Belum Puas Hidup Solo, Tasha Shila Tolak Pelawaan Lelaki Untuk Bercinta

Hiburan

Belum Puas Hidup Solo, Tasha Shila Tolak Pelawaan Lelaki Untuk Bercinta

Lama tidak mendengar khabar terkini tentang Tasha Shila. Lama juga si cantik manis memukau ini menyepikan diri selepas perpisahannya dengan Hans Wong. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya sama ada Tasha Shila sudah berjaya menemui pengganti. Jangan cuak jangan risau. Tasha Shila masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Yabedabedu!!! Ada can untuk anda mengorat Tasha.

tasha shilaNamun jika anda ingin mengorat Tasha sekarang, lupakan dulu hasrat itu. Pelakon “hot” ini sedang gembira dengan kehidupan solonya. Orang kata masih belum puas enjoy hidup bebas. Iyerlah, dah kahwin nanti memang hidup akan berbeza sepenuhnya. Kata Tasha:-

Advertisement

Saya tidak nafikan lelaki yang nak dekat tu memang ada tetapi buat masa sekarang saya letak tepi dulu soal hati dan perasaan kerana belum puas menikmati kehidupan solo yang saya sifatkan begitu enjoy sebenarnya.

Di satu sisi, saya tidak suka memberi apa-apa harapan kepada orang kerana buat masa sekarang saya lebih selesa berkawan dulu. Soal cinta biarlah ia datang tanpa dirancang.

tasha shila

Abang Nara yakin dan pasti ramai jejaka di luar sana yang sanggup menunggu biar beratus tahun demi Tasha Shila. Amboi, amboi, amboi. Macam over pulak ayat Abang Nara. Sama-samalah kita nantikan detik Tasha membuka hatinya untuk kembali bercinta. Mungkin ketika itu anda berpeluang untuk mencuri hatinya sekaligus menjadikannya suri rumah buat selama-lamanya. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

umcced

P.S: Sampai bila anda ingin berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan dalam hidup? Takkanlah sampai ke tua nak buat kerja yang sama kan? Inilah peluang untuk anda memperbaiki mutu hidup sambil meneruskan kerjaya dengan kursus diploma eksekutif dari Universiti Malaya. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...