Written by Bella | June 8th, 2017

Berita T.O.P dari kumpulan Big Bang yang dimasukkan ke wad ICU akibat overdose dadah mengejutkan seluruh peminatnya di dunia. Lebih membuatkan peminatnya sedih apabila ada khabar angin mengatakan beliau berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Namun, menurut pihak agensinya YG Entertainment, berita T.O.P  sedang kritikal itu tidak benar.

T.O.P masih berada di wad kawalan rapi dan kami sedang menanti keputusan ujian serta pendapat daripada doktor mengenai keadaannya. Apa yang pasti, penyanyi itu tidak koma seperti didakwa ramai.

Penyanyi itu masih mampu untuk membuka matanya ketika dikejutkan untuk bersarapan tetapi beliau kembali melelapkan mata dan sekitar tengah hari tiba-tiba beliau tidak dapat dikejutkan.

Setiap butiran ujian yang dijalankan kepada T.O.P dan keadaan beliau terkini akan dijelaskan selepas beliau sedar semula nanti. Pihak doktor memberitahu kandungan ubat yang diambilnya mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari untuk keluar dari badan T.O.P sepenuhnya.

Sumber Berita : Harian Metro

8 responses to Berita T.O.P Big Bang Sedang Kritikal Tidak Benar

  1. wateber says:

    dah kantoi isap marijuana, mula lah berdrama mcm2. good byeeee big bang! actually dlm group tu daesung je yang normal.

    7

    6
  2. anon says:

    WHO CARES !!!!! Ni blog gosip artis M’sia kan, who cares abt artis mata sepet plastik surgeri ni????

    2

    8
    • fromthe_truestory says:

      ya anon..blok retis m’sia..tah knapa nara jdi hari ini..kalau nk masukkn…semua negara sekali lah…x kn Gangnam ni tembus kt sini..
      lantaklah hei…who cares…do want to know whose this guy….

      2

      4
  3. Sakura says:

    Bigbang sucks.
    Sekarang zaman bts, exo, twice, blackpink.

    1

    12

Leave a Comment

Optional