Written by AbangNara | April 9th, 2014

PETRONAS sememangnya terkenal dengan usaha mereka untuk memberikan pengalaman terindah dan peluang keemasan untuk para pengguna setianya. Selaku pengguna minyak PETRONAS sejak dulu lagi, Abang Nara memang selalu sertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh PETRONAS. Walaupun tak pernah menang, tak salah untuk mencuba kan? Jadi apabila mendapat jemputan untuk menghadiri sesi “PETRONAS Meet and Greet – Lewis and Nico” di KLCC pada hari Rabu beberapa minggu yang lalu, Abang Nara melompat kegembiraan kerana ini adalah satu peluang yang tak mungkin dapat dikecapi tanpa PETRONAS.

petronas meet and greet

Berdebar-debar jantung Abang Nara apabila mengetahui sesi “Meet and Greet” ini bukan sesi biasa sebaliknya sangat-sangat ekslusif. Mereka yang mendapat jemputan ini terdiri daripada blogger, pengguna setia PETRONAS dan juga “top scorer” dalam permainan PETRONAS PRIMAX Challenge di Facebook PETRONASBrands.  Abang Nara semakin berdebar apabila mengetahui antara kami semua, ada 2 orang yang akan berpeluang duduk di sebelah Lewis dan Nico untuk sama-sama bermain permainan PETRONAS PRIMAX Challenge.

petronas meet and greet

Maka sebelum ketibaan Lewis dan Nico, kami para jemputan berentap sesama sendiri untuk menentukan siapakah yang layak duduk di sisi pemandu F1 bertaraf dunia ini.  Walaupun sudah berusaha sebaik mungkin, namun Abang Nara gagal menjadi salah seorang daripada 2 orang “top scorer”. Tak apalah tak ada rezeki nak duduk bermesra di sebelah Lewis dan Nico. 2 orang tetamu yang bertuah ialah Kenny dan Suresh.

petronas meet and greet

Tengok tue betapa seriusnya Lewis Hamilton dan Nico Rosberg bermain permainan PETRONAS PRIMAX Challenge. Masa ini Abang Nara menjerit memberikan kata-kata semangat kepada Lewis dan Nico. Sepanjang permainan, Abang Nara serius cemburu melihat Kenny dan Suresh dapat berbual-bual dengan Lewis dan Nico. Dah macam member baik pulak. 10 minit bertarung, akhirnya Nico berjaya memenangi permainan ini bersama dengan partnernya, Kenny menewaskan Lewis dan Suresh.

petronas meet and greet

Selesai bermain game di Facebook PETRONASBrands, sesi bergambar bersama Lewis Hamilton dan Nico Rosberg dimulakan untuk para bloggers, pengguna setia PETRONAS dan krew-krew yang menjayakan sesi “Meet and Greet” ini. Disebabkan bukan senang nak dapat peluang bergambar sebegini rupa, Abang Nara dengan pantasnya terus berdiri di sebelah Nico Rosberg. Itu yang tersenyum lebar je dalam gambar kat atas. Macam dalam mimpi dapat berdiri sebelah menyebelah dengan ahli sukan bertaraf dunia.

petronas meet and greet

Selepas sesi bergambar serta perginya Lewis dan Nico ke acara mereka yang seterusnya, Abang Nara dan rakan-rakan duduk berborak-borak sambil minum petang bersama dengan Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan PETRONAS, Raja Mazhar Mohar. Sambil menghirup teh tarik sambil kami bertanyakan beberapa soalan dan memberikan pendapat untuk memperbaiki mutu khidmat PETRONAS kepada para penggunanya. Menarik sungguh sesi ini kerana Raja Mazhar Mohar memang sangat peramah dan menerangkan banyak perkara terutamanya mengenai sebab-sebab PETRONAS menjadi jenama pertama pilihan rakyat Malaysia.

petronas meet and greet

Yang paling penting bagi Abang Nara ialah apabila Raja Mazhar menekankan bahawa kualiti produk PETRONAS untuk penggunanya akan sentiasa dipastikan yang terbaik. Malah penglibatan berterusan PETRONAS dalam F1 akan memastikan teknologi terkini terutamanya dari segi penjimatan akan disalurkan kepada pengguna. Lagi seronok apabila Raja Mazhar memberitahu yang untuk tahun 2014 ini, akan ada lebih banyak peraduan untuk pengguna setia PETRONAS. Ini semua dilakukan untuk membalas jasa baik rakyat Malaysia yang terus menyokong PETRONAS dari dulu sehinggalah sekarang.

petronas meet and greet

Usaha dan semangat sebeginilah yang menyebabkan Abang Nara dan ratusan ribu rakyat Malaysia akan terus menggunakan PETRONAS sebagai minyak kenderaan kami. Teruskan memberi yang terbaik untuk kami dan teruskan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Buat anda semua, jangan lupa LIKE Facebook PETRONASBrands untuk mengetahui perkembangan dan juga peraduan terkini yang boleh anda sertai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Berlumba Dengan Lewis Hamilton & Nico Rosberg

  1. missdania says:

    Terima Kasih Jelah , saya selalu race bila nak balik keje sebab lapar jew ..

    0

    0
    • One Direction says:

      Kalau race real tak pe lah jugak. Ni setakat main game…bye bye aje lah.
      Baik aku dengar lagu One Direction.

      0

      0
  2. power ranger says:

    Yes second pun seconlah….kata race kan hahahaha

    0

    0
  3. Leha says:

    Gmbar beramai semua jantan pose tu , 98% haram aku tak kenal… Yg aku tahu cuma Lewis Hamilton yg pakai topi tu, NICO ROSBERG yg pakai t shirt itam tu dan sebelah dia tu ABG NARA Alehandro Yg pakai baju ada palang putih tu ..

    0

    0
  4. Fuyo TV says:

    won best, best.beruntung abg Nara..Minyak Petronas memang terbaik..

    0

    0
  5. Ammar says:

    PETRONAS+Mercedes= The best team in the world

    0

    0
  6. […] Berlumba Dengan Lewis Hamilton & Nico Rosberg (8) […]

    0

    0
  7. […] Berlumba Dengan Lewis Hamilton & Nico Rosberg (9) […]

    0

    0
  8. […] Berlumba Dengan Lewis Hamilton & Nico Rosberg (10) […]

    0

    0
  9. […] Berlumba Dengan Lewis Hamilton & Nico Rosberg (11) […]

    0

    0