Written by serenity | May 16th, 2016

Sebelum ini pada bulan Mac, dua video yang menunjukkan pelakon Lydiawati ‘membelasah’ seorang wanita di sebuah premis telah menjadi viral. Dua video itu telah dimuat naik ke laman Facebook Lydiawati olehnya sendiri.

Lydiawati mendakwa melakukan begitu sebagai pengajaran kepada pengkid tersebut yang sering mengganggunya, dan juga untuk keselamatan keluarganya kerana pengkid itu menghantar ratusan mesej berunsur ugutan dan lucah kepadanya.

Perkembangan terbaru, menurut Sinar Harian, Lydiawati akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang, atas tuduhan menyebabkan kecederaan pengkid tersebut yang merupakan warga Brunei.

Lydiawati atau nama sebenarnya, Salina Zaimon, bagaimana pun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa dengan cara memukul menggunakan besi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel, dekat sini, jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Lydiawati, 51, yang diwakili oleh peguam, Fatimah Zahra Ramli memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya seorang ibu tunggal.

Anak guam saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan setiap bulan di Institut Jantung Negara kerana masalah jantung.

Majistret, Haslinda A Raof membenarkan jaminan RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula.

25 responses to Belasah Pengkid: Pelakon Lydiawati Dihadapkan Ke Mahkamah

  1. nanu says:

    ooo baru kutahu nama dia salina. jauh nau bunyi lydiawati

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Haaa… aku dh jangka dh…
      mesti kena punya dia ni…

      0

      0
    • anon says:

      hasmizah dgn vida, karen rahman, ex wife hb maria farida tu pn sama, Jauh benar bunyi……tapi skrg semua org nak nama glamer, amik nama org puteh…. Mak bapak dah bagi nama elok2 tak guna…

      0

      0
  2. matsumo says:

    Ibu tunggal? kasihan dulu pernah tengok kat tv or majalah yang dia ngan suami n anak2 masak makanan kegemaran dan potluck bersama. Such a happy family.

    0

    0
  3. melati says:

    Ko belasah lew apapun…!!! tapi saya gumbira sgt , kisah Neelofa pakai baju dlm nampak tu, ader ler Pengomen tu nk hentam saya ..Kater korang bodoh lew Melayu bagai lah…typical meleis May 16, 2016 at 1:26 pm…dgn bangga dia kater nya Korang ni bodoh lah REFLECTION lah…. !!!! padahal dia yg Bodoh REFLECTION tu sebelom Neelofa pegang HP…..hahahaha yg sebenar nya REFLECTED…lah typical meleis…hadoiiiiiii..cikgu English mati ker masa darjah 6..??..typical meleis kalo kau terbaca aper kater ko Terjun KLCC…..!!! walau aper pun selamat hari Guru…….!!!

    0

    0
  4. poyos la says:

    hahahaha..kt mesia ni klu penjenayah selalu dibela… vongok nyer la.. pengkid tu yg ptut dihadapkn ke mahkamah ..igt mkck ni saje2 ke nk bantai dia…org yg kaco hidup kite & wt idup kite rse xselamat tu yg ptut kna di sumbat dlm lokap.. ibarat nyer mcm kite kna rompak lps tu kite nk selamatkn family kite tp kite ter pukul perompak tu lps tu perompak mati mgkin sb ad heart attack ke pyakit len sblm ni tp x psl2 org yg kna rompak tu kena masok jail….da byk sgt kes mcm ni..so kesian

    0

    0
    • Common sense says:

      Cara lydia mmg salah. Kalau ada org kacau knp tak report polis awal2 lepas tu bawa ke mahkamah. Perbuatan die mmg memakan diri sendiri. Belasah org sampai cedera, ambik video, viralkan.
      Ibarat kucing/anjing liar kacau kta lepas tu p pukul n record. Mmg kene lah

      0

      0
  5. Bijak dari Melati says:

    Dear Melati,

    Reflection sebelum neelofa pegang fon? Hmmm Reflection – Noun (Kata Nama), apa kaitan dengan sebelum? Tapi at least melati tahu how to use past tense (reflected). Good job! Try harder ok Melati :)

    0

    0
  6. Wartawan Hotel Skodeng says:

    abis pengkid tu nak blasah lydiawati ngan aiskrim strapon besar,mana bleh tahan,kasi sula ngan besi dulu ler pengkid tu,baru dia tahu rasa macam mana.

    0

    0
  7. Kupu kupu Emas says:

    Ntah si Melati ni… Hari2 komen ko mcm org sakit mental…Betul dah tu English org tu..Aku rasa English ko yg salah… Sibuk nk tegur English org tp sendiri yg salah..

    0

    0
  8. atan says:

    Nara!!aku da stat mnyampah dgn iklan2 kat sni..sikit2 timbul2,da delete muncul lg..blog gosip ke blog iklan ni nara oi?

    0

    0
  9. Sam says:

    Untuk pompuan pompuan yang gigih sangat nak jadi laki, ini menunjukkan bahawa you all xyah jadi pengkid pon untuk npk macho k. Cer tengok Lydia ni, xyah potong rambut xyah nak berpakaian ala ala lelaki, pon bole blasah orang. Manyak ganster woo makcik ni.

    0

    0
    • Ancoh says:

      Pengkid ni selalunye dorg jd pengkid sbb dorg x lawa Xpon body chubby ala jantan Xpon muke pecah,laki xde yg nak so dorg jd la jantan buatan sbb lapor nk bercouple.. Maka tu yg terciptanye pengkid a.k.a pkhianat.. Xcaye cer korg try wat research btl x pe aku ckp..

      0

      0
      • chii says:

        tak jugak..ak penah jmpe beberapa org pengkid lawa.. muka cun..body ok..laki pon ckp lawa tp syg.. pengkid..hmmm

        0

        0
  10. Kenanga says:

    Wey Jgn la citer sal lopak aku xsuke die..benci tahap cipan so Jgn kutok die sbb aku xnak bg pahala free wey.. Lopak si busuk pepen.

    0

    0
  11. anon says:

    Upload sngt kat fb, nak bangga sb belasah org, kan dah memakan diri sendiri…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Wei nara boleh tak kurang kan sikit iklan jd takde mood nak baca kot bodoh betul

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Salina Rupanya..
    Ingat kan Lydiawati Robert ke , Lydiawati George ke ..
    Hahhahha
    Abis nama Aman sha tu apa?
    DJ DAVE?
    Datuk Shake ?

    0

    0
  14. Anonymous says:

    kadang tak semestinya pengkid tak cantek chubby ada yg cun2 yoo..tapi dorang pilih cara pkaian nak mudah simple n selesa kadang org2 looks cover from the skin jw..mcm buah doyan tuh nmpk luar duri2 x cantik ganas tapi dlm fyuoooooo..
    vrommmmmm…… …………………cari doyan

    0

    0
  15. loyalmalaysian says:

    tp org sekrg pon kurang ajarnya …..MASYAALLAH….aku pon kekdg mcm nak belasah jugak…menyirap aku….

    0

    0
    • Pok teh says:

      Apa belasah belasah ni ?
      Baik duk berdamai atas katil aje .,
      Lemah lembut , hulur tarik ah baru la sodap .

      0

      0