Bob Lokman Masuk PAS, Masih Akan Terus Berlakon

Hiburan

Bob Lokman Masuk PAS, Masih Akan Terus Berlakon

bob lokman masuk pas

Bob Lokman telah disahkan memasuki parti PAS pada hari Sabtu lepas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak pada majlis Himpunan Pemuda Pas yang diadakan di Kota Sarang Semut. Patutlah ada pembaca menghantar sebuah video kepada Abang Nara tentang berhentinya Bob Lokman menjadi juri Raja Lawak 5. Boleh tengok video tersebut di bawah.

Advertisement

Namun Bob Lokman masih lagi akan terus berlakon dengan syarat watak lakonannya tidak akan membawa dosa selepas dia meninggal dunia nanti:-

[note]Ikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, kita (saya) tak ada sumber cari makan bidang lain, jadi kemahiran kita berlakon, ustaz kata pilih watak jangan jadikan dosa bila kita tak ada di dunia ini. Carilah watak-watak yang mendatangkan manfaat [/note]

Video di bawah ialah video Bob Lokman memberikan ceramah di satu perhimpunan PAS. Ada bakat jugak rupanya Bob Lokman ini menjadi penceramah.

Apa pun semoga dipermudahkan segalanya ke atas Bob Lokman. All the best and good luck.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...