Written by Bella | November 3rd, 2016

Kemunculan Zulin Aziz pada program Gegar Vaganza 3 minggu lepas mengejutkan orang ramai apabila beliau kelihatan langsing dan cukup cantik berbaju kebaya.

Ramai yang ingin tahu apakah rahsia Zulin sehingga mampu menurunkan berat badan dengan agak ketara dan kelihatan cukup berbeza sekali. Adakah beliau mengambil ubat kurus? Namun, Zulin yang sudah menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram memberitahu beliau berjaya kelihatan langsing hanya dengan bersenam dan mengamalkan diet yang sihat.

Zulin akui sebelum ini beliau pernah “taksub” dengan pengambilan ubat kurus tetapi kecewa kerana berat badannya kembali naik selepas berhenti mengambil ubat pelangsing badan.

Dulu ubat pelangsingan badan adalah seperti ‘kawan baik’ saya tetapi ia sebenarnya memberi kesan tidak bagus kerana apabila saya berhenti mengambilnya berat badan bertambah lebih banyak daripada asal.

Saya mula sedar itu bukan jalannya untuk kurus kerana ia hanya memberi kesan sementara sahaja dan sebab itu saya cekalkan hati untuk melakukan kaedah sebenar iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.

Tambah Zulin, pelakon Ayha Rosli yang merupakan anak kepada pelakon vateran Norman Damanhuri merupakan individu yang bertanggungjawab dan mengubah hidupnya untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat.

Ahya bertindak sebagai jurulatih peribadi Zulin yang sentiasa memastikan beliau bersenam dan menjaga pemakanannya. Malah, Zulin juga menyertai kelas Muay Thai yang dikendalikan oleh Ahya sendiri.

Saya pada mulanya tidak percaya apabila Ahya kata dia ingin bantu saya mengurangkan berat badan tetapi apabila dia menunjukkan kesungguhan saya sahut cabaran itu. Dia seorang yang ‘brutal’ dalam memastikan saya disiplin dan komited terhadap rutin senaman selain menyemak setiap makanan yang saya ambil setiap hari.

 

Walaupun rutin tersebut menyeksakan pada awalnya tetapi Alhamdulillah ia mula menunjukkan hasil positif.

Zulin juga tidak memakan nasi dan mengelak makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ia sangat membantu untuk mempercepatkan lagi proses untuk menguruskan badan.

Walaubagaimanapun, Zulin menasihati orang ramai untuk cari cara yang bersesuaian dengan tubuh badan mereka untuk tampil lebih kurus.

Sumber Berita : mStar Online

25 responses to Berat Badan Zulin Aziz Turun 10 Kilogram Tanpa Pengambilan Ubat Kurus

  1. nok gebuzzz says:

    wow!!ni baru betul…diet secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat…kipidap zulin!

    23

    0
  2. melati says:

    Terbaik , janji ko Lawa & Comey dr Emma Maembong ….hihihi

    8

    4
  3. adudu says:

    usaha tangga kejayaan

    6

    0
  4. Anonymous says:

    Makin cantik!

    5

    0
  5. Anonymous says:

    Ko da kurus tu da ok dah..cume hazab aku tgk bontot ko masa kt gegar vaganza..pkai baju kebaya sendat..melekat..mcm nk tesembul bontot tu..malu la weh

    4

    2
    • mak jemah lerrrr says:

      HAHA KALAU DA KURUS HARUSLAH TUNJUK SEGALA MENDE YG LEY TONJOL CHUOOLLSS NI PUN

      3

      2
      • minah jambu say no to DRUG says:

        ofkos ! tkan nak berjubbahhh aje memanjang…! banyak pesen2 yg boleh di pakai…huh !

        0

        4
  6. Anonymous says:

    kenapa eh.. kalo dah kurus mesti nak pakai ketat2..? pakai tudung pun camtu.. tak pakai tudung pun camtu.. motif?

    -sorry aku tanya je dari pemerhatian aku.. dulu kini dan selamanya.. lolz

    7

    0
    • sentap says:

      time dah kurus la nak tjk body slim melim biar sumer org puji…klo ms gemok nak pki ketat…segala tok nenek lemak berlumba2 nak kuar…spare tyre sana cni…masa tu buruk mana nak pki ketat…dah cam tyre michellin

      4

      2
  7. orgtua says:

    gud job

    1

    0
  8. jojo says:

    tapi kan, mse side nampak tepi, xde pun aku tengok kurus. same jep.

    0

    1
  9. brunes says:

    good job zulinn!! its now easy i know the struggle

    1

    0
  10. anon says:

    Mmglah tak payah ubat kurus. Nak kurus ni bende yg paling senang, tapi semangat kene kuat. Makanan punca kegemukan. Kalau makan sikit mmg tak gemuk. Org gemuk ni dia org tak mkn, tapi kedarah. Org2 yg kuar mkn ni, dia org kurus, tapi mkn tak nak kurang.

    0

    3
  11. damia says:

    Tak payah cari cara yg bersesuaian pun kalau nak kurus, cume jgn mkn banyak je. Everything in moderation. We eat to live, not live to eat.

    2

    0
  12. Pe pn thniah la says:

    Bla dh kuruh..kne pki ktat tuk tyang body.sblm ni pndai cover2 longgar nk ttup spretyre.seelok nya keep pki longgar pn xpe.sbnrya kuruh ni elok dan sihat tp x prlu la tukar pmakaian.org yg tgk dan pki msing2 dpt dosa

    1

    0
  13. 48 kg says:

    ITS TOO EASYYY TO GAIN IDEAL BODY

    sy STOP mkn AYAM , STOP mkn DAGING ,
    STOP mkn IKAN , STOP mkn SEAFOOD , STOP mkn TELUR

    NO D.A.I.S
    NO DAGING NO AYAM NO IKAN NO SEAFOOD

    sy mkn rice / noodle dengan sup sayur

    sy mkn rice dgn labu masak lemak

    sy mkn rice dgn curry potato carrot

    sy mkn rice dgn tauhu masak lodeh

    dan mcm mcm lagi lauk vegetarian sy mkn

    1

    0
    • 48 kg says:

      sy hanya minum plenty water / susu soya / susu almond

      sy amalkan minum 3 liter air daily ( utk berat bawah 50 kg )

      sy amalkan makan kurma dan red apple daily

      ALHAMDULILLAH dari berat badan sy 55 kg —–> 48 kg

      muka breakout pun dah surut

      2

      0
      • 48 kg says:

        sy hairan ramai org duk diet tak mkn nasi ……

        cikgu atau doktor mana yg ajar mkn nasi / noodle jadi lemak ???

        tapi hari2 mkn ayam relax plak

        sy ni mkn nasi 7 senduk sehari , berat tak naik2 pun
        hari off ada tu mkn 10 senduk nasi

        sejak sy amalkan pemakanan sayur sayuran dan buah buahan ,
        berat sy maintain 48 kg selama 1 tahun 4 bulan

        ALHAMDULILLAH

        sedang kan sy dah 5 tahun tak berlari apatah lagi bersenam bagai

        percaya lah kawan2 ,
        animal product hanya memberi penyakit pada tubuh badan kita ,
        animal product membuat kulit kita kedut sebelum usia ,

        tengok lah mat salleh , umur 18 tahun dah ada kedut kat dahi sbb
        everyday mkn daging / ayam

        #vegetarianismychoice
        #menjagakesihatansebahagiandariiman

        0

        0
    • 48 kg says:

      sy hanya minum plenty water / susu soya / susu almond

      sy amalkan minum air 3 liter daily ( ni utk berat bwh 50 kg )

      sy amalkan mkn kurma dan red apple daily

      ALHAMDULILLAH dari berat sy 55 kg ——> 48 kg

      muka breakout pun dah surut

      0

      0
    • Dr Deen says:

      Badan kita need makanan seimbang. We also need protein. Some fat. Minerals.Water. Not overload with carbohydrate.

      0

      0
  14. 48 kg says:

    sy hairan ramai org duk diet tak makan nasi ….

    cikgu atau doctor mana yg cakap mkn nasi / noodle jadi lemak ??

    tapi mkn ayam hari2 tu relax plak

    sy ni setiap hari makan nasi 7 senduk sehari ,
    ada tu hari off mkn smpai 10 senduk nasi

    berat tak naik2 pun

    sejak sy amalkan pemakanan sayur sayuran dan buah buahan ,
    berat sy maintain 48 kg selama 1 tahun 4 bulan

    ALHAMDULILLAH

    percayalah kawan2 ,
    animal product hanya memberi penyakit pada tubuh kita
    animal product menjadikan kulit kita kedut dari usia

    tengok lah mat salleh , umur 18 tahun dah ada kedut kat dahi sbb
    everyday mkn daging / ayam

    #vegetarianismychoice
    #menjagakesihatansebahagiandariiman

    1

    0
    • Damya says:

      Cardio dan fat-burning exercise 2/3 kali seminggu 30-45 minit sekali exercise ..dah tentu boleh mengurangkan berat badan, dan lemak2 bahaya keliling organ2 badan kita (visceral fat) juga akan kurang.

      0

      0
    • waster says:

      lain org lain cara body bekerja. ramai yg stop makan nasi boleh kurus. tk pyh nak tunjuk pandai sgt. nk jdi vegan jadilah. biar org lain ikut style masing2. nk makan ayam ke kambing ke satu tan lantak dia la

      7

      0