Berita Hadir Lewat Ke Lokasi Penggambaran Cerita Lama – Fathia Latiff

Hiburan

Berita Hadir Lewat Ke Lokasi Penggambaran Cerita Lama – Fathia Latiff

Pernah dengar tidak orang kata, kadang-kadang kesalahan di waktu lalu sekali sekala akan kembali menghantui kita? Itu lah yang terjadi kepada aktres Fathia Latiff apabila baru-baru ini beliau didakwa sering tiba lewat ke lokasi penggambaran sedangkan ia sebenarnya perkara lama yang kembali diungkit.

Advertisement

Mengakui pernah melakukan kesalahan tersebut, Fathia bagaimanapun sudah lebih berdisplin kini dan berubah ke arah yang lebih baik.

Jika ada hari beliau tidak dapat ke lokasi mungkin kerana beliau tidak sihat dan bukan sengaja ingin memberi alasan.

Mungkin benda tu benda lama. Orang mungkin bercerita balik. Dulu la, memang Fathia ada datang lambat tapi sebenarnya tidak. Benda tu dah lepas dan Fathia pun dah berubah ke arah kebaikan dan Fathia dah tak datang lambat.

Fathia juga memohon maaf jika beliau ada menyusahkan ataupun membuat orang lain sakit hati disebabkan perkara berkenaan.

Penggambaran drama ataupun filem melibatkan banyak pihak jadi amat penting untuk artis tidak hadir lewat kerana ia akan menggangu jadual kerja krew-krew lain. Kalau lambat 10 minit itu boleh lah dimaakan lagi kot tapi kalau berjam-jam memang melampau. Apa-apa pun baguslah Fathia sedar akan kesilapannya dan cuba untuk berubah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...