Written by AbangNara | February 13th, 2014

Yeah ~~ Peluang terbaik untuk anda yang sedang mencari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. BeautifulNara dan UNIRAZAK telah bekerjasama untuk memberikan satu biasiswa kepada pembaca BeautifulNara (tak kiralah kalau anda nak apply untuk anak anda pun). Ini satu peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan.

yayasan cemerlang unirazak

Biasiswa di bawah Yayasan Cemerlang UNIRAZAK ini turut termasuk:-

  1. Segala yuran kemasukan ke Unirazak
  2. Elaun bulanan berjumlah RM750
  3. Untuk program asas sehinggalah program master
  4. Tiada kontrak

Namun seperti biasa ada beberapa syarat yang anda perlu patuhi sebelum memohon biasiswa ini. Syarat-syaratnya ialah:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Minimum 5A dalam SPM atau 3A dalam STPM untuk program ijazah
  3. Minimum CGPA 3.0 untuk program master
  4. Pendapatan keluarga tidak lebih daripada RM5,000 (gabungan ibu bapa)

yayasan cemerlang unirazakPasti anda teruja bukan? Tak perlu bayar apa-apa selepas tamat belajar. Tak perlu risau pasal duit belanja bulan-bulan. Dapat belajar kat tengah-tengah KL pulak tue. Paling best, kursus yang ditawarkan kesemuanya menarik dan sangat-sangat diperlukan dalam pekerjaan. Boleh layari www.unirazak.edu.my untuk melihat lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang ada di Unirazak.
yayasan cemerlang unirazakTawaran ini akan tamat pada 2 Mei 2014 kerana kemasukan seterusnya akan bermula pada Jun 2014. Permohonan boleh dihantar ke email trsf@yayasancemerlang.org.my.  Hanya perlu tulis sedikit biodata diri anda dan keputusan-keputusan peperiksaan yang diperlukan. Anda juga boleh melayari laman web www.yayasancemerlang.org.my untuk informasi lanjut. Sekiranya anda disenarai pendek, pihak UNIRAZAK akan menghubungi anda. Semoga berjaya!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda

  1. […] Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda […]

    0

    0
    • One Direction says:

      yg masuk unirazak ni semua bodoh2, kalau cerdik mesti lah study smpai oversea spt UK, Australia, US…time raya boleh lah terpampang muka kat newspaper SALAM PERANTAUAN dari kami student oversea.

      0

      0
      • leyla says:

        @one direction – hoi aku angin betul dgn orang mcm ko ni.. buat2 konon student overseas lepas tu nak buruk2 kan budak2 kat luar negara.. takde maknanye kat luar negara pandai.. belajar la kat mana2 pun sama je asalkan nak belajar.. rezeki and usaha masing2 kan.. dan ikut rezeki la dh budak2 tu rezekinya kat luar negara nak dipersoal dah kenapa?

        0

        0
        • coklat says:

          aku bukan nak mengutuk tapi budak2 UNI kat Malaysia ni tak ada lah cerdik mana, kawan aku tak ada A pun boleh masuk UiTM, lepas keluar UNI kena bayar PTPTN lagi, gaji dia memang tak cukup lah.

          0

          0
        • mio says:

          coklat, baik kau risau gaji kau dulu dari sibuk hal gaji orang.

          0

          0
        • coklat says:

          gaji aku dah cukup dah pun..aku ada bisnes sendiri, aku just share apa yg berlaku kat kawan aku..kesian dia, nak bayar PTPTN, bil air, letrik, kereta tak cukup. Ckp pasal kerja plak, berlambak org luar sana kelulusan ijazah tapi adakah dapat kerja yg berkelulusan ijazah. kalau dpt pun..berapa jer yg duit tinggal lepas bayar pinjaman ?

          0

          0
        • nasi ayam sedapp says:

          alah kau ni tgk lah plak university mana dorang masuk, kalau UM, USM, UUM..org yg cerdik jer masuk situ. kalau university lain tu syarat dia longgar skit, atau ada course yg tak laku..so dia ambik lah kau sebab kau mohon walaupun kelulusan kau rendah.

          0

          0
      • od says:

        tak ada seorang pun layak mengatakan orang lain bodoh. orang berilmu pun tak layak kata orang lain “kau ni bodohlah”. banyak banyak kan kenal students oversea. bukan result upsr spm jadi pengukur. tak dinafikan yang datang selepas spm dan ditaja oleh negara selayaknya diorg pandai. ada yang spm tak ada A pun kat sana. ada yang datang sebab usaha, ada yang datang sebab memang rezeki parents mampu. tanya diri sendiri nak letak masa depan macam mana.

        0

        0
      • nbk says:

        woi,ko igt org pandai tu slamenye pandai ke?bile tuhan nk tarik kpandaian bile2 pn boleh

        0

        0
      • niko says:

        Bayangkan kau study UNIRAZAK/UiTM, pastu orang cakap dekat mak bapak kau orang yang masuk Universiti tu semua bodoh2.. luruh hati mak ayah.. baru nak gembira anak masuk U tiba2 orang kutuk. :(

        Ingat semua.. satu hari nanti kita akan jadi MAK BAPAK juga.. anak kita belum tentu dapat sijil SPM pun..

        0

        0
        • cik sayang mak says:

          btol tu niko…aku sokong cakap hang…

          mak aku dulu pernah la nak pi amik duit zakat negeri sbb aku dpt further study…UITM oke..and ade sorg pak cik tua ni pon p amik zakat gak, anak dia study kimia…pastu dia tanya mak aku “anak blajaq apa?”..mak jwb “blajaq IT”…pak cik tu selamba jawab kat mak aku “blajaq IT xde masa depan, kat UITM plak tu semua org boleh masuk..yang SPM ckup2 mkn pon boleh masuk U…anak jiran pak cik tu toreh getah je skrg”…mak aku SENTAP…tp x lama kesentapan mak aku tu…sbb skrg aku ENGINEER dlm bidang IT…hahahaa

          moral kat sini nak ckp : study mana2 pon sama je..yang penting usaha…kalau hang study oversea pon tp malas nak belajaq hang kantoi juga time exam…

          0

          0
    • miss m says:

      aik, baru sekang nak buat?bertahun2 aku belajar kat unirazak tu..tak pulak nak buat… puih laa! yuran dari murah now da mahal gila.. lagi2 yang study kat capsquare campus

      0

      0
  2. Olga says:

    cukup ke elaun bulanan RM750 je?
    kat tengah bandar KL plak tu!
    Plg kurang aku rasa RM2k sebulan!

    0

    0
    • ret says:

      kalau kau tak pernah dapat apa2 biasiswa kau faham2 jelah kenapa. sebab kau jenis manusia yang tak bersyukur dan tak cemerlang.

      0

      0
  3. blop says:

    haih baru macam nak sambung master, dengan bantuan nie
    then tetiba baca cooment, tengok cooment korang terus macam x jadi!!!!!!

    0

    0
  4. Chucky says:

    Nara…permohonan dah tutup la.. tunggu bulan Mei intake buka balik untuk mohon biasiswa ni…

    0

    0
  5. […] Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda (17) […]

    0

    0
  6. […] Biasiswa Yayasan Cemerlang UNIRAZAK Untuk Anda (18) […]

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Kalo 2A 2A- boleh mohon ka

    0

    0
  8. Terompah says:

    Sya nak tnya . Kalau saya cuma dpt 4A . Sya layak memohon ka ? . tpi sya dpt 2B+ . sya memang perlu sgt100x biasiswa ni

    0

    0