Written by Bella | February 3rd, 2016

Mula bertudung sejak bulan Januari lepas, ada pihak yang mengatakan Sara Ali mula berubah imej kerana beliau ingin berkahwin.

Namun, Sara sekerasnya menafikan gosip berkenaan dan memberitahu berhijab sama seperti menjaga maruah seorang wanita dan beliau sempat meluahkan rasa syukur kerana diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menutup aurat tanpa paksaan mana-mana pihak.

Bukan sebab mahu berkahwin. Saya rasa saya akan betul-betul fokus soal mendirikan rumah tangga pada tahun depan bukan tahun ini. Calon pun belum ada macam mana nak kahwin.

Sebenarnya sudah lama saya mahu bertudung cuma saya tercari-cari masa yang sesuai. Sejak tahun lalu saya mula berubah secara perlahan-lahan misalnya dari segi tingkah laku dan tinggalkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Keputusan ini adalah satu keputusan yang sangat besar dalam hidup saya. Berhijab umpama maruah dan kalau saya belum betul-betul bersedia, saya tak mahu mempermain-mainkan maruah diri sendiri. Memang bertudung itu wajib tetapi jika belum dapat hidayah, ia tidak akan berlaku. Alhamdulillah, saya sudah diberikan hidayah.

Tampil dengan imej seorang wanita muslimah, Sara sudah mula meletakkan syarat sekiranya ada tawaran lakonan. Namun, beliau mengakui minatnya dalam lakonan sudah mula hilang kerana sering ditawarkan watak yang sama sahaja.

Sejak bertudung, saya letak beberapa syarat misalnya jika karakter yang ditawarkan betul-betul sesuai dengan imej saya, saya akan terima. Jika pihak produksi penerbit atau pengarah tidak boleh mengikut syarat saya tidak mengapa dan saya lepaskan tawaran tersebut.

Saya mula rasa yang jiwa saya ke arah lakonan sudah hilang sejak tahun lepas. Selama ini saya cuba juga memaksa diri saya untuk buat-buat seperti passion dalam diri itu masih kuat tapi sebenarnya tidak. Sejujurnya apabila berlakon saya sudah tidak rasa apa-apa lagi. Mungkin sebab saya asyik ditawarkan watak-watak yang saya sudah pernah lakonkan jadi saya sudah bosan.

Bila berbicara soal untuk menutup aurat, ia harus lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan kerana mengikut trend semata-mata ataupun atas tujuan berniaga.

Sumber Berita: Malaysian Digest

16 responses to Berhijab Umpama Maruah, Alhamdulillah Saya Diberikan Hidayah Untuk Tutup Aurat – Sara Ali

  1. ena says:

    alhamdulillah…tp pesanan utk korang yg mula pakai tudung tu..klu blh jgn la beria2 ckp psl perubahan korang ni…buat mcm biasa je..takyah nk bercerita mcm2..bkn ape..kang tetiba jd mcm uqasha tu tak ke haru..rilek sudahhhh..

    1

    0
  2. AwanNano77 says:

    Alhamdulillah.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Uqasha tu perangai menggedik macam mintak kena rogol je memang sah dia dulu escort girl pastu tak mengaku. Btw neelopak tu betui ka bini no 3 shapie apdal

    0

    0
    • Lara says:

      hahaha mentaliti extremist, so kalau dia kena rogol pasni, si perogol tu dianggap sebagai hero la yer? sebab memberi pengajaran kepada “perempuan gedik” ? tak paham betul la konsep korang ni.

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      dh tutop aurat tu mulot tu diam jangan cakap2 lagi huh ! kenape mesti nk cakap itu ini perlu ke ? eh rimas lah minah jambu ! huh !

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Alhamdulilah Sara, nampak ayu sangat. Simple jer bertudung, moga terus istiqomah ya, sama2 kita doakan.. Nak berubah bukannya mudah, tapi dalam tidak mudah kita akan dipermudahkan.. In Shaa Allah

    0

    0
    • Istiqomah says:

      Nak istiqomah tu yg susah. Semoga istiqomah ye sara, dan sentiasa perbaiki niat setiap hari. Bertudung / tutup lah aurat mengikut syariat islam yg sebenar2nya… Niat kerana Allah. Kalau dalam perbuatan kita setiap hari niat sbb benda lain, sia2 semuanya… Smuanya lillahitaala.

      0

      0
  5. sara says:

    Menutup aurat adalah wajib…maruah dijaga melalui Iman kita bukan melalui berhijab..Happy for you sebab terus beristiqomah..tapi memang betul lah if kita ni jenis yang bebas dimasa lalu untuk buang semua tu dalam sekelip mata bukan suatu perkara yang mudah. Lebih banyak ujian daripada sebelum ini. Bagi sara jauhilah kawan2 yang membawa kepada kemungkaran. Iman itu penting. In Shaa Allah jalan ke syuga akan dipermudahkan.

    0

    0
  6. fatimah busung says:

    ESOK KELUAR SHAWL BY SARA ALI. SAPE NAK BET DGN AKU?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Baguslah..menggalakkan lagi orang pakai tudung.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Harap kalau artis2 nak jual tudung ke shawl ke biarlah jual yg labuh tutup dada, ikut syariat. Saya pesan pada diri sndiri dan smua… Jangan jual tudung2 yg singakat lagi menyingkatkan, kang org yg beli tu dan pakai keluar rumah… Yg bukan mahram tengok x berkelip, Penjual tanggung dosa sama… Nauzubillahminzalik…

      0

      0
      • Anonymous says:

        tunang aku hadiahkan aku tudung Fareeda. Aku baru pakai 2kali je. Seriously tak selesa langsung! rasa tergantung depan belakang. baik aku pakai tudung heavy chiffon pasar malam rm25. selesa dan panjang.

        0

        0
  7. tecit says:

    bgus sara. bukan cam sara lg sorang tu. kecik2 nk jual tudung.

    0

    0
    • Aurat says:

      apa salah nya kalau dr kecik dah tutup aurat, kalau tgk zmn nie sgt susah nak jaga anak ppuan

      0

      0
    • Anonymous says:

      x salah. kalo dh berhijab ada undang2 ke x bleh juàl tudung atau berniaga tudung. abih, diorg nk watpe? bkn diorg mintak duit korang atau bubuh pisau kat leher suruh beli tudung dia. yg penting niat tu bkn sbb utama mereka brtudung. niat tu pula, takde mnusia tahu. mungkin ada yg nmpk ikhlas tp tidak. ada yg berniaga dan nmpk sperti rakus mngmbil peluang tp besides that mungkin mereka mmg dh taubat nasuha dan ikhlas.

      0

      0