Written by Bella | August 24th, 2015

Berita mengenai aktres Fasha Sandha yang dikhabarkan telah meninggal dunia oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawan dan mencetuskan spekulasi di media sosial sememangnya palsu.

Sebenarnya ia merupakan salah satu plot dimana Fasha kononnya ditembak mati di sebuah tempat letak kereta dalam satu babak drama iaitu Miranda arahan Along Kamaludin yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 sekitar tahun lalu.

Malah, pelakon utama drama tersebut  Dazrin Kamarudin yang bergandingan dengan Fasha turut merasa terkejut semasa beliau mendengar berita palsu itu. Buat Dazrin, hal hidup dan mati bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main.

Itu memang babak lama. Memang dalam drama Miranda ada babak tembak menembak membabitkan Fasha dan saya. Malah ada orang awam yang terkejut hingga menelefon pihak polis ketika penggambaran berkenaan diadakan.

Orang awam berdekatan sangkakan ia betul terjadi. Pihak polis memang siap buat tinjauan. Kenapalah perlu dibangkitkan cerita lama yang mengarut. Hal mati jangan dibuat main. Saya dan Fasha masih sihat.

Inilah babak Fasha Sandha ditembak didalam drama Miranda

Walaubagaimanapun, Fasha bertindak untuk tidak memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu memberi lebih banyak hits kepada mereka yang telah menyebarkan berita tidak benar itu.

Sumber Berita: Berita Harian

3 responses to Berita Fasha Sandha Meninggal Dunia Palsu

  1. Anonymous says:

    ini betul2 real berlakon.
    kipidap!
    sampai org luar igt bebetul ye..uhuhuhuh

    0

    0
  2. bedah says:

    semua benda nak dibuat main…jadi sungguh baru padan muka!

    0

    0
  3. minah jambu says:

    bodoh orang2 ni semua drama di sangka kan betol memang kampong betol ! kalau tk tau ape2 jangan cakap banyak la diam2 suda…mulot mlayu memang macm gitu… !

    0

    0