Written by AbangNara | July 1st, 2015

Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Ben Affleck, 42 tahun dan Jennifer Garner, 43 tahun mengesahkan bakal bercerai dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Keputusan untuk bercerai ini dilakukan selepas membuat pertimbangan secara matang.

ben affleck jennifer garner bercerai

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pasangan ini:-

Selepas berfikir panjang dan mempertimbangkan banyak perkara, kami membuat keputusan yang sukar iaitu bercerai tetapi akan terus mencintai serta kekal menjadi teman. Kami juga bergilir mengasuh anak kami.

Dalam keadaan sukar ini, kami berharap anda semua menghormati hak peribadi kami. Terima kasih di atas pengertian anda.

ben affleck jennifer garner bercerai

Memang menyedihkan apabila perkahwinan yang dibina sudah 10 tahun berakhir begitu sahaja. Namun sekurang-kurangnya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membuat yang terbaik demi anak-anak mereka. Di kala ini, masa depan anak-anak adalah lebih penting. Takziah diucapkan kepada Ben dan Jennifer atas penceraian ini.

6 responses to Ben Affleck & Jennifer Garner Bakal Bercerai Selepas 10 Tahun Bersama

  1. Mat K says:

    Ingat aku pedulik?

    0

    0
  2. BAMBAM says:

    artis melayu berceraiberai inikan pula matsalleh..hihi

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Tetap mencintai tapi bercerai? Bodoh
    Dah biasa sangat celup sana sini perempuan lelaki, suka sangat hidup single sebab dengan single tu boleh lah merasa tidur dengan orang lain pulak, lepas tu tukar orang lain lagi. Bodoh. Dah tua cubalah fikir keluarga yg sedia ada tu.

    0

    0
  4. bilakakjemahmenulis says:

    alahaiiii. bercerai pulak akhirnya. selalu rasa dorang nampak bahagia & settled down.

    0

    0
  5. loyalmalaysian says:

    ha tu la…lain kali jgn nak menunjuk2 sgt…langit tu x selalu cerah…paham sume?

    0

    0
  6. ntahlh says:

    lor pisah ke? urm… xtahu nak ckp apa… hrp lepas pisah rujuk balik..

    aku suka tgk jennifer ni berlakon cerita Elektra…try search & tengok..

    0

    0