Written by AbangNara | November 23rd, 2015

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan pelakon Benjy dan rakan wanitanya, daripada dua tuduhan memiliki syabu, Mac lalu. Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dan Julia Ernie Jamaludin, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap kes itu.
benjyBenjy dan Julia Ernie masing-masing didakwa memiliki dadah jenis Syabu 1.71 gram (g) dan 3.01 g di sebuah bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, di sini, pada jam 9.30 malam, 5 Mac lalu. Sementara itu, mahkamah mengarahkan Julia Ernie untuk membela diri atas satu lagi tuduhan memiliki 0.37 g syabu di tempat dan masa sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to Benjy Dibebaskan Daripada Tuduhan Memiliki Syabu

  1. minah jambu says:

    syukur Alhamdulillah aminnnnn…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Loser la….dadah x habis2!

      0

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Dah dapat agak pun…
        Masa kena tangkap siap dengan kilang memproses dadah pun bleh lepas…
        Inikan plak setakat jumpa beberapa ketul dadah..
        Sorry… aku langsung tak caya ngan polis Malaysia kalau bab dadah ni…

        0

        0
        • Minah Kota SInga... says:

          senangnya….
          Kalau kat Sing…
          Tiada maaf bagi Mu…
          Jawapannya “Mandatory… Hang to death”
          Melainkan…
          Doa dari Ibu…
          Kalau kau tak SERIK…
          No words to utter…..

          0

          0
        • Anonymous says:

          Lawyer dia hebat. Asyik lepas jer!!

          0

          0
        • mimiyangdivine says:

          semua dah lepas ke? bkn dia ada lagi satu kes 39(b) ke?? ke saya silap??

          0

          0
        • polis bantuan says:

          Pehal polis pulak..sistem penghakiman malaysia la. bukan polis yg jatuhkan hukuman. ngok gak ko ni kan

          0

          0
      • Anti Dadah says:

        Bila la nak insaf si ben ni!! Sian dkt family especially anak dia, malu dpt bapak mcm ni. Tak serik2 buat hal.

        0

        0
  2. Beyoncet says:

    benjy bro, sudah2 la tu…kau x kesian ke dengan arwah ibu kau…kau x tengok ke perjuangan arwah time hayat arwah ibu kau masih ada…aku org luar nie pon aku kesian tengok…berubahlah benjy berubah !

    0

    0
  3. wind and cloud says:

    Mcm mne dia ni boleh terlepas je setiap kali. Kasi hukum gantung la org mcm ni.

    0

    0
  4. Berusahalah utk berubah mnjd baik
    Walau mungkin teramat payah
    Berusahalah sbb tiada yg mustahil

    0

    0
  5. Anonymous says:

    berkat doa arwah ibu kamu,jadi jangan di persiakan,Berubahlah Benjy.

    0

    0
  6. komarad says:

    peguambela padu…

    0

    0
  7. anon says:

    Anak luar nikah ni tak kesian kat arwah mak dia, even masa mak dia masih hidup. Sudah2lah, bertaubatlah. Carilah pekerjaan yg halal. Dah berkali2 kene tangkap tak serik2…Tapi tulah, masa arwah ade pun dia tak berubah, nikan pulak arwah dah takde. Tapi sekurang2nya berubah lah utk anak2…. His mother must be spinning in her grave…..ish ish kesiannya..

    0

    0
    • minah jambu says:

      anak luar nikah ? si benjy ni anak luar nikah ? camana kau tau dia anak luar nikah ? kau rapat ngan nenek dia ke sampai kau tau semua Nye ..kalau dia anak luar nikah pon kenape? bukan dia yg bersalah yg bersalah orang tua dia la n bukan benjy..tk perlu kau bangkitkn semua tuuuu ..masa mak dia maseh ada kenape tk cakap dia anak luar nikah ????

      0

      0
    • humble says:

      dosa fitnah lebih besar dari membunuh…

      0

      0
    • aku says:

      wah mulut ko…. suka2 je kata anak luar nikah
      ko tu yang patut bertaubat. boleh nasihat tapi jangan hina org sampai macam tu skali. ko mesti ada adik beradik, anak or sedara mara so jangan cakap bukan2 sebelum terkena kat diri ko sendiri
      kesian kat mak ko juga sebab dapat anak mulut macam ko ni

      0

      0
    • mimiyangdivine says:

      perlu ke sebut pasal status dia? pasti ke kita status dia tu? kalau betul pun, salah dia ke? statement anda yang lain2 tu saya setuju cuma part status dia saja yang saya rasa agak mean dan nasty…

      0

      0
  8. Tutuplah aib insan lain
    Sbb aku pasti, kitapun x sebaik mana

    0

    0
  9. hurtet says:

    Xda makna nya lagi…Ibu awak dah takda….Mcmana nak balas balik semua pengorbanan ibumu Benjy?

    0

    0
  10. Aminah says:

    Da brapa kali dia masuk .?
    Tak kan tak serik?

    0

    0
  11. anynomous says:

    Betul tu tak baik buka aib orang lain…kita tak ada hak nak mengata orang anak luar nikah. Dosa Fitnah itu sama sepetti dosa membunuh. Lebih baik doakan yang baik2 sahaja.

    0

    0