Written by Bella | April 6th, 2016

Didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada Mac tahun lepas, akhirnya pelakon serta anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty itu dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan oleh Mahkamah  Majistret Muar semalam.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes’prima facie’ terhadap tertuduh.

Walaubagaimanapun, rakan Benjy iaitu Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffuddin, 29, yang juga orang kena tuduh pertama diperintah membela diri atas pertuduhan yang sama selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesnya.

Tanggal 23 Mac 2015 , Benjy dan Raja Shariff  didakwa memiliki dadah berkenaan pada jam 1.40 pagi  ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Muhammad Hidayat turut menetapkan 3 dan 5 Mei ini sebagai tarikh Raja Shariff Hidayatullah untuk membela diri.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Benjy Bebas Tuduhan Miliki Dadah

  1. Anonymous says:

    tak habis2…

    0

    0
    • Really??? says:

      Teringat arwah ibu (azean) dan bapa tiri nya berjuang turun naik mahkamah…cuba tolong anak tak kena penjara…harap Benjy insaf…dan kenangkan jasa arwah ibu..dan family dia sekarang ni… tak best lah cerita dadah macam ni…Alfatihah buat arwah Azean semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    x serik2 ko eh???

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Mula2 hisap dadah.. Pastu ada makmal dadah.. Pasni mungkin ada kilang dadah pulak.. Dan yg pasti tidak dipenjarakan…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    besor sgt kabel ko ni kan…

    0

    0
    • akak celah bedah says:

      mmg cable besar…bapak kandung dia somebody kan?

      0

      0
      • Anti DADAH says:

        no wonder la asyik terlepas jer, kalo orang lain dh kena hukum gantung sampai mati agaknya. apalah nak jadi, kesian dkt arwah mak & family dia..

        0

        0
  5. Anonymous says:

    berapa ribu bayar lawyer tu???

    0

    0
  6. golf puaka says:

    ayat apa lah ko tlis ni nara oiii…

    Walaubagaimanapun, rakan Benjy iaitu Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffuddin, 29, yang juga orang kena tuduh pertama diperintah membela diri atas pertuduhan yang sama selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesnya. <— orang yg kena tuduh pertama?? susun ayat pun ke laut lah ooii… ptt ko letak lah tertuduh TERTUDUH YANG PERTAMA… adoiii srabut…

    0

    0
    • tudung kelabu says:

      maaf, yer golf puaka..

      OKT atau orang kena tuduh adalah ayat yang betul.. apa nara tulis tu betul..

      OKT 1 – orang kena tuduh pertama
      OKT 2 – orang kena tuduh kedua

      0

      0
      • Aida Musa says:

        yes betul apa yang ditulis nara ..

        OKT stand for Orang Kena Tuduh ..

        confident je perbodohkan orang walau diri sendiri tak faham satu apa ..hehe

        0

        0
  7. ku says:

    golf puaka..
    itu bahasa peguam-peguam.
    kalau bahasa nara tak tahulah mcm mna.

    apa shja tafsiran atau maksud ianya akan jadi lain mengikut suasana.
    kadang-kadang bahasa melayu pun ramai yg gagal.

    0

    0