Written by Bella | May 9th, 2016

Beberapa rakan artis sebelum ini ada bertindak untuk membidas segala komen negatif dan melampau daripada netizen yang mengutuk rupa paras isteri kepada Hafidz Roshdi. Antara artis yang aktif membidas komen haters adalah Kamal Adli.

Namun, Kamal sebenarnya bukan mahu berlagak hero tetapi beliau sendiri sudah tidak dapat menahan rasa geram terhadap mereka yang memberikan komen ikut sedap hati. Buat Kamal, ianya sudah melampau apabila mereka berani untuk menghina rupa paras seseorang.

Kalau ikutkan, saya tak kenal pun siapa dia pelakon Hafidz Roshdi itu kerana setakat ini kami belum pernah bekerjasama dalam mana-mana drama.

Bahkan, saya tahu mengenai berita perkahwinan dia (Hafidz) pun melalui blog di laman sosial. Cuma, saya sangat terkejut apabila membaca komen ditulis netizen pada foto dimuat naik Hafidz bersama isterinya.

Jika dinilai pada sudut akal yang positif, mana ada manusia yang sempurna termasuk diri sendiri. Jadi, janganlah sesuka hati menghina orang lain walau pun dalam laman sosial. Menghina fizikal orang lain sewenang-wenangnya tanpa melihat apakah diri sendiri sudah cukup sempurna, memang tidak wajar. Saya akui simpati kepada Hafidz dan isteri.

Kamal juga menganggap komen beliau itu tidak keterlaluan dan beliau juga nafi melakukan perkara berkenaan kerana sengaja cuba untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Kamal hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan bergelar manusia dimana beliau merasakan tindakan menghina fizikal seseorang itu adalah melampau.

Sumber Berita : Harian Metro

8 responses to Bidas Kritikan Haters Terhadap Hafidz Roshdi : Kamal Adli Nafi Ingin Berlagak Hero

  1. rehat jap pastu sambung wat keja says:

    wuyoo..jam 1.30am pun msh ade cite baru kluar..

    0

    0
  2. minah jambu says:

    dh jodoh nk buat cmana nk tknk pon hafidz nk kena terima la jodoh dia ngan pompan yg tk cantekkkk…taste mat mat macm hafidz ni memang macm gitu janji dapat pompan …

    0

    0
    • minah hijau says:

      kau fikir cantik tu menjamin kebahagiaan ke minah? cantik tu subjektif. n yes, hafidz dah jumpa sisi yang cantik dekat diri isteri dia.

      0

      0
  3. nok gebuzzz says:

    makin cantik emma ni….kamal jgn tunggu lama2 kang kena kebas org lain pulak

    0

    0
  4. preity says:

    motive ko bz body hal org..x payah campurlh jaga tepi kain sendiri udah…

    0

    0
  5. tarabas says:

    lama2 fatimah ko pun dikebas org n say gudbye to u…slow sgt

    0

    0
  6. pau kaya says:

    si baghal mane plak la gi komen dia berlagak hero?? dia komen bidas org2 bodoh yg mengata ciptaan tuhan. nak berlagak hero ke nak tunjuk bagus ke lantak pi la. bukan dia buat bende tak elok. manusia ni ada je nak komen. org tak buat salah pun nak mengata. ni lah contoh melayu bangang

    0

    0