Written by Bella | March 18th, 2016

Sudah bertunang dengan Nazim Othman tahun lalu dan sudah 60 peratus melakukan persiapan perkahwinan, Bella Dally bagaimanapun berkata beliau tidak pernah terfikir untuk mendapatkan tajaan daripada mana-mana pihak.

Buat Bella, beliau hanya menginginkan sebuah majlis yang ringkas dan berharap tiada pihak yang membandingkan majlis perkahwinan beliau nanti dengan selebriti lain.

Saya suka majlis yang ringkas dan bermakna, maksudnya biarlah majlis perkahwinan itu nanti boleh memberi kegembiraan kepada kami dan keluarga. Apabila ahli keluarga gembira, sudah pasti saya gembira. Janganlah bandingkan majlis saya kelak dengan artis lain kerana setiap orang ada cita rasa masing-masing.

Soal tajaan buat masa ini masih belum ada lagi, tetapi saya tidak fikirkan soal itu sangat.

Ramai sebenarnya sudah tidak sabar untuk melihat pasangan ini bersanding di atas pelamin, walaubagaimanapun Bella dan Nazim enggan lagi mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka.

Insya-Allah tidak lama lagi, jangan risau kalau sudah selesai semuanya kami akan kongsi dengan orang lain.

Lama juga Bella Dally dan Nazim Othman bercinta, harapnya segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Utusan Online

5 responses to Bella Dally Tidak Fikir Soal Tajaan Perkahwinan : Mahukan Majlis Yang Ringkas

  1. miss kepah says:

    bella cantik sgt lepas dah btudung..kalau blh kuku jgn pnjg ye dek…smoga dipermudah korang bdua…

    0

    0
  2. Suhaimi says:

    Congrats to bella & nazim.
    I have a feeling retis2 yg nak kawin pasni mesti dah takut. Sbb starting from last year camtu kot netizen dah start membanding2kan wedding2 retis. Especially yg diorg x suka mmg kena kecam teruk, yg diorg suka dipuji memanjang.
    Kalau ada 2,3 wedding yg sama in 1 time mmg confirm kena bash for example :
    Early 2016 – stacy & anzalna kena puji, samtilla kena kecam habis..
    Last year – ramona & lana kena puji, hairul keknis kena kecam juga..
    I mean come on people, baca statement bella ni aku dpt rasa yg diorg yg jadi celebs ni dah risau dgn perbandingan yg akan dibuat oleh netizen bila nak kawin.
    Lets change, perkahwinan adalah satu benda baik, mana yg nak kawin kita doakan yg baik2 saja. Apa slh silap diorg, menipu ke apa ke biar lah itu antara diorg dgn tuhan..

    0

    0
    • Jemyma uolls says:

      Okaaay. Iolls kagum dgn komen suhaimi. Betul noks, cara bella ckp pun dah mcm risau2, taknak org banding2 kan la apa lah.
      N then takyah la nak bandingkan yg dpt sponsor tak cantik, tapi yg tak sponsor ok je.
      Tu la uolls taktau, anzalna was smart enough to tak kecoh2 about her sponsorship, exactly what happened to ramona’s wedding. Diorg ni dpt sponsor byk gila tapi tak heboh2, so nmpak mcm low profile & humble. But the wedding turned out to be ok jugak?
      Yg terheboh lebih kat media dpt sponsor byk such as lana nodin, sharifah sakinah, pun ok juga wedding they olls i tgk?
      Honestly for now wedding yg dpt sponsor dan last2 jadi hampeh cuma samtilla & pengacara apa tah eisya nama dia yg kecoh dpt berjuta2.
      Skali rupa cam wedding 10 ribu je ops.
      So iolls punya point pun simple, yg dpt sponsor dgn tak dpt sponsor semua based on luck, kalau cantik, cantik lah. Kalau jadi tak ok tu, tak ok lah..

      0

      0
      • Anonymous says:

        haha..dalam kagum komen orang pun boleh juga ko kutuk wedding samtilla..nampak x?itu la yang orang ramai cakap pun..jangan nampak orang lain punya komen je sebelum post komen tu baca balik komen sendiri..sebenarnya betul juga apa yang sam cakap masing2 punya citarasa..mungkin tak cantik bagi kita tapi dah cukup cantik bagi dia

        **tapi kagum dengan taste stacy

        0

        0
  3. anonymous says:

    tak boleh nk hadam aku kalau mamat ni nak kahwin..sangsi ,sori la bella u dah pikir habis2 ka

    0

    0