Bestnya Jadi Artis, Kahwin Pun Kena Taja, RM2.5 Juta Tue Beb!!!

Hiburan

Bestnya Jadi Artis, Kahwin Pun Kena Taja, RM2.5 Juta Tue Beb!!!

gambar serina chef wan kawin

Sungguh bertuah artis-artis Malaysia nie. Nak kawin pun ramai  yang sudi taja. Kita yang manusia biasa nie sampai separuh mati carik duit nak kawin, diorang rileks jer dapat tajaan sana tajaan sini. Memang beruntung betul bergelar artis kat Malaysia nie ek.

Advertisement

Terbaru perkahwinan Serina  Chef Wan dan Gavin Edward O’luanaigh @ Salahudin Ghafar bakal mendapat tajaan barangan kemas dari Habib Jewels bernilai RM2.5 juta. Fuiyoooo  mak. Menangis kami dengar benda nie. Kami nak beli gelang emas harga 2 3 ribu pun pikir 20 30 kali. Bertuah badan Serina dapat pakai barangan kemas harga juta-juta time kawin dia tue nanti.

Pakej lengkap tajaan Habib Jewels perkahwinan Serina ini termasuk persalinan bersanding dan acara potong kek. Memang lip lap la nanti si Serina nie ngan rantai-rantai, gelang-gelang dari Habib Jewels. Memang bertuah dan memang rezeki Serina. Tahniah kami ucapkan.

Tak sabar kami nak tengok gambar-gambar perkahwinan Serina Chef Wan nie nanti. Compem gedabak besar rantai yang dia pakai time nikah tue nanti. Leh jadikan idea untuk majlis kawin sendiri nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...