Bergambar Mesra Dengan Keith Foo, Ziela Jalil Dikritik

Hiburan

Bergambar Mesra Dengan Keith Foo, Ziela Jalil Dikritik

Hmmmm. Pada pendapat Abang Nara, memang wajar Ziela Jalil dikritik kerana gambarnya yang agak mesra bersama Keith Foo. Tidak sesuai dengan imej dan penampilan Ziela yang bertudung dan sudah agak berusia. Gambar di bawah telah pun dikongsi menerusi akaun Instagramnya dan kebanyakan peminat melahirkan rasa kecewa dengan aksi Ziela dan Keith Foo.

ziela jalil keith foo

Advertisement

Sekali pandang macam pasangan kekasih pun ada jugak kan? Rasanya tak perlulah memeluk lengan Keith Foo sebegitu rupa. Memang tak manis dipandang. Namun Ziela Jalil ada penerangannya sendiri. Kata Ziela menerusi Harian Metro:-

Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun.

Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat.

Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang.

Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia. Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau

ziela jalil keith foo

Secara jujur, memang tidak sesuai untuk Ziela Jalil beraksi sebegini rupa bersama Keith Foo. Walaupun menganggap Keith sebagai “anaknya”, itu hanya sekadar anggapan dan bukan kenyataan. Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran buat Ziela. Lain kali kalau nak tangkap gambar sebegini rupa, tak perlulah kongsikan di media sosial sehingga menimbulkan kritikan orang ramai.

P.S: Kantoi dating dalam bas dengan isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...