Benjy Dan 4 Rakan Bebas Daripada Tuduhan Dadah

Hiburan

Benjy Dan 4 Rakan Bebas Daripada Tuduhan Dadah

Pelakon Benjy dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini daripada dakwaan memiliki dadah, Jun lalu.Selain Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, turut dilepas dan dibebaskan empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32, Afifi Hamidi, 27, serta pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27.

benjy

Advertisement

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan mendapat arahan daripada ketua pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan ke atas kelima-lima tertuduh.

Terdahulu dalam prosiding semalam, Goh berkata pertuduhan itu ditarik balik kerana seorang lagi rakan mereka, Zain Amir Zainal Khairi yang didakwa atas pertuduhan sama, telah mengaku bersalah sebelum ini dan dikenakan denda RM4,000.

“Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon kelima-lima tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad memohon mahkamah melepas dan membebaskan kelima-lima tertuduh dengan alasan mereka dikira tidak bersalah.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu.

Pada 11 September lalu, semua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi methamphetamine seberat 2.99 gram di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Klang pada jam 11.30 pagi, 26 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, atau kedua-duanya sekali. Info asal Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...