Written by Bella | December 22nd, 2015

Sudah dua tahun pasangan Izzue Islam serta Awin Nurin mendirikan rumah tangga dan persoalan untuk mereka menimang cahaya mata sering ditanyakan kepada mereka.

Tidak marah apabila didesak dengan soalan sebegitu, Izzue menerusi portal Astro Gempak menganggap beliau dan isteri masih belum ada rezeki untuk mendapatkan anak dan menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan Tuhan.

Belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Mungkin pada masa yang akan datang, Insya-Allah.

Dalam perkembangan lain, Izzue dan Nurin baru-baru ini telah berkesempatan untuk bercuti ke Itali bersama peminat  beliau. Buat Izzue, aktiviti berkenaan dapat mendekatkan diri serta menjalin hubungan yang lebih baik dengan individu-individu yang selalu menyokong kerjayanya.

Percutian di Itali sangat menggembirakan. Cuacanya sejuk sekali dan saya begitu seronok melawat tempat bersejarah bersama peminat. Apa yang penting, percutian ini dapat merapatkan ukhwah antara saya dan peminat.

Soal anak ini memang tidak dapat dijangka, apa yang penting teruskan bersabar dan jangan pernah putus asa untuk berusaha serta berdoa agar permintaan itu dikabulkan. Relaks la, baru dua tahun sahaja perkahwinan Izzue dan Awin.

Sumber Berita: Astro Gempak

19 responses to Belum Ada Rezeki Lagi Untuk Menimang Cahaya Mata – Izzue Islam

  1. Anonymous says:

    rezeki ajal maut jodoh pertemuan itu rahsia allah….

    0

    0
    • Kuku says:

      Ramona zamzam ngan laki palestin dia merancang taknak anak lagi elok je. Klau dah masih nak becinta biarlah diorg.. Takyah nak sibuk psl rumhtgga org lain

      0

      0
      • Anonymous says:

        Jaga Aurat… Insha Allah, doa dimakbulkan oleh Allah.

        0

        0
        • amoi says:

          rezeki semua dari Allah swt… kpd sesapa yg suka bertanya tu, cubalah tapis soalan2 yg manusia sendiri x boleh nak jawap…kalau jd kat korg, ape korg rasa? sekurg2nya belajar untuk jaga hati org lain..x semua rezeki manusia sama…

          0

          0
  2. ctz says:

    Bersabarlah.Allah Maha Mengetahui yg terbaik utk hambaNya

    0

    0
  3. LINDA EVANGELISTAHHH says:

    Takpa awinn + izzue janji bahagia sudah. Mulut neraka makcik2 ngan yg fanatik anak sendiri tu sila pekakkan tinge kay

    0

    0
  4. minah jambu says:

    kate orang kalau nk anak cepat pasangan laki bini nk kena gi travel selalu nanti dpat anak cepat..dan berdoa pada yg maha esa supaya di berikan zuriat ..macheh..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    They must have really love each other. Their love is strong enough without kids lagi. Ada artis yg baru nikah terus mengandung.. Anak umo setahun cerai. Macam izreen, nabila…Have trust in Allah. Allah tahu bila masa paling sesuai utk amanahkan anak,

    0

    0
  6. Melor says:

    Orang yang sibuk tanya pasal zuriat ni memang gila ke ape? Nak merasa ke? Aku ada kenal sorg makcik yang sibuk duk tanya pasal org beranak ke tak. Last2 anak bongsu dia xberanak2 jugak. Merasa la kan ditanya pulak

    0

    0
  7. Miza says:

    Baru kawen : dah ade isi ke belom?
    Bile da ade anak : xnak tambah lagi sorang ke?

    Manusia .

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Biasala tu makcik2 tnya dah berisi ke belum atau nk tambah anak ke x. Niat dorg concern aja, nk update dari korg lps berkahwin, and sometimes, its just a polite conversation pn. Kalau ada, adalah, kalau xad, cuba lg. Alaa..mcm la korg tak pernh tnya kwn2 korg yg da kahwin da berisi ke belum. Setakat ni xpernah pulak lps dorg tnya tu, dorg ckp “kenapa tak berisi lg?”. mula2 bg psgan yg susah nk dptkn zuriat, mmg dia akn rs sedih sbb cuba2 tp x lekat. tp lama2 bila org tnya dh biasa dh. Cuma jgnlh emosional sgt. Kalau susah nk lekat berubatlh di hospital atau scr kampung. InsyaAllah lekat.

    0

    0
    • Anonymous says:

      pengalaman setiap org berbeza. baguslah kalau awak x ditanya “kenapa x berisi lg?”. ni smpai org tuduh kita mandul. makcik2 ni igt dia lebih tua dia ada lesen nak laser. tak semua org tua2 ni reti adab. tp sy mengalami benda ni.

      0

      0
    • Mimi says:

      Pada I kalau setakat tanya “dah ada isi ke belum?” tu I okay je.
      Tapi kalau dah tanya ” KENAPA ye belum ada anak?”.
      Nak juga jawab, I tak tau lah kenape makcik. Hahaha

      0

      0
      • miss kepah says:

        betul tu mimi..biasalah org skadar nk update so tanyala dh ke belum…soalan tu blh jwb lg.kalu sudah ckp sudah, belum ckp belum,,,cuma bila part tanya “bila nak ada anak??”, hat tu dh tak blh jwb..sbb kita pun tak tahu bila Allah nk bagi, bukannya kita tak berusaha ataupun merancang mcm Milda lam cita Akulah Balqis tu, bila dah bsedia nk ada anak terus dapat…ni kita pun tertanya2 bilala anak nk duduk lam rahim ibu ni..dr saat ijab kabul dah besedia nk ada anak, tp ALLAH tak bagi lg, kita redha..worst part abg ipar pnah banding2 dgn biras2 lain “kak A dah hamil anak kedua, Kak B, dah sorang, awak bila lagi??” padahal kawen belum smpai stahun n laki lak duk jauh…sebelum nk bertanya, tanyalah diri sndiri dulu, ok ke tanya soalan camtu…tak sakitkan hati org ke…jgn main sedap mulut je lepas….

        0

        0
    • jem says:

      boleh je makcik2 tny soalan lain.
      ni x,
      org tu xbtemu jodoh lg, bile kamu nk kawin?
      org tak dapat ank lg, bile kamu nk ade anak?
      org xkeje xde rezeki lg, bile kamu nk keje?

      yela, biase yg tny ni kdg anak2 dy dh kawin, dh bg dy cucu, keje bagus2.

      0

      0
  9. Syukur says:

    Alhamdulilah..syukur allah berikan sy rezeki anak..lelaki n pompuan..kadang bila ank x ad kat uma tu sunyi je uma….dlm ati brkata..mcm ni le agknya perasaan klau org y lom ad anak..kesian kan..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    sy punya ank sedare kawin dh kat 10thn tpi masih x ad ank…sgt2 simpati..y isteri cantik..y lelaki ensem…segalanya semua dia ad..cuma rzeki ank je y lom ad…sama mcm tok ti..klau dia org ad ank mesti kebabooom…tiap kali klau ad jumpa dia msti dia suruh doakn agr dpt ank…

    0

    0
  11. says says:

    keras sikit dik oi!lelaki cute2 nie tak gagah sngt.padulah sikit.jgn sweet2 sngt.

    0

    0
  12. periuk says:

    klu xde rezeki part anak, maybe rezeki kat part lain tu lebih. ujian Allah tuk hambanye bersyukur.

    0

    0