Berhenti Berkata Yang Bukan-Bukan – Joy Revfa

Hiburan

Berhenti Berkata Yang Bukan-Bukan – Joy Revfa

Susulan kontroversi perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun, ada suara-suara sumbang yang menyatakan ini semua dirancang untuk mempopularkan lagi perniagaan kosmetik Joy Revfa. Senang kata, ia bertujuan untuk menambah populariti Joy Revfa sekaligus meningkatkan lagi jualan produknya. Ish, ish, ish. Dasyat sangat teori tersebut. Memang tak masuk kerana ia memperjudikan sebuah perkahwinan.

joy revfa

Advertisement

Enggan membiarkan netizen terus menabur fitnah, Joy Revfa meminta semua pihak untuk berhenti berkata-kata dan menunggu tarikh 14 September. Katanya:-

Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan. Ini hal perkahwinan dan membabitkan maruah saya. Ia tidak ada kaitan dengan pemasaran perniagaan atau sengaja mencetus sensasi.

Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala bukti dan maklumat yang ada. Di mahkamah nanti saya akan cerita lebih lanjut siapa yang salah memberikan nasihat, siap bersama saya dan kenapa dokuman ini dibuat.

Buat masa sekarang peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai. Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah.

joy revfa

Secara jujur, Abang Nara pun tak sabar nak mengetahui cerita pihak mana yang benar. Terlalu banyak versi sehingga mengelirukan orang ramai. Tak sabar rasanya menanti tarikh 14 September ini. Semoga sidang mahkamah akan berjalan dengan lancar sekaligus dapat membuktikan kebenaran. Sama-sama kita nantikan. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...