Benjy & Rakan Didakwa Edar Dadah Bakal Berdepan Hukuman Mati

Hiburan

Benjy & Rakan Didakwa Edar Dadah Bakal Berdepan Hukuman Mati

Ditangkap buat kali keempat hanya selepas beberapa hari beliau diikat jamin atas kesalahan memiliki dadah, pelakon Benjy dan rakan Raja Shariff yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.32 kilogram.

Sekitar penghujung bulan March kedua mereka telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak terletak di Jalan Pagoh-Muar pada jam 1.40pagi.

Advertisement

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Mereka yang  memakai pakaian penjara  mengangguk sebagai tanda faham selepas tuduhan tersebut dibcakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read. Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh 28 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dadah sememangnya membawa padah, jika anda mempunyai masalah kewangan ingat jangan sesekali mengambil jalan pintas untuk kaya kerana ia adalah sesuatu perbuatan yang haram. Jauhi dadah, menyesal kemudian hari tidak berguna.

Sumber Berita: Astro Awani

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...