Written by AbangNara | September 12th, 2013

Diluah mati ayah, ditelan mati ibu. Memang kalau Abang Nara pun akan jadi bingung sekiranya berada di tempat Nabila Huda. Memang boleh difahami penjelasan daripada Nabila mengenai punca dirinya masih tidak lagi beraya dengan ayahnya, Amy Search. Memang sukar nak buat pilihan antara ibu dan ayah tercinta.

nabila huda

Terang Nabila Huda menerusi portal Murai:-

Sebenarya saya mendapat undangan dari mama (ibu kandung) untuk menyambut raya bersamanya di Klang, tetapi dalam waktu yang sama saya teringin untuk beraya di Johor bersama papa (Amy Search). Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana

nabila hudaKalau korang pun berada di dalam situasi Nabila Huda, mesti serabut kepala nak buat keputusan kan? Sedangkan nak balik kampung mana pun asyik bergaduh je dengan bini. Tak gitu? Namun begitu Nabila Huda masih sempat menghantar SMS di pagi raya namun sayangnya SMS tersebut tidak dibalas oleh ayah Nabila.

Di pagi raya saya juga berasa sebak juga bila mengenangkan mama dan papa di kampung halaman masing-masing. Saya ada telefon mama untuk ucap selamat hari raya dan minta maaf, begitu juga dengan papa. Tapi panggilan yang saya buat untuk papa gagal. Jadi, saya pun menghantarkan SMS kepadanya untuk mengucapkan selamat hari raya dan meminta maaf daripadanya, tetapi SMS saya pun tidak dibalasnya. Tapi, tak mengapa kerana jika diizikan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang, Insya Allah.

nabila

Mungkin Nabila tak perlu tunggu sehingga raya tahun depan untuk bertemu dengan ayahnya. Ambil kesempatan ini untuk pergi berjumpa dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Selaku seorang anak, ego perlu diketepikan. Orang tua terutamanya si ayah memang ego lebih sikit. Jadi si anak perlulah ambil inisiatif untuk memulakan usaha berbaik-baik. Apa pendapat anda?

P.S: 2.0 liter turbo untuk Honda Civic Type R

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

71 responses to Bingung Buat Pilihan, Nabila Huda Beraya Di Singapura Bersama Kawan-Kawan

  1. ihateuzura says:

    1ST!!! yeayyyy!! yeaaayyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!! 1STTTT! bangga!

    0

    0
    • Kak Jemahhh says:

      Alasannn macam budak2 jee…raya sebulan kot…pandai2 laa ko bahagi masa dengan mak ayah…tapi sebulan tue post IG ko beraya dengan kengkawan jeee…jangan masa susah baru nak ingat mak ayah…mak ayah mmg xkan buang anak2 walaupun mcm mana keadaan anak tue skali pun…tapi anak2, bila dah senang…LUPA DARATAN…inilah hasilnya…

      0

      0
      • kikilala says:

        alasan yg tak logik.. tolong fikir alasan lebih munasabah dan matang dan tak perlu keluarkan statement dah.. nexttt!

        0

        0
      • Hanna says:

        tolonglah faham situasi mereka sekeluarga . jgn kita nak cuba cmpur tangan dengan hal masalah kluarga mereka. kita siapa nak cuba menghakimi mereka dengan maslah yang mereka sedang lalui .. bukankah mereka juga manusia seperti kita juga. mereka tidak meminta sama sekali untuk memperoleh masalah seperti itu. apa kata kalau kita sendiri yang mengalami masalah tersebut, apakah yang kita akan rasa apabila dilanda dengan msalah seperti mereka? bukankah kita akan turut tertekan dengan semua itu? sudah tentu bukan? oleh itu adalah jalan terbaik bagi kita untuk terus bersama-sama mbermuhasabah sesama kita tidak kira di mana jua kita berada sama ada di tanah air atau di perantauan untuk mengambil iktibar denagan apa yang terjadi sebenarnya… kita sebenarnya tidak mampu untuk menghukum orang lain dengan mcm2 tuduhan dan tohmahan. sesiapa sahaja boleh memberi tohamahan jahat.. tetapi apakah kita sebenarnya sedar bahawa apa yang sebenranya mereka sekeluarga lalui? apakah kita sedar tentang itu? apakah kita akan terus menghukum mereka sekeluarga? adalah tidak manis dan tidak elok sama sekali jika kita berkelakuan seperti itu terhadap apa yang merreka sedang lalui. Oleh itu jalan terbaik bagi kita adalah kita bgersmaa-sama tidak mencapuri urusan keluarga mereka.

        0

        0
    • ayam jepun says:

      JOHOR JE KUT !!! BUKAN NYE SAMPAI GI PALESTIN ! APA SUSAHNYE ! EGO SANGAT NAK TUNJUK PADA SAPA ? SILA JAWAB !!!!

      0

      0
      • Kak Enon says:

        kalau rasa bingung buat la solat istiqarah mohon petunjuk dariNya bukan membuat keputusan membabi buta..

        0

        0
      • FAKKA says:

        Syawal itu SEBULAN lamanya….

        Hapa susah??? Gi raya rumah mak dulu minggu pertama, minggu kedua raya rumah ayah… TAHUN DEPAN TUKAR~

        Alasan klu dah kantoi tak beraya… nak heret peminat dalam sentimen emosi pulak. Aperr??? Ingat rakyat Malaysia ni hidop zaman batu ker???

        Kesusahan ibu melahirkan dan ayah menjaga anak adalah lebih susah daripada situasi “anak hendak membuat pilihan” untuk beraya ke mana.

        Dahh… cakap pun tak guna… tembak pun tarak kena… syuuhhh…!! Syuhhh…! Sila gi beraya…!!

        0

        0
      • Didi says:

        Singapore ngan JB jauh sgt ker?
        Sila kirakan Jarak itu.. huhuh..
        Sgt x logik.. kan?

        0

        0
    • Apernie says:

      orang kita memang suka bangga pada benda benda yang tak berguna..

      0

      0
    • gegel says:

      Won’t take long before Keisha buat benda yang sama to you..
      Dah ada anak pun belum btol2 paham erti kasih parents kat anak masing2 ishk2..
      Untuk revision, sila tengok iklan raya Petronas semula, yang dorg asingkan meja mkn ayah dorg then anak pon ikut sama..

      0

      0
    • ... says:

      raya sebulan kak. x payah bingung nak buat pilihan sgt

      0

      0
  2. cleopatra says:

    macam2 hal lah….udah2 ler…

    0

    0
  3. Eza says:

    Hari Raya Aidilfitri, umat Islam menyambutnya selama sebulan….tak kan tak ada masa walau seminit bertemu insan yang paling terdekat dengan kita…darah daging kita…..???? ????

    0

    0
    • Anonymous says:

      Eza ya Nabila tau.

      Tapi malad lah kakay ayah mcm nieeeeee

      0

      0
      • Eza says:

        SubhanAllah…… walau siapa pun anda…walau buruk macam mana sekali pun ibu bapa kita… sebagai anak kita wajip menghormati dan menjaga hati mereka….

        0

        0
  4. kamariah says:

    NABILA X PERLU TUNGGU RAYE KLU BLM JMPE
    AYAH NOW BLK MTA AMPUN DAN MAAF
    STATEMENT NABILA KALI INI SEJUK X MELENTING
    N LEBIH NAMPAK KEMATANGAN SEMOGA
    DGN APA YG BERLAKU INI KITA DPT MUHASABAHKAN DIRI KITA
    MANUSIA TIADA YG SEMPURNA AKALNYA….

    0

    0
  5. NO HAL says:

    apa yg susah nya…raya pertama sampai ke-3 dgn mama pastu raya ke-4 balik la umah papa…takde beza pon…mak n ayah ko akan faham kalu terlewat balik beraya..
    drpd diorng tau ko beraya kat sana ntah apa2 pastu dgn sape2 kan dah kecik kan ati mak ayah ko sendiri…

    x faham aku dgn artis ni yg suka beraya luarnegara tanpa keluarga disisi..
    skang mmg la pada ko takde pape tp one day ko akan menyesal tak merasa beraya dgn mak ayah/keluarga sendiri…nikmat beraya bersama mak ayah ni tak terkata..

    selagi mak ayah kita ada ni la kena hargai mereka..

    tiada alasan yg kita bole create utk ketepikan ibu n ayah kita dari hidup kita…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Pergi ajalah Nabila hari raya haji ni…… Esok esok jumpa ayah pun boleh
      pcium minta maaf. Banyak coloklah orang ni….

      Si ayah bukan apa….. Dia nak Nabila jumpa dia first mcm budak yang komen ka atas tu. yyehh first….gilerrrrr. sebelum jumpa mak kandong dia

      Ayah egokan……..dah tak geng mak kandong….mintak di hormat jumpa dia dulu. Ikutkan ajalah……best wishes Nabila

      0

      0
    • Anonymous says:

      no hal apa hal.

      Diakan ada shooting…..very busy single parent,

      Tu ayah marah dakam hati. Cuba relakan rak pun susah
      anak cucu dia. Nasibpanjang umor, ke cacat ke.. Kalau tak ayah juga
      sedih. Doaknlah ayah utok anak2 kita yang terbaik….moga
      ditunjokan jalan yang benar. Setakat tak datang…. Ada yang
      anak kahwin bukan islam, kita tetap doakan semoga dia
      kembali ka pangkal jalan. Takan kita nak sumpah dia pulak.

      Kita pun nak rewind balek apa yang kita pernah lakukan.
      Dahlah to.ong tutop buku….banyak betul cerita2 tentang artis malaysia

      0

      0
  6. mumumemey says:

    kan boleh bergilir-gilir sambut aildilfitri bersama keluarga. x kn x terasa lngsung rindu nk menyambut aidilfitri bersama. hmm hmm hmm

    0

    0
  7. Anonymous says:

    raya kan sebulan. devide la masa nak beraya rumah mak & ayah ko. buat teruk sungguh !

    0

    0
  8. adnan semput says:

    abil bajet adil

    0

    0
  9. ANTI NILOPAK says:

    raya kan sebulan. devide la masa nak beraya rumah mak & ayah ko. buat teruk sungguh !

    0

    0
  10. Mimi says:

    Weirdo.
    Boleh je pun balik rumah ayah dulu pastu mak, or mak dulu baru ayah.
    Ni tetiba beraya dengan kawan-kawan pula di Singapura.

    Contoh apalah dia nak tunjukkan pada Keisha.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    drp p jauh2 smpai singapore nu lbh baik la nabila buat 1st day rye umh mak..sbb sblum2 ni myb 1st day ry nabila ry umh amy kan..then 2nd day ry bleh p umh amy ape..drp susah pyah duk braye ngara org jauh drp fmly…xpun pg raye umh mak..ptg balik ry umh ayh..inform la ayh yg mak ajak ry ngn die..tu pun susah ke?nk seribu daya xnk sribu dalih..papepun raye dh lpas..bnda lpas jgn ungkit..just buat pngjran utk hr2 yg akn dtg..cam ko ade suami jgk..mesti gilir2 kn..xkn la nanti umh fmly sndiri x balik umah mak mentua pun xbalik kot..alasan xnk kecikkn hati masing2..org len boleh buat xkn nabila xleh..

    0

    0
  12. Tak Payah Bagi ALasan la Abil says:

    Alasan !!!!..raya sebulan la..bukan 1st day tu jer pon…dah msj tu ayah x blas or call x dapat..pahal x try raya ke 2 – raya terakhir…kitaorg yang bc situasi ni paham sgt…x yah nak bg alasan..just admit terkhilaf …jgn nak bg alasan kononnya ko dah berlaku adil and dah MENCUBA…seorang anak yang selalu ingat kat ibu bapanya, x yah berkira tuk menghubungi ibu bapanya…kawan2 boleh plah msj or call hari2..

    0

    0
  13. Tak berada di tempat jadi tak boleh nak assume macam-macam. Moga yang terbaik untuk keluarga ini.

    0

    0
  14. .................... says:

    abil…wlpn raye sdh abis..tpi pergi la minta maaf kt ayah awak…bukan ssh sgt pn nk minta maaf…ha..walaupn raye haji bulan dpn..so abil leh la beraya ngan ayah…kalau abil ckp dia ad sms kt ayah dia…sms ni x sama ngan kalau kita bertemu empat mata…

    0

    0
  15. imiefatiema says:

    nabila huda ni walaupun sosial la kan, tapi aku suka sebab dia cool je, bg statement pun rasional lah kan, so saya doakan nabila huda terbuka hati utk jadi yg lebih baik,inshaallah. Tak payah nak kutuk2 retis sgt, padahal kita tengok drama n filem diorang kat tv tu, just doakan yg baik2 je lagi bagus.

    0

    0
  16. Pilih kasih says:

    alahhhh…benda y dh lepas tu lepas la…jgn d ungkit lagi…tpi apa y penting abil kena g minta maaf ngan ayah dia…tahu le ayah abil tu rock…tpi d hati dia ada taman…sy rasa kalau abil sdh berubah ke arah kebaikan..mesti lagi ramai y akan sokong abil….termasuk saya..

    0

    0
  17. bongok korg ni! says:

    AMBOII.. raya sebulan,raya ke 4,raya ke 3.. cam bagus je sume bg pendapat.abes kalo da boleh sgt cmtu,apsl ada suami isteri gado blik kg? raya kan sebulan.raya ke 29 pon leh blik kg sendiri or mertua kn?apsl nk 1st raya kn? bongok ~! first day raya n raya da hujung2 tu lain feelingnya!

    xkan die pon xpk,kang balik raya ke 3,4 mcm korg suggest,nti Amy ckp baru nk balik?apsl xbalik je thun dpn? korg ckp mcm kenal sgt je mak bapak dia kn? korg nk apply cuti raya lama2 pon ssh.

    takkan die x terasa? single mum,pastu mak ayah cerai..nk raya pon tersepit. mulut mak bapaknya tengok la cmne? baik sgt camtu? nak tegur anak bkn camni. cermin sendiri dulu camne smpi jd camni. sm mcm mak afiq muiz dlu.

    yg nabila ni pon,kot ye la bz or tersepit sgt.. kol jela byk2 kl.xkn papa nya sj?mak tiri mn?tepon umah? email? helo? usaha la gak sket.haishhhhhh…

    0

    0
  18. No Name says:

    Mula-mula statement AMY SEARCH , lepas tu statement BINI AMY SEARCH , sekarang statement NABILA HUDA, lepas nie siapa pulak ?

    ## Dunia artis memang macam ini , kita sebagai orang biasa jangan duk api-apikan , doakan yang terbaik untuk mereka .. Doakan supaya Abil berubah bukan dengan mencemuh shj ..Kita sebagai manusia pun kadang-kadang tak lari dari melakukan kesilapan .. Kesilapan itu datang dari diri sendiri .. Kadang-kadang benda macam nie la yang merosakkan hubungan, lepas seseorang buat statement orang lain pula buat statement .. sampai bila pun tak akan settle ..

    0

    0
  19. akak cantik says:

    bg la alasan munasabah sikit pmpuan oi.. ko tu dh la xhbs2 dgn social live ko yg ntah ape2 tu.. papa ko wpun rock tp dia still papa ko.. apa perasaan ko klau keisha tu dh besar n ckp mcm tu kt ko.. ingat dunia ni berputar.. sebaik2 manusia ialah manusia yg jaga hati ibu dan ayahnya.. xguna la nasihat pmpuan ni hati pun dh gelap cuma sesiapa yg baca ni beringat la.. alasan boleh dicipta selagi ibu bapa masih bernyawa.. esok bila dh tiada dah xberguna air mata darah sekali pun..

    0

    0
  20. Mr Alasa says:

    Alasan …… mcm la jauh sgt Spore dan JB.

    0

    0
  21. macam2 la cerita mereka ni..hari raya untuk mengeratkan silaturahim

    0

    0
  22. hmm says:

    aku hari2 call mak ayah aku.. ok jek.. takyah tunggu raya pun.. aku pun sibuk gak kerja.. huahahaha..

    itu hari dengar halaqah, syaitan akan berdiri di setip pintu kebajikan.. sebab tu kot bila kita nak buat baik selalu jek was2..
    nak buat jahat tanpa was2, asal ada peluang on jek .. ekekeke..

    nabila oh nabila..layan lah ibu bapa kamu sebagaimana yang kamu nak anak kamu melayan kamu nanti.. sebab apa yang kamu buat pada ibu bapa kamu pada hari ini, menentukan apa yang akan kamu dapat dari anak2 kamu nanti..

    piece..

    0

    0
  23. gg says:

    rayer sebulan kot..xkan xsempat buat semua tu…alasan..

    0

    0
  24. kalau tak mampu bagi jawapan cerdik diam tu lagi baik. syawal 30 hari kot.. takkan takde 1 hari pun boleh spent masa jumpa Ayah sekejab

    0

    0
  25. The ROCK Girl says:

    Masya Allah… mohon Allah buka kan hati Nabila….

    Ayah waima dia retis ker tetap seorang ayah yang ada perasaan… Kalau nama dah anak – dia dah beranak lima pun kalau lama tak jumpa tetap rindu dan tetap harap anak datang jumpa…

    Macam yang orang lain cakap… bergilir – gilir la.. It’s no brainernyer alasan. memang seronok pergi beraya di tempat orang tapi… lagi seronok dapat beraya dengan keluarga sendiri….

    Akibat dah kebaratan… Bawak haluan sendiri… Tak perlu tunggu raya.. bila ada kesempatan.. g je laa.. Takkan ayah ngko suh ngko buat appointment dulu plak kan…

    0

    0
  26. paukaya says:

    ni bukan bingung dh ni..ni bengong..hahahahah

    0

    0
  27. sailormoon says:

    kesian kantoi la minah ni..

    0

    0
  28. pekkaboo says:

    mungkin bagi dia..apa barang balik kampung..tak style la lu..

    0

    0
  29. sailormoon says:

    tu laaaa aritu kemain kau ckp org dok tegur kau,kau kate dey ols jeles sbb papa ko amy search…skrang hambek kauuuuu…

    0

    0
  30. abul says:

    Ala apa korang nak kecoh…kita tak tau cerita sebenarnya… aku kesian gak dengan dia asyik kena hentam jer…dah la tahun ni anak dia tak raya dengan dia… tak kiralah korang rasa alasan dia tak masuk akal tp pada aku dia masih ada adap sopan menjawap takde nak cepat melenting mcm ex dia tu atau nasi tambah mcm mak tiri dia tu.. kita bagi la dia berehat dengan secukupnya & semoga dia lebih sedar & matang lepas ni… & utk bapak & mak tiri dia pun… walaupun pangkat ko lagi tua.. rasanya tak salah pg melawat anak tu kat rumah.. cuba tengok mak amy tu nenek si nabila.. elok je melawat dia dari johor.. takde nak melatah2 kecoh2 dalam media… lu fikir la sendiri… jgn nak tambah dosa free meroyan dalam ni…

    0

    0
    • najewalatip says:

      Elok la kau sama mcm nabila…nak suruh mak bapak datang tethegeh2 cari anak.
      Btw..hidup lagi mak amy search?…

      0

      0
  31. kyla says:

    tak perlu kita nak jadi hakim..post gambar and komen busuk2..doakan yang terbaik buat dia,moga suatu hari dia jd org yang baik.

    0

    0
  32. yaya says:

    Nabila ko dah besar panjang dah jadi mak org pun…xkan benda2 mcm tu tak boleh nak pikir betul2…tu nama dia lepas tangan…hisap rokok banyak sangat sampai otak tu penuh ngan asap…ko pikirlah anak ko…Keisha comel tu pun ada mummy ngan daddy yg x lg bersama..sok2 klu x didik betul2 jadi cam ko x tahu nak balik raya ngan sape…masa tu ko meroyanlah 1 dunia..

    0

    0
  33. Sasha says:

    Her daughter is so adorable :)

    0

    0
  34. zz says:

    Apa yg tlh papanya buat dimasa lampau terpalit pada dirinya sendiri sekarang…kehidupan papanya yg selalu kacau membuatkan anak2 hidup tak keruan…sungguh…papanya tidak boleh mengeluh kerana kesilapan lampau…teruskan berdoa dan berusaha membaiki hidup anakmu…ingatlah …dia darah daging anda….tuhan maha kaya…sepatutnya bukan merajuk yang Islam ajarkan tetapi teruskanlah membimbingnya…jangan biarkan dia terus hanyut…tanggungjawab anda belum selesai…sebagai seorang Islam …

    0

    0
  35. tudung coklat says:

    What goes around comes around..

    0

    0
  36. maulana says:

    Ayah + ibu = anak
    Bapak borek anak rintik…
    Pastu……..cucu camna pulak?
    Muhasabah diri, renung-renungkan sendiri, sedar-sedarlah diri, usah bangga diri…
    Supaya pasti di hati, Tanyalah yang lebih memahami…
    Kita bukannya maksum
    Lupa diri kerapkali,
    Yang penting selalu sedar diri
    Tiba saatnya kepadaNya kira semua kembali….

    0

    0
  37. reeza says:

    My advise is… go n see your parents now….Hari Raya adalah masa nk jumpa/bermaafan dengan family(pandai2 nk adjust asalkan balik) bukan enjoy ngan kawan n happykan diri sendiri…..sedangkan ibu dan ayah terkenangkan kita (dalam hati ALLAH saja yg tahu perasaan mereka)……

    0

    0
  38. anak ayah says:

    nampak sangat tak guna.pentingkan kawan dari mak ayah.

    0

    0
  39. Tina turner says:

    Comel giler keisha.. Harap dapat membesar dgn baik n jd insan yg berguna insyaAllah.. Amin

    0

    0
  40. bibio juih says:

    raya sebulan kot nabila oih….buleh je nk pi beraya kalo nak..kalo taknak mcm2 la alasan bagi kan..

    0

    0
  41. semuaorangsameje.. says:

    hmmm..bagi aku,siapa yang mak ayahnya bercerai paling faham..dan aku sangat2 faham situasi nabila huda…orang ramai suke sangat menghukum dan mengeji, jarang jarang sekali yang cuba menyelami dan mendoakan..dulu, mak ayah x fikir anak2, masa anak2 membesar, mana dia pelukan mak ayah?mana dia contoh terbaik dr mak ayah?aku sangat faham…tapi…suke atau tidak,walau seburuk mana mak ayah, tetap kena kita anak2 dulu yang mengalah…biarlah perit n betapa hidup ini tidak adil pada diri, ini semua ujian untuk kita belajar menjadi lebih baik untuk anak2…

    semoga aku dan nabila huda n ramai lg org yg diluar sana menjadi anak yang lebih baik..amin..

    0

    0
  42. Minyak tanah says:

    jawapan bodoh. Oleh kerana xtau nak beraya kat mana, last2 beraya kat rumah kawan. Bengap xabis2.

    Xde jawapan yang lagi bagus kew..

    0

    0