Written by Bella | September 26th, 2016

Kehadiran pengacara Donna Muslim didalam hidup Rita Rudaini kini membuatkan aktres itu kelihatan lebih ceria dan mampu menghilangkan dukanya terhadap kekecewaan yang pernah dialaminya dengan dua orang lelaki sebelum ini.

Setiap kali mereka memuat naik foto bersama di Instagram, peminat mengiringi setiap foto dengan doa dan harapan agar mereka berdua bercinta dan mempunyai jodoh bersama tanpa memikirkan jarak usia sebanyak 13 tahun.

Menurut Rita, buat masa ini beliau enggan meletakkan sebarang harapan terhadap perhubungannya dengan Donna dan mengakui mereka sebagai kawan rapat sahaja.

Mungkin kerana dia pandai melayan anak-anak saya dan mereka juga selesa dengan kehadirannya.Saya akui selesa bersahabat dengannya kerana dia seorang pendengar yang baik dan menyenangkan hati apabila saya bercerita tentang masalah kepadanya.

Pada masa yang sama, Rita memberitahu anak-anaknya ada menyuruh beliau untuk mencari pengganti bapa mereka. Walaubagaimanapun, Rita menjelaskan beliau sudah tidak tahu bagaimana untuk bercinta.

Saya tiada masa untuk menghabiskan masa berjam-jam bercakap di telefon atau menghantar mesej sekadar untuk berborak kosong. Sekarang saya cuma mempunyai masa terluang pada waktu malam selepas anak-anak tidur dan selesai kerja untuk membelek telefon.

Jika ada lelaki yang boleh menerima keadaan itu, baguslah, kerana saya tiada masa hendak melayan mereka seperti pasangan bercinta yang lain.

Tidak dinafikan, meskipun Donna jauh lebih muda daripada Rita, mereka berdua sebenarnya nampak cukup sepadan bersama. Jodoh ini semuanya terletak di tangan Allah SWT, umur bukan pengukur sebuah cinta dan kasih sayang.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

16 responses to Beza Umur 13 Tahun Tidak Halang Rita Rudaini Dan Donna Muslim Untuk Berkawan Rapat

  1. Anonymous says:

    Lupa mcmana nk bcinta?? Biar betull… Ko kan heroin drama watak bcinta je.. Berpuluh drama ko dh blakon… Lainlah ko blakon jd org gaji atau jahat.. Aiseh ko ikutlah watak ko mcm dlm drama tuu… Rr suka ckp tk logik… Baru jd janda 5th bukan 15th..

    2

    0
  2. Anonymous says:

    Kawan konon… Ingat lg ko dulu dgn si edel kata kawan gk.. Tup tup dh kawin.. Rr lps ni kawin kt msia ye..

    1

    0
  3. Anonymous says:

    Tgk “akak akak sangat”baru ni dh leh tangkap tgk raut wajah tu…. Hmm mmg couple pun…sengih manjang je rr… Kata tk nak kawin dulu…. Haa skrg allah dh balikkan hati kita… Sb tu kita tk boleh nk lawan takdir… Mgkin masa ckp dulu hati rr dh tluka….

    0

    0
    • aaakulahhh says:

      tu le..tp aku bajet si Donna ni jenis sama ngan Norman Hakim, Amar baharin etc yg seangkatan dgn nya…jenis nk UP kan diri…cuba jadi BOHJAN gigolo kejap, cari artis wanita yg senang utk dpt dgn rupa jambu depa..n tengok la kejap lagi..
      dieorg famous jek..abis la..makcik2 tu jadi la cam biasa balik…melalak sana sini anti jantan2 sume…

      1

      0
  4. Anonymous says:

    Tingin nk tau tang mana donna ni syokk kt rita ye…..atau donna pun mcm aidil kut peminat dia…

    0

    0
    • aaakulahhh says:

      tu le..tp aku bajet si Donna ni jenis sama ngan Norman Hakim, Amar baharin etc yg seangkatan dgn nya…jenis nk UP kan diri…cuba jadi BOHJAN gigolo kejap, cari artis wanita yg senang utk dpt dgn rupa jambu depa..n tengok la kejap lagi..
      dieorg famous jek..abis la..makcik2 tu jadi la cam biasa balik…melalak sana sini anti jantan2 sume…

      0

      0
  5. Anonymous says:

    Donna kawin dgn rr bawa kain baju je ye.hehe.. Ingat donna jaga rr elok2 ye nanti tk pasai dia lahar ungkit mcm aidil dulu…. “kau masuk rumah aku bawa kain baju kau je” wow ayat berapi rr sampai skrg aku ingat….selamba dia upload dlm IG malukan aidil… Garang rr ni kalau naik hantu…. Tk padan dgn muka dia yg cun dan comel tu…

    1

    0
  6. Anonymous says:

    Saham tinggi lg rr ni ye….

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Donna ni mampu ke sara rita ni… Rita ni pakai poshe. .minyak keta tu pun dh cekik darah! ..kau bg nafkah batin cukup cukup dan kasih sayang je le hmm diam kut si rita ni….kalau rajin ko basuh bj dia kemas rumah apa yg patut….rita ni tk heran duit sgt.. Kalau tk tkkan dia pilih anak ikan baik pilih jerung jaws kt luar sana..

    0

    1
  8. Anonymous says:

    Erra n shahir gossip bercinta smpai naik reput dh….lastly nanti rr kawin dulu dr erra ni…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Lupa bercinta??? Bercium lupa tk??? Rita rudaini meh kami nk ajaq..

    0

    0
  10. pemerhati bebas says:

    laki ni dh sebijik mcm ex husband die pulak..emm

    0

    0
  11. Anonymous says:

    lain sikit minyak pengasih rita ni ……….. mungkin dapat dari siam…….. nak laki muda……. lepas tu boleh lah minta duit kalau dah habis minyak pengasih……… dah cerai………. dapat duit dia bercinta lagi dengan yang 20 tahun muda………… ungkit dari baju hingga seluar dalam…………

    1

    0
  12. Anonymous says:

    Aku tk rasa rr ada ilmu sb laki tggl dia..jiran aku laki dia bodoh smpi tk reti jln pulang mak bapak.. Si edel ni siap lari byk kali… Rita ni tk reti nk kikis duit laki sbalik dia kena kikis dan kena tipu… Itupun tk serik lg… Pastu ungkit ungkit…aku rasa dia pikat laki guna duit..dulu dia kwn dgn edel masa umur 19th…edel baru nk naik time tu… Mana le ada duit sgt!….cik rita tlg buka mata tu.. Laki tu nak duit awk je…. Lambat betul matang si rr ni..

    0

    0
  13. Toradatanglagi says:

    Mmg komen2 kat atas ni org yg sama je ke komen. Pelik aku

    0

    0
  14. Anonymous says:

    pasnih klu ko nak kawen, buat elok2.. jgn kawen lari. mmg sakit ati mak bapak.. tu yg parents aidil bengang tu, Rita.. ingat senang ke nak maafkan..

    1

    0