Written by Bella | March 14th, 2016

Sehari selepas Elly Mazlein memberitahu beliau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, peminat dikejutkan dengan berita beliau sudah sah bercerai bersama suami Azmi Hatta sekitar tahun lalu.

Walaubagaimanapun, bagi menghormati bekas suaminya, Elly Mazlein enggan mendedahkan butiran serta punca mereka berdua berpisah meskipun baru setahun berkahwin.

Fokus Elly Mazlein kini adalah untuk anaknya dan beliau meluahkan rasa syukur kerana Azmi tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Malah, hubungan mereka masih lagi baik demi anak tercinta.

Alhamdulillah kami masih baik. Azmi jaga Elly sampai sekarang, malah sewaktu di wad bersalin  pun dijaga sehingga ke hari ini . Tak semestinya bila sudah berpisah harus bergaduh.

Azmi selalu bersama baby Putri hari-hari, Alhamdulillah. Azmi pun bagus jaga saya dengan baby, itupun saya sudah bersyukur. Alhamdulilah tidak di biarkan.

Pada masa yang sama, Elly Mazlein mahu semua mengenali bayinya dengan nama Putri sahaja dan hanya akan mendedahkan wajah serta nama penuh anak perempuannya itu seminggu selepas tarikh bersalin iaitu 9 Mac lepas.

Sumber Berita : Media Hiburan

16 responses to Berpisah Tidak Bermakna Harus Bergaduh – Elly Mazlein Syukur Bekas Suami Tidak Abai Tanggungjawab

  1. Putri baby says:

    kalau ok… kenapa perlu berpisah.
    kasihan future baby tersebut.
    bersama lah demi baby yang akan punya ayah dan ibu tinggal sebumbung.
    duh.

    0

    0
    • Doa itu Senjata says:

      ada hal-hal rumahtangga yang tak dapat nak diheboh kepada orang walaupun segalanya baik-baik saja. kita kesian kat baby tu bila mak ayah berpisah. tapi anak yang hidup dalam keadaan hubungan ibu bapa dingin bila serumah pun akan jadi perkara yang negatif juga.
      apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat elly mazlein dan suami.

      0

      0
      • hihihihihiii says:

        SETUJU….
        kagum jgk dgn elly…langsung tak aibkan suami…
        elly sentiasa comel dihatiku…….

        0

        0
  2. qila says:

    Baguslah.. mungkin ada hikmah disebalik dugaan yg berlaku.. mungkin ada peluang utk bersama semula demi baby puteri kan.. mana tau

    0

    0
  3. farah says:

    Alhamdulillah. Elly, you such an amazing, strongest and kind person. May Allah bless you, putri and your family.

    0

    0
  4. poyos la says:

    xphm plk.. klu da sume OK npe kna bcerai kesian kt ank2.. sllu kes yg bcerai ni psgn wt hal ni da ELOK MOLEK sume perlu ke putuskn hbgn as a somi istri.lgpon bile da cerai pjagaan aurat da x same mcm dlu .. klu masih ad hbgn kn senang mgkin lg bahagia..my 2 cents

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Kadang kadang kita lrbih sesuai jd pasangan sahabat… Rahsia Allah… ?

    0

    0
  6. AKU says:

    Moga kalian bersama semula…saya doakan yang baik2 untuk kalian…ameen

    0

    0
  7. without name says:

    tu r nmanye jodoh,dah tertulis kan jodoh mrka sekejap…ketentuan Allah SWT mane bole kite pertikai..jodoh,ajal,anak,rezeki takdir yg xbole diubh,sudah ditntukan dr 4 buln kite dlm perut ibu

    0

    0
  8. Sabri Ali @ Nick says:

    Betul kata akak Elly Mazlein nih.. #preferEllyMazleinthanMawi #preferEllyMazleinthanFaizalTahir

    0

    0
  9. tanpa nama says:

    Harap2 anak baby Putri jadi pelembut hati dan pengukat kasih sayang. Seorang baby dlm keluarga boleh mengajar ibubapa berkasihsayang

    0

    0
  10. Rachel mc adam says:

    Aku setuju dgn ko tanpa_nama….
    Ank yg berharga inilah yg akan mengikat semula kasih sayang elly dan suami…
    Aku tahu sbb ada 5 anak

    0

    0
  11. cintan says:

    sedih la mcm ni, mcm xde harapan je cinta lama2 punya lah jaga pstu kawin kjp je.. susah nk tgk psgn bkhwin yg cinta lama, kawin pun lama. cer bg contoh sikit couple yg mcm ni ? :(

    papepun, sy doakan yang terbaik. kalau xde aral melintang, moga Allah satukan dua hati ni kembali for the sake of the baby..amiin…

    0

    0
  12. TTM FAKE says:

    confirm baby puteri ni comel overloaded!
    Bibir dia mungil nya…

    0

    0
  13. strong women says:

    Memang jodoh, maut, rezeki dan takdir dalam kuasa Allah swt. Namun sebagai lelaki yang diberikan kelebihan akal yg panjang dan mampu mengawal emosi, menjatuhkan talak ketika isteri hamil adalah haram walau apa pun alasannya. Moga ada sinar bahagia buat pasangan ini AMIN..wahai AZMI kesiankan la anak kau yg baru lahir tu…

    0

    0