Written by AbangNara | January 5th, 2015

Kah kah kah. Tergelak besar Abang Nara membaca jawapan Shaheizy Sam apabila diminta memberi ulasan mengenai pengakuan Fazura tentang percintaan mereka berdua satu ketika dahulu. Lawak juga rupanya Shaheizy Sam ini. Mana tidaknya, pelakon kacak ini sempat membuat lawak yang dirinya keluar dengan Megan Fox ketika penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadocia. Tersembur air liur Abang Nara membacanya. Hehehe.

shaheizy sam bercinta fazura

Walaupun di dalam pengakuannya Fazura memaklumkan tidak tahu bagaimana mahu bersemuka dengan Shaheizy Sam, pelakon lelaki ini memaklumkan yang dia tiada masalah sekiranya bertemu di set penggambaran atau bekerjasama pada masa hadapan. Shaheizy Sam juga memaklumkan yang dia tidak pernah menonton rancangan Facing Up To Fazura dan hanya mengetahui tentang pengakuan itu menerusi rakannya. Kata Shaheizy Sam:-

Saya tidak berminat untuk menjawab tentang perkara ini. Ketika penggambaran filem Manisnya Cinta di Capppadocia, saya keluar dengan Megan Fox (ketawa). Sejak menjadi pelakon saya terlalu sibuk dan tidak ada mas untuk tonton televisyen. Ada rakan beritahu kepada saya tentang pengetahuan itu tetapi saya tidak tahu secara terperinci kerana tidak tonton program tersebut. Jadi saya tidak pasti apakah jawapan yang tepat harus saya berikan. Jadi lebih baik saya tidak perlu jawab.

Entahlah saya tidak tahu ingin beri reaksi yang bagaimana kerana saya sendiri pun tidak pasti dengan isu ini Apa yang boleh saya katakan, memang saya seorang yang enggan berkongsi kisah peribadi dengan semua orang kerana saya seorang yang perahsia. Saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi selagi hubungan itu tidak sampai ke tahap yang serius iaitu tahap memang itulah wanita yang akan saya nikahi, selagi itu saya tidak kongsikan bersama peminat atau sesiapa.

Jika bercakap tentang kahwin, 2 tahun lepas saya sudah terasa ingin berkahwin tetapi jodoh saya agak lambat (ketawa). Saya dan dia (Fazura) berkawan dan saya mengaku hubungan kami rapat. Kami tidak ada sebarang masalah jika bertemu dalam set penggambaran atau bekerjasama pada masa depan.

sam dan fazura

Tidak diketahui sama ada Shaheizy Sam enggan mengakui percintaan yang pernah terbina antara dirinya dan Fazura kerana ia adalah perkara yang tidak pernah terjadi atau sekadar malu-malu kucing. Tak apalah. Pasti Shaheizy Sam tahu yang terbaik untuk dirinya. Apa pun sekali sekala ada program seperti Facing Up To Fazura ini menarik juga kan? Habis terbongkar segala rahsia. Rasa-rasanya kalau selebriti lain turut sama ditemuramah, pasti akan ada banyak kisah menarik dapat dikongsikan. Contohnya macam Neelofa ke. Seronok juga kalau tahu apa sebenarnya yang terjadi pada kisah percintaan antara Neelofa dan Hans Isaac kan? Sumber Kosmo.

P.S: Pakej bantuan banjir daripada UMM Toyota

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Bercinta Dengan Fazura, Shaheizy Sam Enggan Komen

  1. Anonymous says:

    kuning gigi dia.kakakkaa

    0

    0
    • Sazey Sam says:

      Muka i n my ex pun kelihatan kuning lah.
      U jgn buat2 taktau k, camera n pic cap loji, kteorg terkena tempiasnya.

      0

      0
  2. nana says:

    bagusla..xelok canang cinta x menjadik ni…dh move on..malunye pompuan cite bende camni..rasenye krg manis..agi2 pihak laki main tarik2 tali camniii

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    nak tak nak kena mengaku jugak dulu penah rapat walaupun enggan nak komen,sbb si fazura pun dah mengaku…mesti tak nak malukan kawan kan!

    0

    0
  4. AKUUUU says:

    selamat pagi sayang
    gigi kau kuning2
    mungkin kau lupa berus gigi

    0

    0
  5. Shhh says:

    Tgk Hairul lamar Haniz Zalikha smlam aku pn nak jugak lah..tpi aku berani melamar dalam blog ni jer

    “Shaheizy Sam saya ingin menjadi sebahagian dari awak, sya ingin menjadi blah..blah..blah..blah…sudi tak awak menjadi suami saya”..smbil ku hulurkan cincin pusaka atuk aku…wahahahahahaha..yes aku mmg ada can nak ngorat Sam…Fazura u tak nak kan..so kira lampur hijau yer…jgn caras plak..u kan da boyfren mat saleh…apapun aku suka statement Sam..so suweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttt.

    0

    0
  6. datin hangit says:

    Hahaha cian Pajura…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Pajura ni masih ada hati pada Shaheizy Sam kot. Dengan lelaki yang lain semua kena kick out. Mungkin dengan Shaheizy menjadi. Selalunya orang yang lawa ni belum tentu cepat kawin. Jodoh berat kata orang tua2. Kalau dengan VIP2 semua tak menjadi, Pajura kena ambik orang kebanyakan agaknya. Mungkin jodoh Pajura cepat sampai.

    0

    0
  8. dodaoikasia says:

    Kasihan fazura lelaki yang cam Sam pun anggap dia tak layak dibuat bini..

    0

    0
  9. Cicak says:

    Mungkin Fazura syok sendiri. Lalu salah faham Sam tu bf dia. Kah!

    0

    0
  10. ali says:

    Betul juga hehehe

    0

    0
  11. ali says:

    Betul juga hehehe Lepas tu muka mcm monyet

    0

    0
  12. Teh tarik hila says:

    Alah tk payalah senyum…Gigi tu lining,jangan perasan
    Cantik.bodoh

    0

    0
  13. […] Sam sebelum ini enggan memberi komen tentang dakwaan tersebut mendakwa dia perlu menonton rancangan … […]

    0

    0