Written by AbangNara | January 28th, 2014

Untuk AJL28 yang baru berlangsung minggu lalu, nama Black disebut sebagai salah seorang “feveret” untuk memenangi kategori Vokal Terbaik. Tidak dinafikan suara Black amat hebat. Tambahan pula, lagu Takkan Terpisah sememangnya menyerlahkan vokal Black yang tinggi. Abang Nara sendiri telah membuat ramalan yang Black bakal memenangi kategori ini.
black kecewaNamun apabila nama Jaclyn Victor diumumkan sebagai pemenang untuk kategori itu, Black didakwa terlalu kecewa sehingga gagal menyembunyikan reaksi kegagalannya memenangi anugerah tersebut di wajahnya. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Black menafikan dakwaan tersebut. Kata Black:-

Saya rasional dan dari awal lagi saya kena sedia dengan apa-apa keputusan. Kalau nak kata saya terkejut atau berubah air muka, bukan saya saja, tapi peserta lain juga.

Cuma kebetulan tumpuan diberikan kepada saya sebab saya dah cakap awal-awal nak menang. Memang saya sasarkan menang tapi saya juga bersedia dengan kemungkinan. Saya sudah melakukan sehabis baik sebab bukan senang untuk keluar (menyanyi) seorang tapa bantuan peralatan atau gimik.

Tapi saya sahut cabaran itu untuk tunjukkan aura dan kekuatan vokal saya. Saya tak harap apa-apa cuma saya cakap begitu sebab nak bagi saingan kuat saja. Kalah dan menang adat pertandingan.

black mentor

Tak apalah Black memang sudah tertulis bukan rezeki anda untuk memenangi Vokal Terbaik di AJL28. Abang Nara percaya pasti ada rezeki lain yang lebih hebat dan besar di masa hadapan. Lagipun persaingan untuk kategori tersebut memang sengit. Kesemua penyanyi pada malam tersebut memang hebat-hebat belaka. Sukar untuk membuat pilihan. Tak gitu?

P.S: Model baharu Perodua dilancar hujung tahun 2014

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

43 responses to Black Nafi Terlalu Kecewa Gagal Menang Vokal Terbaik AJL28

  1. sue says:

    malam tu meremang dengar suara black.. apapon terima qada dan qadar dengan tabah ea black.. insyallah bukan rezeki awak mase tu..

    0

    0
    • Lembu Gemok says:

      black..suara anda mmg sedap..tp sorry to say, pitching lari..banyak part…especially part last..aku dgr masa rehearsal better dr live…suara ko mmg ok, tp competitors ko bukan calang2…Jac, Hafiz, Azlan…semua power2…so its ok kalau kalau..berada dalam top 12 pon dah ok dah…

      0

      0
      • Pemerhati says:

        sokong ko lembu gemok..setelah dengar semula….waktu hampir di akhir persembahan “ad-lip” Black agak pitchy dan tenggelam timbul. mungkin sebab tu kot…

        0

        0
        • Gisele says:

          permulaan yg baek tapi tercicir di penghujung.
          apa kata mas idayu?

          0

          0
        • Olga says:

          suara dia kelaut lah… masa part ujung2 tu kelaut habis… pastu trick sustain note tu pun non hado… x de la tinggi mane dia tarik suara..
          black kena legi kelas vokal mcm hafiz.. vokal black dh makin hambar sekarang!

          0

          0
      • Yang Benar says:

        Lebih bertenaga dari Najwa Latif…tak syak lagi.

        0

        0
    • Pemerhati says:

      Black terlalu melolong dan terlolong. relaks la bro. Ini bukan acara menyembah….. saka !!!

      :)

      0

      0
    • miss m says:

      maaf, mungkin aku agak kurang minat dengar lagu ini.. performance dan vocal dia macam agak hambar sikit.. maybe lakonan yang di cuba buat kan tu tak berapa menjadi.. dan mungkin dia terlalu focus dengan vocal dia.. sampai vocal dia lari.. oohh jac memang patut menang.. gabungan penyanyi yang mempunyai vocal terbaik..memang awesome.. tp baju jac.. nampak macam dia terlalu berhati2.. lawak gak dia berlari2 anak nak ambik award tu..

      0

      0
  2. Kak Jemah says:

    Pitching tinggi tak semestinya sedap..pengawalan perlu ada. Karisma pun penting atas pentas. Jaclyn Victor memang diva….susah nak lawan. Harap Black mencari kelemahan agar terus maju dimasa depan.

    0

    0
    • . says:

      Serius lah, aku sebenar nye bosan bila hafiz dapat banyak anugerah. tapi nak buat macam mana, dia lah yg paling menghayati lagu tu and buat persembahan terbaik. peserta2 lain? kebanyakan over je lebih. tapi hafiz mmg betol2 layak lah menang.

      0

      0
      • Anonymous says:

        macam mana Hafiz tak memang…semua lagu best dapat pada dia. macam tok tie dulu.

        0

        0
        • Bapak Hafiz says:

          artis lain haraf bontot dan muke cantik jek. xde kualiti. bodek composer, dh dapat lagu. tp nak bawa lagu. hampeh. haprak . .

          0

          0
  3. Ratna Sarumpaet says:

    coba tanya Tok Tie tips utk menjadi vokal terbaik…. :)

    0

    0
  4. LESONG says:

    lame² mcm bingit lak tinge aku dgr sore die.

    0

    0
  5. Anona says:

    over confident sangat..tak rasa aura pun pada persembahan tu..

    0

    0
  6. miss s says:

    rezki xde Black.
    xkan dia je nk mng

    0

    0
  7. Black….gelap, malap dan x nampak harapan. Nama kena tukar ni klo nak menang.

    0

    0
  8. peanut says:

    black, jgn terlalu berharap. org skrg ni x suka sgt melalak-lalak cam ribut petir. tgk hafiz & jaq, steady jer..x over sgt.

    0

    0
  9. Kepohci says:

    Dah la over dlm romantika.. tau la newlywed.. meluat mak.. (off topik)

    0

    0
    • kertu says:

      Kepohci, aku sokong ko beb’, romantikq sumpah meluat, aku xboleh bla mamat ni cakap pmpuan yg len xmacam bini die sbb pmpuan len suke black sbb die retis. Haha , die ingt muke die ensem ke?? Hahahahahahahah puihla

      0

      0
      • miss yna says:

        kan…aku bile bace paper die ckp cmtu rase mcm….eeeeiii..please la..kacak sgt ke ko?bajet sume pmpn ske?bajet sume org knal kt ko?mmg prasan habes…..

        0

        0
    • mia says:

      Aku suka suara die.. tp die ni mcm ade sindrom perasan hensem + bajet popular + bajet sume pmpuan tergile kt die.. adoaii.. Org yg hensem mcm izzue islam pn xde perasan mcm ni..

      0

      0
    • Mirai Suenaga says:

      Aku tgk iklan je pun dah meluat. Best lagi tgk episod Ajak dgn bini dia tu.

      Pasal vokal aku agak Hafiz atau Jac, tp aku lebih pada Hafiz. Apa2 pun, tahniah Jac! Azlan pun pancit gak masa tu, kau pun sama Black…

      0

      0
  10. takkan terpisah says:

    Performance black sgt ok..ingat senang ker nk bt pitching tinggi mcm 2..tp mmg rezekixberphak kt dia….suara hafiz ok tp aura dia x kuat…

    0

    0
  11. mereng says:

    alahai black..bile suare tgi je blh mng vokal ke?tu pasal la ko nyanyi nk tinggi je suare..pastu nk dgr org bersorak adoi..lg 1,teringat rgk romantika..adoi sabar jela..mmgla halal berpeluk2 tp terlalu over ..kalau blh nk masuk tndas skali..adoi black2..

    0

    0
  12. kak li says:

    Asyik hafiz yg menang tapi bila dengar llagu yg di nyanyikan memang hafiz terbaik masa kini. Tapi satu yg akak suka kt hafiz, dia tetap ingat makbapak dlm apa jua pekara. Hubungan ngan sedara maranya pun memg rapat. Itu yg sebaiknya. Jgn bila dah senang lupa mak bapak. Ada yg sanggup saman mak lagi

    0

    0
  13. minah jambu merah biru says:

    helo black ! dh lah jangan nk sedih2 sangat kalau tk dapat vokl tebaik….suara u tu macm suara pompan nk beranakkkkkkk ! u ngan si lan tpe writer sama lah suara macm burong kakak tua kena rogol tepekek pekek macm jubor nk meletop ! minah jambu tk minat lah ngan suara dua ekor ni terima khaseh aje lah ye thank u ..

    0

    0
  14. ajlapuk says:

    Hafiz kalau menang anugerah tak payah nak buat aksi macam sakai..boleh? Nampak sgt gelojoh dan haloba

    0

    0
  15. lily says:

    xpe….thun dpan cba lgi

    0

    0
  16. ImanRyue says:

    Memang teka black akan rampas vokal terbaek…tapi bila tgk persembahan tu tak mengancam spai adek pun ckp biasa2 ja …. .wlpun minat hafiz….tapi saya teka black pencabar utama……persembahan vokal jac memang terbaek layak menang….

    0

    0
  17. nok gebuzzz says:

    sory black….vocal jac lagi mantap..sabar jer la ye…cuba lagi thn depan!

    0

    0
  18. Anonymous says:

    bagi aku sora black mmg tinggi tp xcukup lunak, xdak serak yg bagi tone sedap didengar..mungkin balck kena belajar lebih lagi..susah nak tewaskan kehebatan vocal jack, hafiz dan lan..hafiz walaupon sora dia xsetinggi black tp dia menyanyi sampai, serak dia sedap..hahaha sori ya banyak sgt komplen..aku cuma bagi pendapat aku dan kawan2..

    0

    0
  19. damai says:

    bila masa pula black ckp dia terkejut dan terkilan. bukan rezeki, and furthermore dia kan baru balik umrah jadi mungkin masa untuk berlatih tak cukup. yg lebih2 reporter lah. korang yg kutuk2 black apa cerita, kat romantika dia nak lebih2 biarlah dah isteri dia, yg halal hang bising dan yang blm halal pun hang bising.

    0

    0
  20. menawan says:

    setuju ngn u kertu, i dr mentor mmg xbekenan pun ngn black ni so mcm mane boleh kata pompuan suka dia coz dia retis??? eeewwwuuu….

    0

    0
  21. akubosan says:

    ramainya pengkritik poyo kat sini.

    0

    0
  22. nan hado says:

    cuba suh hafiz nyanyi lg tak kan terpisah boleh?x pernah dengar vokal tggi hafiz

    0

    0
  23. poyyyyyyyyooooooo says:

    menang salah…kalah pn salah…aishhh donia….donia

    0

    0
  24. an -WAR- ibrahim says:

    Sebenarnya vocal Black ni tak la teruk mana, cuma vocal dia lebih sesuai kalau dia menganggotai sesebuah kugiran / band hard rock. Black ni suara dia boleh kira setanding dengan James LaBrie dan Geoff Tate. Karisma di atas pentas pun ada.

    0

    0
  25. anyss says:

    suara ko bkn best mne pon…makin tinggi makin bingit telinga aku..stress dgr suara ko..!

    0

    0
  26. zaza says:

    black bgus part high note tp tu lah, dia cuma bgus part tu je. low note,middle note suma ke laut..kalaw nk bnding dgn Jac, vocal dia bg penumpuan pada semua part, masa last ending performance dia tu dia sempat buat ad lip yg kalaw kita tgok kebnyakan penynyi antarabangsa selalu buat.ala2 lady marmalade. refer balik pd video performance dia.memang taraf diva habis. Jac patut pergi international .kt Malaysia nie xda sape boleh lawan vokal dia even Dato Siti pon.

    0

    0
  27. nafiesa says:

    (lari topic sikit..)best lagu ni,especially chorus, hembus nafasmu hembus nafasku udara yg sama..tp terfikir ke kita..bukan pasangan tu je bernafas udara yg sama, kalau awek tu ada mak or nenek pun mmg la nenek dia pn hembus udara yg sama, even kucing awek tu pun hembus udara yg sama kan..lain la klo lagu ni menceritakan tetang perselisihan antara melayu or cina kt malaysia ni or islam n kristian..so untuk apa bergaduh sedangkan kita bernafas udara yg sama,baru betul!fikirkan la, anyway mmg sedap di telinga even kelakar lirik dia.

    0

    0