Written by Bella | April 20th, 2015

Gabungan tiga orang pelawak dengan keunikan masing-masing, kumpulan Bocey semakin mendapat tempat di hati orang ramai dan populariti merek mula meningkat. Sudah mempunyai nama yang agak kukuh sekarang, ada pihak yang mendakwa Bocey kini sudah lupa diri dan mula menaikkan harga untuk persembahan.

Namun, ahli kumpulan tersebut Abam menafikan dakwaan itu dan meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan mana-mana tindakan mereka dan telah mencuba sedaya upaya mereka untuk melayan peminat sama rata.

Saya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap kami kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menyuarakan pendapat berkenaan lupa diri. Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanyakan sama ada kami lupa diri.

Sebagai artis, kami rasa kami cuba sedaya upaya untuk melayan peminat sama rata tetapi tidak tahu pula jika ada pihak yang terasa hati dengan tindakan kami tanpa disedari. Malah pihak yang mengenali kami pastinya tidak akan percaya gosip ini kerana tahu kami bukanlah seperti yang didakwa.

Bocey juga sebenarnya tidak kisah atau iri hati  andai ada antara ketiga-tiga mereka lebih menonjol dari yang lain kerana ia secara tak langsung turut membawa jenama Bocey.

Kami rasa tidak salah untuk Bocey menaikkan harga mereka sedikit, kita tahu kerjaya sebagai seorang pelawak bukanlah mudah. Pelbagai idea kreatif harus dihasilkan untuk membuat orang lain ketawa.

Sumber Berita: Berita Harian

 

10 responses to Bocey Minta Bayaran Tinggi Dan Mula Lupa Diri?

  1. nur kaseh says:

    Aku first lagi ke

    0

    0
  2. NALIYA says:

    Nie jela keje wartawan……. up story yang lom tentu betul

    0

    0
  3. disgusted says:

    i’m really disgusted with malaysian medias….x tau ke yang msian organizers are cheap skate…semua nak murah…It’s very normal lah for Bocey to demand higher payment…now that they’re popular…..they have mouths to feed too…..ini lah gara gara GST harga bertambah naik….so stop wailing medias and organizers….nothing comes cheap these days.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Perkara biasa bagi artis. Klau dh famous pergggghhh sumanya kontroversi sana sini. X boleh tengok artis snang ckit dh nk gossip. Heran aku. Siapa yg lupa diri dia ke wartawan yg gatal sgt ni. Agak2la nk gossip. Mulut x boleh nk ttup. Aku rasa dlm satu hari tak sah klau xda gossip. Klau dh tak dpat thn tebal bibir agaknya . Lol

    0

    0
  5. where zero?? says:

    emmm dulu ckp sepahtu..skrg bocey…sape2 yg baru nak meningkat naik msti kena tempias konon lupa diri la…demand la…sabar je la bocey….mulut longkang wartawan n tukang jaja cerita ni saje nk bg laris artikel diorg….tp smpai skrg x nmpk pun populariti zero…!!

    0

    0
  6. jawapan aku says:

    hak bocey nak mintak bayaran brape skali pon. itu sudah rezeki dia. sape nak amik service bocey,,ikot je la.takpayah nak jatuh kan rezeki org

    0

    0