apa yoursara..mst hang ni rply komen mysara kn..

      0

      0
      • mysara says:

        kahkahkah..a’a mesti dia reply kt aku tu..

        Bukan aku x faham, tp eloklah kiranya aku quote balik ayat di atas: “Ramai peminat filem India yang kecewa kerana watak Anil cuma berada di skrin selama 3 minit dan peminat menyifatkan kemunculan wataknya seperti seorang ‘badut’”.

        Skrg siapa yg kurang faham ni? nak condemn org je kejanya heh

        0

        0
  21. yoursara says:

    la ko ni phm ke x?pminat bkn xska dia blak0n watak 2 tp dia blak0n kejap je 3minit dan bknlah spt yg d war2kn yakni jd watak jahat utama..

    0

    0
  22. atokhilangselipar says:

    klu sape2 minat si anil kapoor ni boleh la nonton siri 24 yg femes kat us tu..sizen brape aku x ingt..mmg best dia acting dlm series tu…

    0

    0
  23. hahuhe says:

    betullah tu..dia bw watak jahat utama tp tak smpi 3 minit..so what?..wellyg penting kesan lakonannya yg 3 minit spt 3 jam..itu yg intresting..sebenarnya

    0

    0