Written by Bella | May 23rd, 2016

Berita Elly Mazlein bercerai nyata mengejutkan ramai pihak, lebih-lebih lagi ia diumumkan sebaik sahaja beliau selamat melahirkan cahaya matanya Putri Sefhia Zara.

Kini setelah 8 bulan berpisah dengan bekas suaminya, Azmi Hatta, Elly tidak mahu lagi mengenangkan segala dukanya dan mahu semua kenangan pahit kerana perasaan cinta dan sayang beliau sudah terkubur buat selamanya.

Buat Elly, beliau tidak merasa menyesal dan menerima segala ketentuan takdir buat dirinya. Penceraian bukan bermakna hidupnya akan musnah.

Pengubat lukanya adalah setiap kali beliau melihat wajah anak kecilnya itu yang juga menjadi semangat untuk beliau menempuh kehidupan dan ujian yang mendatang.

Saya pasrah dengan takdir. Yang terjadi dalam hidup saya selama ini adalah bahagian saya. Saya reda dan tidak pernah menyesal

Sebaliknya saya menganggap keadaan yang sedang dijalani ini adalah petanda buat saya untuk menjadi wanita yang lebih matang. Perceraian dengan bekas suami bukan petanda kehidupan saya musnah. Sebaliknya adalah harapan buat saya untuk menjadi wanita lebih dewasa.

Tambah Elly, jika beliau terlalu meratapi nasib dan bersedih, tiada masalah yang akan dapat diselesaikan meskipun bercerai adalah perkara yang paling digeruni oleh setiap wanita.

Perceraian adalah satu perkara yang tidak diingini oleh wanita yang sudah berumah tangga. Tapi jika perkara itu berlaku, adakah kita perlu berterusan meratapi nasib sebegitu?  Takkanlah kita nak berendam air mata, merapati suratan hidup selama-lamanya.

Keadaan sebegitu tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Oleh sebab itu, saya mengambil pendekatan positif dalam hal ini. Demi masa depan, saya perlu berkorban mengetepikan perasaan kecewa saya. Itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

Pada masa yang sama beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang Elly cuba untuk menagih simpati dengan menjaja kisah penceraian beliau.

Berbicara mengenai gosip yang mengatakan Faye Kusairi punca beliau bercerai, Elly bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut dan tidak mahu dikaitkan dengan cerita murahan seperti itu.

Dalam hal ini saya tutup mulut. Tiada yang hendak diperkatakan lagi. Kisah antara saya dan bekas suami dah jadi lipatan sejarah. Kami juga sudah membuat haluan masing-masing.

Bukan mudah untuk memegang status janda dan bergelar ibu tunggal, pelbagai ujian yang melanda untuk menguji ketabahan hati, namun kami tetap mendoakan agar Elly Mazlein dapat menempuhi kehidupan bersama anaknya dengan baik.

Sumber Berita : Utusan Online

13 responses to Bercerai Bukan Petanda Hidup Saya Musnah – Elly Mazlein

  1. Pandan Kaya says:

    Bagus elly :’) kenyataan dia positive dan tak aib or buka cita tentang siapa2..macam nak move on betul2

    0

    0
  2. cik piNgu says:

    Takkanlah kita nak berendam air mata, merapati suratan hidup selama-lamanya.

    Merapati ke, Meratapi? ape la typo..

    baideway bagus elly ni, xde nk buruk2an pasangan. move on gtuh.

    0

    0
    • Mat Ronggeng says:

      Aku tak boleh lupa adengan hari dia kahwin, pakai baju pengantin gi melawat kubur arwah mak dia. Lepas tu menangis macam adengan dalam drama TV…. cameraman pun amik gambar….. huk huk huk…apasal Nok kau kahwin kejab je… ???
      Cer cita cer cita.

      0

      0
  3. Hauk says:

    apa cita dgn pmp yg bnama faye tu? siap nk saman bagai, jadi ke? Hauk sungguh perangai..

    0

    0
  4. podacitt says:

    si faye tu tak payah nak saman bagai lahhh…tak payah nak acah2 suci…aku nampak ko ngan bekas laki si elly tu kat ikea cheras….podacittt!!

    0

    0
  5. melati says:

    elok lah ko bercerai Elly , bukan padan pun ko gan laki ko..Mcm Beaty and the Beast..nanti byk lg yg menanti ko Elly…!!!

    0

    0
  6. Aloha says:

    Fasha perlu contohi Elly Mazlein

    0

    0
    • fasha says:

      Fasha tu mmg x boleh ubah daaa…darah “mengamuk dan tak boleh dicuit sikit” mmg dah sebati dlm badan tu…dr muda sampai dh beranak, asal cuit mengamuk, asal cuit mengamuk..asal mengamuk cari wartawan…konon berpaksikan “tegas” tapiiii….haukkkk….

      0

      0
    • sendat says:

      si pasa sendat tu gila kontrobesi & perhatian. mcm dia sorang jerla ibu tunggal dlm dunia ni! itu pun baru jer, org lain yg btahun2 & dpt ex suami yg hauk takda pon bising bagai. move on jer dgn kehidupan.

      0

      0
  7. Asmo abe ghani says:

    Betul !!! Tapi dulu ko jgk dok gatai nk kahwin nok!
    Ni bila da cerai da macam pulok crrita nya

    0

    0