Written by Bella | February 3rd, 2016

Sarimah Ibrahim, siapa yang tidak kenal  dengan pengacara yang cukup lucu ini. Kalau siapa yang membesar pada tahun 90 an tentu mengenali beliau dengan panggilan mesra Kak Mah.

Masa berlalu begitu pantas, pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah hampir setahun Sarimah bergelar isteri kepada cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie.

Seperti pasangan lain, Sarimah juga tidak terlepas dengan soalan bilakah mereka bakal menimang cahaya mata.

Mengakui beliau sendiri tidak sabar untuk menimang anak, Sarimah bagaimanapun menjelaskan buat masa ini beliau belum mempunyai rezeki untuk hamil.

Memang saya tak sabar untuk menimang anak, suami pun punyai hasrat yang sama. Rasanya semua pasangan yang berumah tangga punyai keinginan yang sama. Jadi, mustahil kami tidak mahukannya.

Pemeriksaan kesihatan pun sudah dibuat dan sama ada saya atau suami, kedua-duanya tiada masalah apa-apa. Cuma belum ada rezeki buat kami pada masa ini. Saya dan suami sudah pun bersedia, tetapi Allah yang merancang segalanya .

Buat masa ini Sarimah tidak akan putus asa berdoa kepada Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepada takdir.

Yang boleh kami lakukan hanyalah berserah kepada Allah. Doa telah pun dipanjatkan, selebihnya hanya perlu bersabar menanti detik itu.

Tambah Sarimah, beliau kini sedang menambah ilmu mengenai keibubapaan dan berkongsi hasrat untuk menimang sepasang anak lelaki dan perempuan jika ada rezeki.

Usia 37 tahun bukan penghalang untuk Sarimah hamil, lebih-lebih lagi selepas doktor mengesahkan beliau dan suami tidak mempunyai sebarang masalah. Relaks lah, belum setahun lagi kan? Kata orang masih dalam mood honeymoon lagi..Hehe..

Sumber Berita: Utusan Online

19 responses to Belum Ada Rezeki Untuk Hamil, Jangan Risau Saya Dan Suami Sihat – Sarimah Ibrahim

  1. zabedah zebat says:

    assalamualaikum

    0

    0
    • Anonymous says:

      Waalaikumussalam

      0

      0
      • perempuan says:

        aku pun sama dah 4tahun kawen masih belum rezeki. ubat subur dah banyak kali aku ambik. pernah kawan aku tanya “ko dulu pernah doa taknak anak awal ke?” tersentak juga aku dengar soalan member aku tu.. tapi aku jawap “aku doa kalau boleh kawen2 terus lekat terus bunting pelamin adalah”

        hrrrmmmm, sapa la kita menidakkan perancangan Allah. moga2 ada rezeki buat kita untuk bergelar seorang ibu

        0

        0
        • Anonymous says:

          inyaallah akan datang rezeki pada masa yg tepat. tidak akan terlewat atau terlambat. percayalah Allah perancang yg terbaik. kita teruskan berusaha dan berdoa. bila akan dimakbulkan itu adalah tugas Allah.

          0

          0
        • N says:

          saya sangat memahami sebab saya pun berada dlm situasi yg sama. malah pernah 2 kali gugur. perit tau. org dok tanya2 tanpa memikirkn sensitiviti kita. tapi xpe la saya selalu brdoa & percaya pasti ada rezeki untuk saya menimang cahaya mata. Amen

          0

          0
        • Anonymous says:

          sabarlah nokkk…

          0

          0
        • spice girl says:

          InShaAllah ada rezeki anak tu nanti sis, bsabar dan bdoa byk2 k, sy dulu [un 12 thn xder anak, elakkan disekeliling org yg suka btanya tu sbb blh srh stress so bila stress tu blh mganggu emosi kt, nie doktor yg bgtau, b calm dan kalau ada duit g honeymoon k

          0

          0
      • Anonymous says:

        Kenapa aku tengok suami yang cium pipi para isteri dalam gambar nampak sweet ?? Saya rasa ia masih nampak ketimuran lagi…. masih beradap…

        Tak macam Sakinah dan suami tu yang cium mulut dalam gambar…. nampak macam BATAK!!! Tu belum lagi UNKAsha Senrosak yang ciumolot dengan Nabil dengan penuh penghayatan…..GELI siut….

        0

        0
    • Anonymous says:

      kematian itu pasti

      0

      0
    • wannabe says:

      rezeki setiap manusia tue berbeza.. takde anak.. tapi rezeki tempat lain banyak..

      0

      0
  2. saya says:

    Baru setahun. Masih awal. Honeymoon dlu kak mah… Semoga ada rezeki nnti. Org kata awal2 ni time utk mengenali pasangan dgn lebih dekat lagi… Mencari keserasian dan cuba saling melengkapkan antara satu sama lain. Semoga bahagia hgga ke syurga..ameen

    0

    0
  3. Anonymous says:

    adoi baru setahun org tu kahwin apa penyibuk sgt ni.

    kadang2 orang ni suka sangat sibuk. padahal org yg belum ada anak tu kdg2 adela plan dia sendiri. contoh dia nak ada anak lambat sikit sebab kumpul duit utk plan masa depan anak dia ke, lepas lahir nak masukkan anak dia kelas berenang ke pas besar sikit masuk kelas piano ke pastu nak masukkan little caliph ke and dah besar lagi nak masukkan international school ke. ape ntah yg bangga jadi kilang anak pastu bising cakap xmampu sana sini anak susah xmakan xdapat pendidikan sempurna, padahal diri sendiri yg nak beranak bila diri belum bersedia sepenuhnya utk galas tggjwb. mmg anak punca rezeki , tapi amanah kita utk beri yg terbaik pada anak tu akan dipersoalkan di akhirat. kalau anak ramai2 jadi pengumbang pada agama negara dan masyarakat takpe, kalau beranak ramai2 pastu jadi minah rempit mat rempit macamane.

    my point is, hormat la org lain and xyah sibuk sangat hal mengandung2 ni. lain org lain plan dorang.ntah2 laki bini tu enjoy ke honeymoon sana sini 2 org sementara belum dapat anak, org lain lak kepoh lebih. jaga anak sendiri sudeh

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Shes 37 & her clock is ticking….doctor says how good looking u r,if u r above 35,not easy to get pregnant for d 1st time….a lot of risk involve….thats y lah baru setahun kawin,she nak cepat2 dapat anak…

    0

    0
  5. Spice Girl says:

    Akak doakan Sarimah akan mdpt rezeki anak as soon as possible, Amiin, juga doa utk kalian yg belum ada zuriat, InSyaAllah, Amiin Allahuma Amiin

    0

    0
  6. Anonymous says:

    suka Sarimah…kelakar dan peramah orangnya..kalau jadi MC or berlakon gedik mmg ngam..tapi gedik2 dia kelakar….

    semoga bersabar, ini semua kerja tuhan..adik saya selepas 11 tahun kawen baru ada anak sorang..bukannya tak sehat, tapi mmg belum ada rezeki..

    0

    0
  7. AwanNano77 says:

    Mujur la ada Pamoga…Ahakss

    0

    0
  8. Anonymous says:

    nanti padam lah tatoo di punggung tu….. tentu ada anak……. tapi tak pe, laki sudah ada anak kah

    0

    0
  9. . says:

    nampak sangat kepuasan diwajah sarimah..

    0

    0