Bila AF Akan Kuruskan Badan Untuk Sihat, Bukan Untuk Puaskan Hati Orang Lain

Hiburan

Bila AF Akan Kuruskan Badan Untuk Sihat, Bukan Untuk Puaskan Hati Orang Lain

Pemenang Akademi Fantasia (AF) 2015 telahpun diketahui. Antara yang paling menyerlah pada tahun ini ialah anak gadis kepada pemain bass kumpulan Wings, Eddie, iaitu Bila. Walaupun membuat persembahan dengan cemerlang, Bila telah meraih tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah tunai RM 20,000, pakej percutian ke Dubai dan trofi AF.

Bagaimanapun antara yang menjadi bualan orang ramai ialah saiz badan Bila. Kepada Mangga Online, Bila memberitahu dia tidak lagi peduli apabila orang lain memperkatakan mengenai saiz badannya:

Syukur ada sesetengah peminat yang boleh menerima kehadiran saya sebagai penyanyi baru. Manakala untuk golongan yang tidak suka itu, saya akan buktikan kemampuan saya supaya mereka dapat menerima saya seadanya kelak.

Dahulu saya memang tidak boleh terima jika ada yang bercakap tentang saiz badan. Sekarang saya sudah tidak ambil peduli lagi. Saya hanya lakukan apa yang saya mahu.

Memang ada perancangan untuk kurus, namun saya mahu kurus sebab ingin menjaga kesihatan. Bukan kerana mahu menjaga hati atau memuaskan semua orang.

Sebelum ini, Bila sering mengikut Eddie ke persembahan kumpulan Wings dan bertindak sebagai penyanyi latar. Namun kini Bila bersedia untuk mengetengahkan bakatnya untuk berada di hadapan:

Saya tidak pernah menggunakan kerjaya bapa sebagai platform untuk membina nama dalam dunia seni. Saya berusaha sendiri untuk ke uji bakat AF2015.

Bapa pernah katakan saya seorang yang pemalu dan tidak bersedia untuk ke hadapan. Jadi saya buktikan apa yang dia mahukan selama ini. Syukur saya berjaya sampai ke pentas akhir.

AF2015 banyak membantu saya meningkatkan keyakinan diri. Saat setiap kali naik ke atas pentas adalah detik terbaik buat saya kerana selama ini saya tidak pernah terfikir mampu melakukan sedemikian.

Selalunya yang berbadan besar ini vokal memang powerhouse bukan? Seperti penyanyi British Adele.

Sebenarnya nak kurus itu tidak susah pun. Terdapat pelbagai kumpulan sokongan yang memberikan informasi cara hidup sihat dan juga cara mengurangkan berat badan dengan efektif dan selamat. Antara yang menjadi fenomena ialah Kelab Diet Atkins dan juga pelatih kecergasan Kevin Zahri.

Diharap Bila akan terus berusaha untuk mencapai apa yang diimpikannya, dan juga bagi menjaga kesihatannya.

Hi! I’m Noramila, let’s join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral, Kuala…

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Tuesday, 13 October 2015

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...