Written by AbangNara | September 12th, 2014

Sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Genting Highlands, Abang Nara sekeluarga bersama beberapa orang rakan blogger telah tiba ke salah satu destinasi percutian pilihan rakyat Malaysia ini pada hujung minggu yang lalu. Cuaca yang sejuk menyambut ketibaan kami. Tujuan utama kehadiran kami kali ini tak lain tak bukan untuk merasai sendiri tarikan terbaru Genting Highlands iaitu Ice Age Adventure.

ice age adventure
Baru dibuka pada 1 September 2014 yang lalu, Ice Age Adventure memang tempat terbaik untuk mereka yang bekeluarga terutamanya yang ada anak kecil berusia 3 tahun ke atas. Kalau anak anda minat kartun (terutamanya kartun Ice Age), memang wajib anda bawa mereka ke merasai keseronokan di Ice Age Adventure ini. Tiket berharga RM20 seorang (kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk percuma) memang terasa sangat berbaloi. Ada 3 zon utama kesemuanya di Ice Age Adventure ini iaitu Ice Age Theatre, Ice Age Playground dan Ice Age Meet-and-Greet.

ice age adventure

Masuk sahaja ke Ice Age Adventure kitorang terus ke zon pertama iaitu Ice Age Theatre. Seronok anak Abang Nara melihat video klip kartun yang menunjukkan aksi Scrat mengejar buah walnut kegemarannya. Ala kalau korang tengok kartun Ice Age mesti korang tahu punya. Pastikan anak korang tengok dengan teliti sebab akan ada kuiz. Kalau jawab kuiz dengan betul boleh dapat hadiah. Hehehe.

ice age adventure

Selesai menonton di Ice Age Theatre, Abang Nara sekeluarga terus ke Ice Age Playground dan Ice Age Meet-and-Greet pulak. Yang ini serius seronok sangat-sangat. Banyak gambar yang boleh dirakamkan bersama anak tercinta. Macam-macam aksi boleh buat. Di Ice Age Meet-and-Greet ada maskot-maskot daripada kartun Ice Age seperti Sid, Carlos dan Scrat. Comel sangat-sangat. Cuba korang tengok aksi kitoarang.

ice age adventure

nie kat luar sebelum masuk. Hehehe

ice age adventure

ok papa, Aariz dah ready. Jom kita masuk

ice age adventure

sini boleh main cak-cak nie, kata Aariz

ice age adventure

jom papa kita pergi ambik gambar kat tempat lain, kata Aariz

ice age adventure

nak jugak pegang bola si Aariz nie

ice age adventure

besar juga kapal nie papa kan? Tanya Aariz dengan muka selamba

ice age adventure

alamak tak lepas pula Aariz baling bola nie. Help me papa

ice age adventure

Aariz kecik lagi so takut ngan maskot. Hahaha

ice age adventure

anak taknak bergambar biar mak bapak je yang posing

ice age adventure

yeahhhh. Dah habis main kat dalam kita mewarna pulak kat luar

ice age adventure

Seriusly Abang Nara sekeluarga dan kawan-kawan blogger yang lain memang amat berpuas hati, bergembira dan berseronok sepanjang berada di Ice Age Adventure di Genting Highlands ini. Memang puas hati tengok aksi anak masing-masing. Paling penting dapat mengeratkan hubungan antara anak-anak dan mak ayah. Bukan selalu nak buat aktiviti macam nie kan?

ice age adventure

Hujung minggu ini kalau ada masa terluang, apa kata pandu kereta anda ke Genting Highlands dan nikmaati sendiri keseronokan di Ice Age Adventure bersama keluarga tercinta. Abang nara berani jamin korang pasti akan enjoy sangat-sangat. Maklumat lanjut layari www.rwgenting.com.

29 responses to Bergembira Sekeluarga Di Ice Age Adventure Genting Highlands

  1. Anonymous says:

    happy family…

    0

    0
  2. sal?xpuas hati? says:

    macam xd ape2 yg menarik je aku tgk..tp ok lah rm20 jek..

    0

    0
  3. Mummy Dina says:

    bestnye..tapi cam mak bapak je yang enjoy lebih..hehe

    0

    0
  4. sal?xpuas hati? says:

    klo nak promote pun abg nara..agak2 la tempat mcm ni..bosan!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Utk kite org dewasa mmg la bosan,tp utk knk2 ini lah fun…kuar kn duit sikit utk ank2 happy apa salah nya…skali skala….ank2 happy kite sbg parents pon happy gak

    0

    0
    • SamsungAce says:

      banyak lg kot tempat yg fun lau nak bwk anak pon..ini tgk gmbr pon mcm x best je..cam boring je..

      0

      0
  6. pasir puteh says:

    ada sorang kawan aku ni asal dr kelate (puak2 nara).. boleh tergelak dia bila aku dan suami biasakan diri dengan anak aku mak & ayah.. dia kata nama tu kolot.. aku tya dia nape.. dia kata kt kelate biasanya mama, mummy, umi dan daddy, papa, abi.. apa komen anda?

    0

    0
    • Mirai Suenaga says:

      komen saya, diorang tu yang kolot.
      panggil je lah apa pun, even abah tu ‘pak’. tak payah nak menganjeng org lain. dia pun tak sedar diri panggil mak ayah dia mcm tu. feeling urbanlah kononnya

      0

      0
    • tasya says:

      bg sy xkisah dia nk feeling sruh ank dia pggil mummy ke apa ke…. tp dia xlayak nk gelakkan org guna mak ayh… suka ati la…. kalo aku mmg aku kasi cuci kwn cmtu… mulut jht…

      0

      0
  7. JOO YOO RIN says:

    INI JEEEEEEEE???? BETTER LAGI USS. HAAAAAAH MENYEDIHKAN

    0

    0
  8. Orang Kampung says:

    byr rm20/person utk bergambar kat banners/cardboard murahan & mascots hodoh??? biar betul nara?? errr bebudak kampung cam anak2 aku x layan lah citer ice age ni…..so old skool…sebab dorang layan animation terbaru jer kt ipad dorang….org urban cam keluarga ko jer yg layan ice age ni

    dan nara….apasal semua gambar ko kelabu asap jer…tak menarik langsung

    0

    0
  9. ubi says:

    xberbaloi masuk, baik masuk snow world tu ,ada jgk la salji tiruan, ni ada maskot , pastuh kadbod patung, jadahnyeeeee, ice age ke ni???teruk sgt, seketul ais pon xde puiii

    0

    0
  10. Amir says:

    legend nyer ice age..dah lebih 10 tahun dah..

    0

    0
  11. PCL says:

    baru dapat info setelah klik ke sini dari iklan nuff ; menarik…murah sesuai bawa anak2 musim cuti sekolah.

    0

    0
  12. obat kuat says:

    terima kasih atas informasinya,sukses selalu.

    0

    0
  13. Waaah bestnya. Cuti sekolah ni, boleh jejalan genting

    0

    0
  14. Khir Khalid says:

    Menariklah info ni abg Nara. Syok jenjalan sekeluarga mcm ni. Thanks sharing.. :)

    0

    0
  15. Bosan says:

    Aku cuba juga nak cari apebenda yang menarik kat tempat ni tapi tak berjaya juga. Kesimpulannya memang TAK berbaloi langsung untuk RM20 seorang. Kalau caj RM5 pun aku takkan masuk tempat ni.. membazir betul. Kalau ye pun nak promote.. bagi la tempat yang sempurna sikit nara oi..

    0

    0
  16. lagunabad says:

    ape bangang benda macam ni pon ko nak wat iklan nara wehh..

    0

    0
  17. Bellalicious says:

    So serik dengan layanan staffs genting waktu transformers dulu.. Buat kita ni macam hadap sangat dengan depa. Bergaduh minta paper bag sedangkan dah spent rm400+ untuk tshirt, topi. Dah la setiap kali nak bergambar dengan kereta, rm30, dengan bumblebee rm30, dengan optimis prime rm30 lagi. Report pada supervisor, email pada resort world pun takde balasannya. Sorry to say, kalau gang depa, beli sehelai tshirt and satu topi, dapat paperbag transformers. Itulah Haku hangin dan fight untuk paperbag sebab aku tak puas hati cara dilayan, bukan sebab nak sangat mende tu.. Kecewa betul . Lantak la orang nak fikir apa tapi pergi sendiri dan rasai perasaan macam peminta sedekah di bumi sendiri

    0

    0
  18. luna says:

    it looks awesome
    I’ll go check it out next time am in Genting

    0

    0
  19. […] Bergembira Sekeluarga Di Ice Age Adventure Genting Highlands (27) […]

    0

    0
  20. Jocelyn Lum says:

    Whoa, rasa mcm seronok.
    Terima kasih sbb share this post.
    Saya harap dpt bawak 2-year-old son g sana one day.

    0

    0