Belum Ada Kata Putus Tentang Musim Kedua Lara Oh Lara – Awal Ashaari

Hiburan

Belum Ada Kata Putus Tentang Musim Kedua Lara Oh Lara – Awal Ashaari

Program realiti Lara Oh Lara sememangnya sangat popular. Menampilkan anak pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana, ramai yang terpesona dengan keletah comel Lara. Abang Nara pun salah seorang peminat Lara Oh Lara. Seronok tengok cara Awal Ashaari dan Scha membesarkan anak. Dalam diam, sudah 13 episod program Lara Oh Lara ditayangkan dan ia telah sampai ke penghujung.

lara oh lara

Advertisement

Sudah pati ramai yang tertanya-tanya sama ada Lara Oh Lara akan disambung untuk musim kedua. Iyerlah, ramai yang tak puas nak melihat aksi comel Lara Alana. Kata Awal:-

Memang pihak Astro sudah merisik kami mengenai perkara ini, tapi belum ada sebarang kata putus lagi. Kalau ada pun mungkin bukan dalam tempoh terdekat. Biarlah Lara pandai bercakap dahulu, jadi ada juga pembaharuan.

Bukan apa sepanjang 13 episod itu semua perkara dan aktiviti sudah dilakukan. Tak tahu apa lagi yang nak dibuat. Kalau buat perkara sama saja nanti penonton bosan pula. Jadi kami perlu mencari idea lain pula

lara oh lara

Betul juga kata Awal Ashaari itu. Kalau Lara Alana dah pandai cakap, barulah ada banyak benda baru yang boleh dibuat. Confirm lagi menarik dibuatnya. Boleh dengar keletah Lara bercakap tak henti-henti. Jadi untuk peminat Lara Oh Lara, diharap anda bersabar. Sambil-sambil itu doakanlah Lara Alana cepat bercakap supaya penantian kita tidak terlalu lama. Sumber Harian Metro.

lara alana

P.S: 21,000 warga bekerja telah berjaya membina kerjaya mereka menerusi program diploma eksekutif Universiti Malaya ini. Semuanya Alhamdulillah berjaya upgrade mutu hidup masing-masing. Takkan korang tak teringin kan? So tunggu apa lagi? Layari www.umcced.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini. Program ini boleh diambil di KL, Kulim, Kuantan, Kota Bharu dan banyak lagi tempat. Kursus yang ditawarkan pun pelbagai. Jadi tak ada alasan untuk anda malas-malas dan enggan mengubah kehidupan. Kalau free, 17 Disember ini akan diadakan hari informasi di Universiti Malaya. Mari kita pergi beramai-ramai. Boleh tanya semua jenis soalan yang bermain di kepala. Selamat belajar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...