Written by Bella | June 29th, 2015

Setelah gagal dalam percintaan bersama aktor Remy Ishak beberapa tahun yang lalu, aktres Ummi Nazeera nampaknya tidak pernah didampingi oleh mana-mana lelaki yang istimewa dihatinya. Ramai yang tertanya-tanya bilakah Ummi akan membuka semula hatinya untuk bercinta.

Namun, buat Ummi beliau menganggap fasa bercinta dalam sesuatu hubungan adalah satu perkara yang membuangkan masa dan beliau mempercayai sebenarnya bercinta selepas kahwin itu lebih indah dan manis.

Jujur saya katakan, bercinta itu buang masa kerana kita belum tahu apa pengakhiran kepada hubungan tersebut dan saya sendiri sebolehnya tidak mahu melalui fasa itu dan lebih baik bercinta selepas kahwin.

Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna beliau tidak memikirkan soal jodoh ataupun perkahwinan dan sama sekali tidak mengelak untuk bergaul dengan lelaki. Ummi juga sama seperti orang lain yang ingin  mempunyai keluarga sendiri satu hari nanti.

Pada usia saya sekarang tipulah kalau tidak ada berkawan dengan sesiapa tetapi bagi saya mudah, selagi tidak berkahwin saya masih solo dan bukan kepunyaan mana-mana lelaki. Saya lebih selesa menganggap hubungan yang terjalin itu sebagai persahabatan.

Dalam perkembangan lain, Ummi berkata, pada bulan September depan beliau akan kembali menyambung pelajarannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan di universiti tempatan.

Sumber Berita: mStar Online

11 responses to Bercinta Itu Buang Masa – Ummi Nazeera

  1. minah jambu gi bazar ngan nenek says:

    betol ke ?

    0

    0
  2. minah jambu gi bazar ngan nenek says:

    tau tkpe ! tungu aje la lamaran dari mana2 ustaz yg suka ngan uuu..

    0

    0
  3. Lovelyvic says:

    Betul tu….
    Ini belum kahwin pun dh mcm laki bini…
    Bila dh kahwin…. cari pmpn lain..
    pasal dh buhsan….

    0

    0
  4. Baju Raya Senget says:

    Dia ni bukan ada boipren ke masa study kat Melbourne dulu?? Rapat bukan main siap masuk marathon bersama-sama..apa dah terjadi dengan hubungan itu??

    0

    0
  5. ehh says:

    aku yg kne HIV nie pun dah susah nk couple…stigma masyarakat yg suke pikir negatif

    0

    0
  6. Rasdam Mewangi says:

    Of course.. Agree 200%

    0

    0
  7. Anonymous says:

    ye ke buang masa..tak de boypren. cube ade boybren…elllehh tak yh nk poyo sgt la

    0

    0
  8. Anonymous says:

    semoga awak mendapat jodoh yang baik suatu hari nanti, insyaAllah…

    0

    0