Belum Daftar Korban? Anda Masih Ada Peluang Lagi

Hiburan

Belum Daftar Korban? Anda Masih Ada Peluang Lagi

Semalam ketika Abang Nara selepas menghantar anak ke sekolah, tiba-tiba teringat yang diri ini masih belum mendaftar untuk melakukan ibadah korban tahun ini. Alhamdulillah selepas berkahwin Abang Nara dimurahkan rezeki untuk melakukan ibadah yang SANGAT DITUNTUT ini setiap tahun. Tanpa berlengah lagi, terus Abang Nara memecut kereta ke pejabat Zabeeh Services Sdn Bhd, syarikat yang menyediakan perkhidmatan korban dan akikah untuk umat Islam luar negara yang kurang bernasib baik.

zabeeh

bergambar sikit kat pintu masuk Zabeeh

Senang je nak cari pejabat Zabeeh ini yang terletak di Gombak. Tapi kalau korang tak sempat nak pergi pejabat pun tak apa sebab boleh daftar secara online di www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh – Qurban & Akikah Online. Kalau di Facebook itu cuma hantar PM dengan ayat “Saya nak korban”. Tapi kena cepat sebab tarikh tutupnya adalah esok (Sabtu) 10 September 2016. Apa yang Abang Nara paling suka tentang perkhidmatan Zabeeh ini adalah harganya yang amat berpatutan. Sekaligus memudahkan kita melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha ini.

Advertisement
zabeeh

pamplet Zabeeh dengan harga-harga yang tertera

Selepas mengisi borang apa yang patut, tahun ini Abang Nara mengambil keputusan untuk mengorbankan seekor kambing di atas nama Aariz. Seekor kambing cuma RM580, satu bahagian lembu RM300 dan seekor lembu RM2100. Bolehlah pilih mana-mana yang sesuai mengikut kemampuan kita. Yang penting hati kena jujur dan ikhlas. Macam biasa ada akad memberi perwakilan kepada pihak Zabeeh untuk menguruskan ibadah korban. Senang je prosudernya.

zabeeh

serius betul muka Abang Nara masa baca akad

Jadi di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengajak anda semua untuk tidak melepaskan peluang melakukan ibadah korban tahun ini. Insya Allah dengan ibadah yang dilakukan, rezeki kita akan semakin dimurahkan olehNya. Banyak kelebihan melakukan korban ini. Rasanya semua orang tahu kot. Kalau nak lakukan dengan Zabeeh Services Sdn Bhd, ini cara-caranya. Pastikan lakukan ia sebelum 10 September 2016 ye. Lebih daripada itu tak diterima dah.

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online”.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

zabeeh

Sama-samalah kita berdoa agar ibadah korban tahun ini diterima olehNya. Insya Allah. Selepas 2 bulan ibadah ini dilakukan, pihak Zabeeh akan hantar sijil ke alamat rumah sebagai tanda ia telah selamat dilakukan. Jadi Insya Allah semuanya akan berjalan lancar tanpa sebarang halangan. Dah lebih 7 tahun Zabeeh menguruskan hal-hal ini. Insya Allah semuanya setel. Sama-sama kita doakan.

zabeeh

terima kasih pihak Zabeeh atas perkhidmatan yang awesome

Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat berkorban Abang Nara ucapkan. Semoga kita sentiasa mendapat lindungan dan rahmat daripadaNya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...