Benarkah Ini Wajah Bakal Isteri Taufik Batisah?

Hiburan

Benarkah Ini Wajah Bakal Isteri Taufik Batisah?

Tidak pernah menyatakan dirinya sedang bercinta dan dimiliki, Taufik Batisah nyata membuat ramai yang terkejut apabila berita beliau bakal berkahwin didedahkan oleh sebuah portal berita Singapura.

Memilih gadis dari Singapura juga, Taufik dikatakan mahu menjaga privasi bakal isterinya dengan tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut seperti tempat dan waktu bagi majlis perkahwinan mereka nanti.

Advertisement

Namun, sebuah foto mesra Taufik bersama seorang gadis manis telah tersebar sejak semalam. Memetik laporan di Media Hiburan, gadis yang dikenali sebagai Sheena Akbal itu adalah bakal isteri penyanyi tersebut.

Sehingga kini, Taufik masih lagi berdiam diri dan tidak mendedahkan wajah bakal isterinya.

Jika foto itu adalah benar, kami tidak dapat sangkal lagi bahawa Sheena Akbal seorang yang cantik dan sepadan dengan pelantun lagu Awak Kat Mana. Kami harap, jika tidak mahu bercerita lanjut mengenai aturcara majlis perkahwinan, sekurang-kurangya kenalkan lah bakal isteri anda kepada kami. Hehe

Sumber Berita: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...