Written by Bella | February 1st, 2016

Minggu lepas hampir semua orang terkejut mendengar berita Salih Yaacob bercerai dengan isteri kedua beliau Nor Raha Hamad.

Lebih panas lagi, Salih tidak menafikan wujudnya orang ketiga  dan mengakui bekas isterinya itu mula tawar hati dan berubah sikap selepas menghadiri majlis reunion sekolah. Bukan tidak cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya tetapi  ini mungkin jalan yang terbaik buat mereka.

Bila berita itu tersebar, ramai yang mengatakan kini Salih sudah ada satu lagi tempat kosong  serta boleh mempunyai seorang lagi isteri , namun Salih memberitahu beliau belum bersedia untuk berkahwin dan hanya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan takdir.

Dari dahulu lagi, niat saya berkahwin empat bukan kerana mahu mengambil kesempatan yang dibenarkan ajaran Islam.

Sebaliknya saya berkahwin kerana Allah dan mahu mendidik isteri-isteri saya. Jadi, selepas bercerai dengan Raha, tidak bermakna saya kini sedang mencari calon baru untuk diisi ‘slot’ yang kosong itu. Lagipun jodoh dan maut itu adalah ketentuan Allah.

Mungkin pada orang lain, seorang lelaki itu cukup bertuah apabila dapat hidup berpoligami. Walaubagaimanapun, mereka tidak tahu betapa besarnya tanggungjawab seorang suami yang mempunyai ramai isteri.

Nampak mudah saja apabila beristeri ramai, tetapi tanggungjawab sangatlah besar. Dan kita sebagai manusia, ada masanya juga membuat silap.

Tambahan pula, setiap isteri mempunyai sikap dan emosi yang berbeza, maka cara kita bercakap dengan mereka juga berbeza. Sebab itu saya perlu muhasabah diri setiap hari untuk cuba menjadi suami dan ayah yang sempurna.

Orang hanya boleh lihat manisnya hidup berpoligami hanya daripada luarannya sahaja, sebagai ketua keluarga tanggungjawab yang dipikul bukannya mudah dan peritnya hanya mereka sahaja yang tahu.

Sumber Berita: mStar Online

7 responses to Bercerai Dengan Isteri Kedua: Salih Yaacob Belum Bersedia Untuk Mendirikan Rumah Tangga

  1. Anonymous says:

    saleh yaakob dan kita kena ingat .
    kentut itu nikmat ALLAH

    0

    0
  2. Anonymous says:

    kematian itu pasti

    0

    0
  3. Kak Engku says:

    Penentang2 poligami….jom kita hentam salleh yaacob….wlu pun kita tahu is3 dia redha berpoligami tp kita hentam gak….kita perjuangkan hak wanita….

    0

    0
  4. Anonymous says:

    nak rehat sekejap, terkedu, di duakan, macam dia mendua kan isteri pertamanya atau sekarang mau cari cara macam mana jadi gila balik macam masa dia bercinta dengan isteri ke 2 nya……… ok SY rehat dulu lah cari idea baru

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Nape….? Ade bèlen 3 org lagi tak puas ke….nak jaga rekod 4 bini ke ? Macam la bini sorang je.. cerai bini jadi tak keruan…ade lagi kot dok tunggu kat rumah….tapi rasanya..kalau dia adil.. bini dia mesti tak minta cerai… perempuan tetap perempuan hati dia org fragile…

    0

    0